Thursday, April 24, 2014

Psikologi: Kemurungan dalam kalangan orang tua


                                                             ABSTRAK

Kemurungan atau depresi pada usia tua selalunya didiagnosis berdasarkan dua kluster simptom (perubahan dalam perasaan dan tubuh badan fizikal) yang berlaku dalam tempoh masa sekurang-kurangnya dua minggu. Kemurungan adalah berbeza dengan kesedihan, kemurungan adalah berterusan dan boleh mengganggu aktiviti-aktiviti harian dan juga menjejaskan hubungan baik di antara manusia. Walaupun tahap teruk kemurungan akan menurun apabila umur manusia semakin meningkat, tetapi ia masih merupakan satu masalah yang ketara kepada kebanyakan orang tua. Penerangan teori perkembangan psikososial oleh Erik Erikson menghuraikan pendapat integriti serta putus asa yang menjadi pemangkin kepada tahap pemikiran warga emas ini. Walau bagaimanapun, rawatan dan strategi yang rapi boleh membantu untuk mencegah simptom-simptom depresi daripada berlaku.

Kata kunci: kemurungan, gejala psikologi dan biologi, teori psikososial, terapi sokongan dan intervensi biologi

1.0  Pengenalan.
Malaysia dikejutkan berita yang mendugacitakan. Utusan Malaysia telah melaporkan pada 31 Januari 2014 di Bangi, Selangor satu kejadian menyayat hati kepada seluruh rakyat Malaysia apabila seorang bapa telah mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.
Pada pukul 4.15 petang hari kejadian, Norazman Mohammad mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari manakala anak bongsunya berusia 7 tahun (si mati) terbaring di atas katil bilik bawah. Hasil soal siasat terhadap isteri suspek (42 tahun yang bekerja sebagao pegawai penyelidikan di TM Cyberjaya memberitahi suspek tidak bekerja sejak 1 tahun lepas dan sering menghadapi tekanan perasaan sejak kebelakangan ini. Walaubagaimanapun isteri tidak pernah bertanya sebabnya. Dia diberi kepercayaan hanya tinggal di rumah menjaga anak-anaknya sementara si isteri keluar bekerja. (Utusan Malaysia, 2014)
Kes ngeri di atas hanyalah salah satu kes di antara ribuan kes yang menghiasi dada- dada akhbar berpunca kerana penyakit kemurungan. Kemurungan adalah satu bentuk gangguan emosi paling umum. Gangguan kemurungan sebenarnya merupakan satu penyakit biasa dan lebih umum daripada hipertensi atau diabetes. Kadar kelaziman kes kemurungan dalam sesebuah jangka hayat di mana-mana negara adalah antara lapan hingga 10 peratus. Beberapa kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Bank Dunia mendapati kemurungan adalah penyakit ke empat paling serius dalam melumpuhkan jiwa seseorang di dunia.  (Utusan Malaysia, 2008)
Dalam tugasan ini, perbincangan lebih lanjut isu-isu yang berkaitan dengan  kemurungan di kalangan warga emas daripada perspektif Psikologi Orang Dewasa dan Orang Tua. Disamping itu, kupasan yang lebih teliti tentang teori berkaitan iaitu  teori psikososial Erik Erikson pada peringkat integrity VS putus asa seterusnya mencari faktor penyebab dan cara menangani masalah kemurungan ini.

2.0  Gejala kemurungan.
Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental IV (DSM-IV), diagnosis kemurungan hanya boleh dilakukan jika terdapat sekurang-kurangnya lima simptom kemurungan yang hadir untuk tempoh sependek dua minggu. (Utusan Malaysia, 2008) Signifikan kehadiran simptom-simptom ini perlu ketara sehingga menjejaskan aspek sosial dan pekerjaan seseorang. Gejala-gejala kemurungan diklasifiasikan kepada 2 bahagian, secara biologi serta secara psikologi. Beberapa perubahan dapat kita kenalpasti sebagai simptom kepada kemurungan ini. Gejala dari segi biologi adalah insomnia, perubahan selera makan, serta kelemahan daya pemikiran. Manakala dari segi psikologi pula, individu merasa rendah diri atau putus asa, tidak kawalan emosi, dan sering berfikir soal kematian atau membunuh diri.
1.1  Insomnia.
Gejala pertama yang sering dihidapi adalah insomnia (tidak dapat tidur) ataupun terlalu banyak tidur. Fisiologi  tidur berubah apabila umur seseorang semakin meningkat. Tempoh tidur di kalangan warga tua adalah lebih pendek berbanding mereka yang pertengahan umur. Tidur mereka menjadi kurang nyenyak dan lebih kerap terjaga di waktu malam. Warga tua mungkin akan lebih banyak tidur di waktu siang. Insomnia jangka pendek berlaku jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.
1.2  Hilang selera makan.
Gejala ke dua pula adalah perubahan selera makan. Kurangnya selera makan dan menyebabkan hilangnya berat badan, tapi pada beberapa orang yang mengalami masalah kemurungan akan  menyebabkan meningkatnya selera makan dan bertambahnya berat badan. Ia memberi kesan naik atau susut berat badan dan seterusnya mendatang penyakit lain seperti hipertensi iaitu diabetis dan darah tinggi. Warga tua dilihat memilih makanan walaupun sebenarnya makanan tersebut adalah kesukaan mereka namun pada tahap kemurungan mereka kehilangan nafsu atau keghairahan dalam melakukan apa sahaja aktiviti.
1.3  Perubahan psikomotor.
Gejala ke tiga yang dapat kita perhatikana adalah kelambatan dalam berpikir, berbicara, atau bergerak. Golongan tua ini bermasalah dalam berfikir, konsentrasi, membuat keputusan dan mengingat sesuatu. Mereka tidak fokus semasa berbicara, seperti berada di awangan sebagai contoh ketika sedang berbual, mereka tiba-tiba senyap dan memandang jauh. Kadir (2013) mengatakan mereka juga cepat lupa yang bukan berpunca daripada masalah nyanyuk atau dalam istilah perubatan dinamakan “pseudodementia” [pseudo bermaksud palsu ] sebagai contoh bangun sahaja dari tidur terus bertanya tentang suaminya sedangkan individu tersebut sudah meninggal dunia. Selain itu kelambatan dalam pergerakan juga antara permasalahan yang mungkin gejala depresi. Maka anggota kelarga harus peka terhadap setiap aduan kesakitan Somatik atau Hypochondriasis (sering mengalami pelbagai jenis sakit-sakit tanpa diketahui puncanya terutama pada punggung, pinggang dan tulang belakang) yang di alami oleh pesakit.
1.4  Perubahan emosi.
Gejala kemurungan yang paling ketara sebenarnya dapat dikesan melalui psikologi dan tanggapan emosinya. Pesakit kemurungan akan menyimpan perasaan tidak berharga atau bersalah dan terpaku pada kesalahan masa lalu atau menyalahkan diri sendiri ketika sesuatu yang dilakukan menjadi tidak kena pada mereka. Rasa rendah diri, putus asa dan tiada harapan lagi untuk memperbetulkan keadaan. Mereka akan memendam perasaan dengan sangat mendalam, menyendiri, kurang berbual dengan anggota keluarga dan akhirnya berhalusinasi, berbual seorang diri serta berfikiran mampu mendengar suara lain. (Skizofrenia)
Orang tua dengan depresi mengatakan mereka tidak puas dengan hidup yang biasa, membosankan, tidak berdaya atau tidak berguna. Mereka selalu ingin duduk diam dirumah, daripada pergi bersosialisasi atau mencuba sesuatu yang baru.. Rasa tidak berfaedah hidup lagi kerana tidak dapat menyalurkan tenaga atau bantuan kepada individu lain menyebabkan pemikiran negatif menguasai tindakan. Sering berfikir tentang penderitaan atau kejatuhan dan menyebut tentang kematian sebagai jalan penyelesaian terbaik.
Gejala kemurungan pada warga emas yang sangat ketara adalah tiada kawalan emosi. Apabila seseorang itu kemurungan, jiwa mereka sangat sensitif dan  sentiasa rasa diabaikan. Warga emas ini sering mengalami rasa cemas, gelabah dan marah-marah. Apa sahaja situasi, mereka akan bereaksi dengan segera (rifleks). Apabia masalah kegemuruhan terjadi, mereka hanya menfokus kepada diri sendiri tetapi tidak pada orang lain di sekelilingnya. Jika sesuatu terjadi tidak kena pada pandangannya, mereka mudah panas baran terutama bagi lelaki manakala wanita pula akan menangis jika hati mereka tersentuh contohnya rasa terpinggir dan bersendirian. Perasaan sunyi yang sangat dalam, rasa keseorangan tanpa perhatian, cara layanan tidak mesra dari anggota keluarga membuat mereka rasa sangat tersisih walaupun tinggal sebumbung.
3.0 Teori psikososial Erik Erikson.
Teori Erik Erikson tentang perkembangan manusia dikenal dengan teori perkembangan psiko-sosial. Menurut Erikson, perkembangan ego selalu berubah berdasarkan pengalaman dan informasi baru yang kita peroleh dalam berinteraksi dengan orang lain. Erikson juga percaya bahwa kemampuan memotivasi sikap dan perbuatan dapat membantu perkembangan menjadi positif.
Integritas vs putus asa)
Erikson menghasilkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia dengan lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Menurut Erikson, pada peringkat akhir dewasa akan mengalami tahap integriti lawan putus asa yaitu kemampuan perkembangan warga emas mengatasi krisis psikososialnya Terjadi selama masa akhir dewasa (60an tahun) iaitu golongan warga emas. Dalam  fasa ini warga emas cenderung melakukan cerminan diri terhadap masa lalu. Banyak stereotip positif dan negatif yang mampu mempengaruhi keperibadian warga emas. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada hubungan sosial dan produktivitinya.  Fasa ini merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan kerjaya mereka yang akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Integriti  penting dalam menghadapi kehidupan dengan rasa kepuasan dan bahagia.

Integriti paling tepat diibaratkan sebagai suatu keadaan yang dicapai seseorang setelah memelihara benda-benda, orang-orang, produk-produk dan idea-idea, serta setelah berhasil melakukan penyesuaian diri dengan berbagai kejayaan dan kegagalan dalam kehidupannya. Integriti adalah perasaan positif menjadi sebahagian dari aturan kehidupan individu tersebut. Integriti juga bererti masa untuk mencermin kembali  takdir diri sendiri secara berhikmah setiap perjalanan hidup sama ada pahit manis, suka duka, cubaan dan kurniaan, halangan dan laluan kesemuanya menjadi bekal untuk dia meneliti dan memahami “apakah makna sebuah perjalanan hidup dan ke mana jalan yang hendak dituju?” Dalam fasa ini, warga emas telah mengumpulkan pengalaman dan  mengambil iktibar dari pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kedangkalan ketika usia muda yang lepas, lebih santun, lebih berhati-hati, melempar jauh kegopohan lepas, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian serta mensyukuri atas segala nikmat yang diperolehi selama ini. Usia 60 adalah usia matang yang berbekalkan pengalaman enam dekad. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini.

Lawan integriti adalah putus asa, yaitu rasa takut mati dan hidup terlalu singkat, rasa, kekecewaan.  
Warga emas yang tidak berhasil integritinya pada fasa ini, akan merasa bahwa hidupnya hanyalah sia-sia dan mengalami banyak penyesalan. Individu akan merasa kepahitan hidup dan putus asa. Usia ini banyak menimbulkan masalah baru dalam kehidupan seseorang. Meskipun masih banyak waktu luang yang dapat dinikmati, namun karena penurunan fisikal atau penyakit yang melemahkan telah membatasi kegiatan dan membuat seseorang itu tidak merasa berdaya. Keyakinan diri semakin digoyahkan oleh usianya yang mendekati akhir ataupun kematian. Akibat perubahan fizikal yang semakin menua maka perubahan ini akan sangat berpengaruh terhadap peranan dan hubungan dirinya dengan lingkungannya. Dengan semakin lanjut usia seseorang secara beransur-ansur ia mulai melepaskan diri dari kehidupan sosialnya karena berbagai batasan yang dimilikinya. Keadaan ini mengakibatkan interaksi sosial warga emas menurun, sama ada secara  kualiti mahupun kuantitinya sehingga hal ini secara perlahan mengakibatkan terjadinya kehilangan dalam berbagai hal yaitu: kehilangan peranan ditengah masyarakat, hambatan masalah fizikal dan komitmen berkurangan.Walaupun masih memiliki beberapa keinginan atau tujuan yang akan dicapainya tetapi kerana faktor usia semangat mereka menjadi luntur. Dalam situasi ini individu tersebut mudah merasa putus asa.  Jalan pintas yang dilakukan oleh seseorang yang gagal dalam tahap ini akan memilih putus asa, hal ini akan menjadi sumber ketakutan yang mendalam sehingga seakan-akan tidak ada ruang lagi untuk bergerak lebih aktif dan dinamik ditambah lagi dengan kefanaan hidup menjelang kematian.
4.0 Faktor Penyebab  Risiko Kemurungan
Kemurungan berpunca dari pelbagai sebab antaranya secara biologi, tekanan hidup dan kematian pasangan.

Zuraida(2009) berkata kemurungan dan rasa sakit saling berkait sebagai contoh apabila pesakit hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah. Dua neurotransmiter iaitu serotonin dan noradrenalin terbabit dalam kawalan kemurungan dan kesakitan. Apabila seseorang mengalami kemurungan, paras neurotransmiter berkurang dan menyebabkan kesakitan lebih terasa, Kajian mendapati dua pertiga daripada pesakit yang menerima rawatan anti kemurungan dilaporkan mengalami kesakitan fizikal seperti kerap sakit kepala, pinggang, otot dan perut.
Penyebab seterusnya adalah genetik keturunan. Depresi muncul pada orang yang memiliki anggota keluarga yang juga mengalami kondisi tersebut. Ahli psikologi sedang mencuba untuk menemukan gen apa yang mungkin terlibat dalam menyebabkan depresi. 47 peratus pesakit kanser mengalami masalah psikiatri terutamanya jika kanser sudah merebak dan mereka berasa sangat sakit. Masalah psikiatri yang biasa pada pesakit kanser ialah kemurungan dan keresahan. Kanser adalah antara penyakit keturunan begitu juga kemurungan. Kemurungan tidak menyebabkan kanser tetapi kanser boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan. Pada masa sama, kebanyakan pesakit murung juga ada masalah kesihatan lain seperti diabetis dan darah tinggi.
Terdapat beberapa tekanan yang membuat orang usia tua ini menarik diri daripada terlibat dalam sosial. Ketika usia pencen tiba dan lingkungan berubah, warga emas mungkin lepas dari peranan dan aktiviti selama ini. Antara factor tekanan lain meningkatkan risiko berkembangnya atau memicu munculnya depresi, yaitu memiliki kejadian traumatic ketika saat kanak-kanak atau memiliki anggota keluarga yang mengalami kejatuhan. Warga emas pada peringkat ini memiliki suasana hati pilu apatah lagi jika mempunyai sebarang penyakit serius, seperti kanser, serangan jantung, Alzheimer’s atau HIV/AIDS yang membawa kepada kematian. Penyakit-penyakit ini akan menurunkan kemampuan fisikal dan mental mereka, membuat ia terlalu memikirkan diri sendiri secara berlebihan. Tekanan semakin terasa jika orang-orang yang lebih muda disekitarnya cenderung menjauh darinya dan  pada saat kematian semakin mendekat, warga emas ini seperti ingin membuang semua hal yang bagi dirinya tidak bermanfaat lagi. Warga emas ini mula berubah sikap tertentu, seperti  kepercayaan  rendah diri dan sikap suka bergantung kepada orang lain yang berlebihan.

Perkahwinan menjadi faktor yang boleh melindungi kaum lelaki daripada kemurungan kerana merasakan kehidupan mereka sudah sempurna dan tanggungjawab selebihnya itu dialihkan kepada isterinya. Maka tidak hairanlah sekiranya berlaku kematian pasangannya atau kehilangan orang yang dicintainya, lelaki terdedah untuk mengalami kemurungan. Sifat bergantung kepada pasangan menyebabkan mereka tidak dapat menguruskan diri sendiri. Warga emas yang kemurungan ini biasanya hilang selera makan, sentiasa berfikiran negatif dan tidak lagi memberi tumpuan pada diri sendiri yang menyebabkan sistem imunisasi lemah dan mereka mudah mendapat penyakit, termasuklah jangkitan kuman. Perasaan sunyi yang membelenggu diri tidak dapat diubati dengan menempatkan mereka di rumah penjagaan warga emas. Kematian pasangan menyebabkan mereka sentiasa dilitupi dengan perasaan berkabung, berpegang dengan kenangan, hilang arah tuju dan sering mengingati kisah silam secara kronik yang akhirnya menyebabkan rasa sunyi yang terlalu mendalam sehingga tercetusnya perasaan ingin membunuh diri.

5.0 Rawatan.
Kemurungan bukanlah penyakit yang sengaja diada-adakan atau yang terpendam di dalam otak. Ia memang penyakit yang memerlukan rawatan dan mempengaruhi berjuta-juta manusia setiap tahun. Namun demikian, kemurungan sering disalah tafsir atau pun tidak disedari langsung. Sesetengah orang mungkin tidak mendapatkan rawatan kerana merasakan satu hari nanti kemurungan itu akan hilang dengan sendirinya. Ada beranggapan bahawa kemurungan adalah satu kelemahan atau kegagalan peribadi yang perlu ditangani sendiri manakala ada yang lain tidak sedar bahawa terdapat rawatan perubatan yang berkesan untuk kemurungan. Rawatan sepatutnya diberikan pada warga emas yang mengalami kemurungan dalam apa sahaja perawatan cabang psikiatri, pendekatan secara holistik atau pendekatan biopsiko sosial amatlah dititikberatkan yang mana ia bukan sahaja rawatan dari segi ubatan tetapi juga merangkumi intervensi psiko-sosial.
Intervensi perubatan mengamalkan rawatan ubat anti kemurungan [Antidepressant] dengan memberikan ubat seperti Escitalopram (Lexapro), Mirtazapine (Remeron) dan lain-lain. Prinsip memberi ubat antikemurungan pada golongan warga emas adalah sama iaitu “bermula dengan perlahan, kesan perlahan” Pada dasarnya, dalam merawat kemurungan dikalangan warga emas, saya lebih memilih ubat yang dikategorikan sebagai ubat generasi baru yang kurang kesan sampingan berbanding ubat-ubat generasi terdahulu  yang banyak kesan sampingan serta toksik sekiranya diambil pada dos yang berlebihan.
Bagi pesakit yang pertama kali berdepan masalah kemurungan, pengambilan ubat biasanya hanya untuk satu hingga dua tahun dan tempoh ini meningkat kepada dua hingga tiga tahun jika mengalami dua episod kemurungan. Namun jika memberhentikan sendiri pengambilan ubat, risiko penyakit berkenaan berulang adalah tinggi iaitu 50 peratus bagi pesakit yang kali pertama, 75 peratus (episod kedua) dan 95 peratus (episod ketiga kemurungan). Lebih kerap seseorang mengalami kemurungan, peluang untuk penyakit berulang lebih tinggi jika pengambilan ubat dihentikan. Ubat tahan sakit tidak dapat mengatasi kemurungan. Malah ujian darah, ujian sinar-X atau hasil imbasan CT juga tidak dapat mengesan penyakit ini yang akhirnya membawa pesakit kepada pengamal perubatan alternatif dan tradisional
Terapi Kognitif tingkahlaku   (CBT) adalah satu kaedah tanpa ubat yang berkesan untuk kemurungan. CBT adalah satu anggapan bahawa suasana peribadi akan terus dikaitkan dengan corak pemikiran mereka. Negatif, mood berfungsi kesan pemikiran rakyat, rasa diri, tingkah laku, dan juga keadaan fizikal. Tujuan CBT adalah untuk membantu seseorang belajar bagaimana untuk mengenal pasti corak pemikiran negatif, memeriksa kesahihan mereka sendiri, dan juga menggantikan mereka dengan cara pemikiran yang lebih baik. Banyak kajian telah menunjukkan CBT berkesan merawat gangguan kemurungan sederhana dan ringan. Ia juga berkesan dalam mengurangkan masalah berulang pada sesetengah pesakit setelah melalui beberapa kali rawatan ini. Penyelidikan tambahan menunjukkan bahawa gabungan ubat antidepresan dan CBT boleh berkesan dalam merawat kemurungan utama.
Rawatan seterusnya adalah terapi sokongan, ia melibatkan seorang atau dua orang ahli terapi untuk membimbing kumpulan yang biasanya terhad kepada 10-12 individu. Kekuatan, kelemahan individu, dan interaksi interpersonal dikenalpasti dan dapt mengurangkan kesukaran cara komunikasi dalam hubungan  seperti kemarahan, keangkuhan, tidak sabar atau keluar dalam pandangan penuh sebelum kumpulan. Ahli terapi akan memberi pandangan yang lebih objektif tingkah laku dan kesannya terhadap orang lain. Tujuannya adalah untuk individu untuk mendapatkan maklumat tentang bagaimana mereka harus berkelakuan dengan orang lain dan bagaimana tingkah laku ini adalah memberi kesan secara peribadi, sekali gus membolehkan individu untuk mengenal pasti dan mengamalkan perubahan.
6.0 Kesimpulan
Berdasarkan keterangan diatas, dapatlah kita simpulkan bahawa kemurungan dikalangan warga emas adalah merbahaya dan perlu dikesan dengan segera. Segala gejala kemurungan haruslah diperhatikan oleh anggota keluarga seperti insomnia, kurang selera makan, tidak bertenaga, ingatan lemah, pergerakan yang perlahan, perasaan putus asa, hilang harapan untuk hidup, tiada kawalan emosi. Teori psikososial oleh Erik Erikson menerangkan warga emas mengalami perkembangan integriti melawan putus asa menunjukkan bagaimana warga emas menerima takdir kehidupan mereka sama ada secara negatif ataupun positif. Penyebab kemurungan berpunca dari pelbagai faktor seperti perubahan hormon, garis keturunan, tekanan hidup dan berkabung dengan kematian pasangan. Cara merawat penyakit kemurungan adalah seperti terapi kognitif tingkahlaku, intervensi perubatan dan terapi sokongan.
Pada usia senja ini, peranan anak-anak adalah amat penting dimana harus memberi tumpuan kepada penjagaan fizikal dan rohani kepada warga tua. Anggota keluarga haruslah peka dan mendekatkan diri dengan warga emas, limpahi kasih sayang seperti mana mereka telah membesarkan kita. Bantu mereka dalam setiap ketidak upayaan, tunjuklah rasa hormat sebagai seorang anak. Menempatkan di rumah orang tua tidak menimbulkan rasa kasih sayang sehingga mereka berasa bersendirian. Menerima setiap keburukan sebagai sejarah dan pengajaran. Pantau pemakanan  dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik agar penyakit yang dihidapi sentiasa terkawal. Kekalkan gaya hidup aktif, kembangkan minat dan hobi dalam mengisi masa lapang, bersenam selalu, kekalkan tabiat tidur yang baik, urus tekanan dengan berkesan, bersikap realistik terhadap perubahan hidup dan akhir sekali berfikiran positif melalui cabaran hidup. Dorong mereka meningkatkan iman dan memantapkan jatidiri  contohnya membawa warga emas ke ceramah agama, masjid atau surau agar psikologi mereka sentiasa berada dalam keadaan positif dan hikmah. Hubungan erat warga emas dengan persekitaran sosialnya mampu membantu menghakiskan gejala kemurungan. Cegahlah ia sebelum parah kerana mencegah lebih baik dari mengubati.

7.0 Rujukan
Asri, Z.A.M (2010) Bila usia menjelang 40. Dipetik pada 7 Mac 2014 dari
                     http://www.drmaza.com
Anderson J.E (1951) The Psychology of development & personal Adjustment. New York: Henry
                     Holt.
Anna, M. (2014) Terapi Kognitif tingkahlaku untuk kemurungan. Dipetik pada 7 Mac 2014 dari
                     http://www.aboutdepression.net
Becker, H.S (1953) Human development & Edu.  New York: Longman      
Dadan, H. (2013) Gejala depresi pada aank dewasa, pria dan wanita. Dipetik pada 5 Februari
                     2014 dari http://www.gejalapenyakitmu.blogspot.com
Hurlock, E.B (1980) Development Psychology. New York : Mc Graw- Hill.Inc
Kadir, M. (2013) Masalah kemurungan dii kalangan warga tua. Dipetik pada 6 Mac 2014dari
                      http://www.mohdkadir78.wordpress.com
 Mohsi, A. (2010) Kemurungan. Dipetik pada 6 Mac 2014dari http://ahmoshc.com.media
Vicri, M. (2013) Teori Erik Erikson. Dipetik pada 5 Februari 2014 dari
                        http://vicrisoekomti.blogspot.com
(u.n) (2012) Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson. Dipetik pada 5 Februari 2014dari
                       http://psikologi.sosialterapan.stain.blogspot.com 
 (u.n) (2008) Apa itu kemurungan? Dipetik pada 5 Mac 2014dari http://www.utusan.com.my
(u.n) (2010) Segalanya tentang insomnia. Dipetik pada 6 Mac 2014 dari
                      http://www.sihatselalu.com.my
(u.n) (2014) Penyakit kemurungan. Dipetik pada 7 Mac 2014dari http://www.halaqah.net
(u.n) (2014) Kes bunuh di Bandar Baru Bangi  Diperik pada 5 Mac 2014 dari
                      http://www.beritasemasa.com.my

Friday, April 11, 2014

Plan Tunang...

Salam Ollz...
Ari tu line slow, so xdpt nk publish gambar kt blog ni.. So ari ni cm yang dh dijanjikan nak tunjuk plan hantaran yg aku dah buat malam semalam. Semua pic aku seludup dari google image je selepas pemerhatian selama sebulan. Aku plan nk buat 7 dulang, encik boifren plak 5 dulang. Pepandai la dia plan kang...

1. kek printed


Xtau la berapa harga kek printed ni, tp mmg mengidam sangat2 nk tgok muke aku atas kek. Lantak la semua org x lalu makan tgok muke aku atau janggt encik boifren. Hahaha..

  2. pulut kuning

          
Comel kan..? comel kan..? hahaha... tgh tu nnt buh je rendang, x pon lauk kenduri tu.. Ayam masak merah..
 
3. coklat
                  
Tengah pilih idea.. kalau buat idea no 2, kne pakai tisu paper. Dok kt kmpung ni, mmg aku x jumpa la.. Xkan nk guna tisu tandas plak, mmg x lalu la semua org nnt nak makan. Haha... Kalau idea no 1 tu, sian plak dyorg makan biskut je. klw idea no 2, guna lolipop... bawah dy aku buat la bentuk bakul ngn biskut plak. janji banyak benda utk dimakan tp yang penting JIMAT..

4. Agar-agar
           
Bekas acuan bentuk bunga ni mmg dah berpuluh tahun kat rumah ni tp aku dh x jumpa.. Kalau xde gak nnti aku buat bentuk mangkuk je, pastu hias dgn buah stoberi bentuk bunga mcm gmbar atas ni je la.. Seksi you merah2 ni.. aaaaumm..

5. Buah-buahan
    
Buah ni nnt kuar shoping ngan Encik boifren, beli sikit2 pastu bahagi 2.. Ok la kan.. Aku ade, dy pon ade..

6. Biskut / Pastri
               
Bajet terer la konon nk buat kan. Tp try je la nnt..

7. Tuala
      
Tuala ni aku sbnrnye nak buat bentuk angsa tu tp kat mane pulak nak letak tulisan "selamat bertunang"... so nak x nak kena pilih idea no 1

Semua kat atas ni plan aku la selepas beratus kali berfikir. Haha.. Benda belom beli lagi, Tarikh pon belom pilih lagi. As student yg tengah bz exam cm aku skang ni mmg pening kepala tahap gaban la. Pelamin pon aku buat sendiri je nnt. Just nk beli kain je. Harga kain licin murah je rupenya, rm3 semeter.. so pepndai la cm mne nk hias nnt.

Problem lain ialah dulang, lepas menggoogle diy2 semua so dpt ilham nk buat dulang dari surat khabar.. xpernah tau kan....? hahaha.. Aku pon baru tau. Dalam google imej pon x ramai, yg aku jumpa 3 org je. kaler hitam, putih n coklat.. 

    

Baju plak dah ade, masa ayah aku g Mekah dulu ade beli baju cntik dari sana. Tapi kena oter sikit la sbb saiz XXXL.. Haha.. aku saiz XL je.. Mana la org tua pandai shoping, tp bersyukur la ayh aku ingt kat aku sbb aku sorg je dpt tau.. Special seyh.... Kau ado..? Ngeee...~

P/s: Nak fokus bc buku balik.. esok exam. waaaa...~

Sunday, March 30, 2014

Realiti VS Impian..

Hai olz..

Agak serabut jugak pepala otak aku ni nak fikir dilema. Actly aku nk bertunang lg 2 bulan. Mintak nasihat kawan asyik suh istikharah.. Memang la masalah kne istikharah tp sebelom tu kena la fikir dlu. Sebenarnya bukan la besar sgt problem mcm kes MH370 tu. Just nk buat keputusan je. Xtau nak mntak nasihat sape. Try tanya mak tp mak pon dah x sihat, so last2 mak kata buat je lah ikot suke. Nak buat pelamin tp as jobless as me ni mmg sekupang pon xde la...Ari tu encik boifren cakap nk bagi seribu tp last2 tukar plan plak. Bagus..

Tapi bukan tu yg penting, masalahnye aku nk exam gak ni. try gak x nak fikir tp dia plak marah2 sbb aku x nak fikir. Hahaha,. Bukan x nak fikir tp buku tebal nak mampos.. selalu ade module tetibe unversiti aku ni bg buku tebal2 plak sem ni. Sabor je la.. Dah la bahasa inggeris, klw ade yg soft coppy xpe gak. Boleh jugak la aku translate n cepat sikit tangkap. Ni sume mcm mencabar je..

Bab bertunang tu still dlm fikiran. Ikot kata hati nak serba suci.. Kawan2 plak kata sekali seumur hidup.. Tapi tengok ikot realiti as shy as me ni mmg bapak malu la nk tercongok atas pelamin sengsorang. Encik boifren senang la ckap, xyah buat besar2. Dia bukan datang pon.. Cakap main hembus je. stress woo..

Yang dlm otak aku, aku x nak dok depan orang. Tu je.. Selalu aku dok kt dapur je.. Puteri Sorok la katakan.. sampai jiran2 aku pon xtau aku ni wujud. Tapi ayh aku sibuk plak nk panggil jiran masa kenduri. Adoiyai.. Selalu sorok2 je. Time aku nak panggil la plak. Stress lg woo..
                                            siyes xleh nak fokus buku tebal cm ni...

Nak x nak kena wt plan betol2. Aku nk abiskan masa minggu depan untuk exam, then baru setlekan bab tunang. Padahal sem akan datang dh nk bukak gak ni.. Adoi.. mane satu nak fikir.. Minggu ni minggu cuti sekolah, so akak2 pon balik x benti.. Memang xdapat nak fokus study. Malam tadi pon dok ngadap pic2 hantaran n pelamin sampai pukul 3-4 pagi. Tu la habit aku setiap malam. Insomnia kau.. Hambeeek.. Bangun tido plak pkul 11, nasib la piyed.. Next entry aku nak tunjuk plan hantaran aku plak. huhu.. Adios...~~

P/S: serba serbi serabut...

Tuesday, March 25, 2014

Catfish..

Haihai..

kali ni nk share rancgn baru yg menarik minat aku. Rancangan ni sebenarnya dari chanel MTV, kalau ade langgan kat astro tu kire boleh tengok la.. tp sebab aku x de, so tunggu je la kat youtube. Yang bestnye kali ni 12 episod dpt tgok full kt youtube. TQ sesangat kt sape yg upload.

CATFISH ni citer pasal perangkap orang sebalik fake akaun FB.. (kebanyakannya la) so memang best giler la. Aku percaya bukan sorg atau dua je yang kena, whole world pon kena kot. Hahaha... mcm aku sendiri dh 2x dh terjerat dlm kehidupan tu. Aku percaya bila aku jujur, org lain pon akan jujur. Tapi.... hahaha.. tu cuma khayalan. dalam seratus org kawan, pasti ade sekor yang bukan orang. why aku ckp cm tu..? sbb kalau dia ada akal, dia xkan bodohkan org sesuka hati smpai bertahun2...

Dalam rancangan tu mcm2 binatang la sebalik fake akaun. Ada yg gemok, cacat, n gay... biasalah.. bukan org malaysia.. citer ni ade 2 org pengacara, iaitu NEV n MAX.. citer ni dpt idea sbnrnye dr NEV sbb dy ade pglmn kne catfish. so terciptalah sebuah sejarah baru kt amerika sbb rancangn ni mmg dapat smbutan no 1 punye kt sana.

Apa ada dengan Catfish...? cume penipuan disebalik gambar2 cun kt fb. hahaha...Tp bagi aku nape nk sorok diri. kalau nk bercinta xsalah dedahkan diri kt org tu je. bukan kt seluruh dunia. kalau org tu terima, maknanya dia terima.. Kalau dia xterima, dia tetap akan buang kite. so why bother nak tunggu lame2... you have your own life, your happiness. Mungkin belum jumpa tapi as long as benda tu bermula dari penipuan, no one can accept it.. just be patient...

Aku ade pengalaman kne tipu gak. Sekali ngn budak bajet studen ARKITEK kt jepun. tp bila fikir2 balik apsal kt fb dy xde tulis sekeping pon perkataan jepun. hahaha.. Dy try ngorat sorang kartunis, (actly penulis) tp gaduh. So nak bg jelez, dy g ngorat lg sorang kartunis. Mamat2 ni plak cari aku. Bile aku reveal niat minah ni kt mamat no 2, ngamok la beliau smpai hack fb aku. Myb aku salah, tp smpai bila aku nak jd penipu mcm  dy.. Kadang2 benda tu jd ada hikmahnya. pas kes tu dy xmuncul dh depan aku. Thanks god..

Lg sekali aku kena ngn studen MASTER indon. Tp aku rasa aku x teruk sgt kena tipu. tapi dy dh ngorat berpuluh orang, so mamat2 yg kena tipu tu suma cari aku sebab aku bestfriend dy.. So still najis melekat kat aku... Sbnrnye aku percaya kewujudan dia, tapi ape niat dy ngorat ramai2 tu.. hensem? bekerjaya? bijak? master? jauh sekali.. yg x keje pon dy ngorat gak.. kartunis yg x glamor pon dy ngorat gak. siyes aku x faham. paling aku geli, yg tua beruban pon boleh dia ngorat, padahal dy comel giler kot cam yuyu zulaikha tu. Entah la, yg pasti aku dh bersih dari semua najis yang dyorg buat.

p/s: Umor aku dh bertambah, so semakin matang dgn permainan alam maya ni. Mungkin kt dunia realiti aku xde pglmn lg, tp cukuplah aku ckp kurangkan berkawan.. full stop..!!

                                                               
                                                           
                                                   pengacara Catfish, NEV n MAX

Wednesday, March 19, 2014

Sunny

    Malam tadi tunggu rancangan mamma mia. Tapi xde plak. Minggu lepas aku x tunggu tp dh nak abis baru aku tgok. nasib baik ade ulangan. Tak sangka dapat tgok movie Sunny. Dah lama dengar citer pasal pelakon2 dy, banyak rancangan dh invite n interview pelakon2 dy cm gag konsert n happy together. Baru malam td dapat tgok. Siyes x sangka.

Sunny, filem pasal 7 sekawan sejak sekolah menengah. Bile dah umo 40-50 tahun salah seorang anggota kumpulan tu yg paling last cari kawan2 dy, sumpah sedih. Ada yang sakit, ada yg miskin, ada yang buat pembedahan plastik. tp si pencari ni dh berjaya, jadi pelukis kot, ada ank n suami. so kire life dy ok je la. ada gak kawan dy yang jadi ejen insuran, ada yang khwen ngn org kaya. haha. best2. citer tu banyak flashback n recent life.

Actly aku selalu gak terfikr kalau life kite ni dijadikan filem kompom best gak. Apa yg jadi pada masa dulu n sekarang kompom berbeza dengan setiap perjalanan yang kite dh lalui. tp bhgian paling best dlm filem tu aku rasa ialah shoot yg dyorg pada umo 17 tahun tu wish something kepada diri dyorg untuk akan datang. so klaw kite dh umo 50 or something, kite tengok balik video cm tu kompom best giler. tgok gmbar diri sendiri masa kecik pon dh best inikan plak diri kite yang dulu wish something kt diri kite masa akan datang.

Dari sudut psikologinya bagus la untuk kite motivate diri kita masa muda, masa pertengahan dewasa supaya kite tau masa depan kite kt mana n ape cita2 kite. n masa kite tua boleh la refleks balik diri kite dulu dgn cari balik kawan2. x salah rasanya kalau kite himpunkan kenangan semula beramai2 walaupun nmpk cm mengganggu hidup dyorg. tp demi kawan2, dh tentu kute akan sanggup berkorban masa. betol x...?
P/s: Siapa aku dulu adalah sesuatu yang hebat, n siapa aku yang sekarang adalah lebih hebat. Thats all. thank you.. ^_^


Cover filem Sunny

zaman muda penuh semangat kegangsteran.
Watak utama, zaman muda n zaman tuek. haha.. feveret..!

Tuesday, November 12, 2013

Strategi pembelajaran berkesan dalam teori psikologi kognitif.

1.0  Pengenalan
Objektif  tugasan saya kali ini memerlukan saya untuk memahami proses kognitif yang terlibat dalam mengkaji maklumat baru dan mempraktikkan teori-teori dari psikologi kognitif yang terlibat serta membincangkan secara terperinci bagaimana  proses belajar dan cara yang berkaitan untuk membuat belajar lebih berkesan. Ia bertujuan memdapatkan manfaat daripada psikologi kognitif dalam membantu saya untuk belajar dengan lebih berkesan.
Psikologi Kognitif boleh ditakrifkan sebagai kajian saintifik mental proses manusia seperti persepsi, ingatan dan pemikiran. Kognitif psikologi adalah pembahagian psikologi yang terutamanya melibatkan asas penyelidikan saintifik. Penemuan daripada penyelidikan psikologi kognitif menyediakan pengetahuan asas mengenai sifat manusia yang boleh diguna pakai dalam subdivisi lain psikologi seperti psikologi kaunseling dan klinikal psikologi.

Kognitif psikologi berkait rapat dengan hukum bottom-up dan top-down. Ia melibatkan p
roses persepsi dan seterusnya merangsang deria yang akan membawa ke otak manusia untuk memproses maklumat. Pemprosesan Bottom-up dipanggil data yang di pacu atau didorong oleh rangsangan untuk mengaktifkan otak maka kita dapat mentafsir dan mengenal pasti rangsangan sebagai objek yang kita lihat.(Sternberg, 2009). Manakala pemprosesan top-down pula adalah data yang telah diketahui berdasarkan pengetahuan dan pengalaman lepas.
Objektif utama psikologi kognitif adalah untuk memahami manusia secara keseluruhan. Teori psikologi mengkaji minda untuk alasan bahawa ia adalah minda yang mengawal tingkah laku manusia. Dalam erti kata lain, tingkah laku adalah produk proses mental. Psikologi kognitif mengemukakan beberapa domain utama ya itu persepsi, memori, penyelesaian masalah, bahasa, pembelajaran, perhatian dan lain-lain lagi.
2.0  Domain
Saya memilih LIMA domain dalam psikologi kognitif, saya akan membincangkan proses, teori, strategi dengan contoh bersesuaian. Hal ini akan membantu menjelaskan bagaimana kita boleh membuat proses belajar menjadi lebih berkesan dengan menggunakan pengetahuan dari psikologi kognitif. Antaranya adalah persepsi, penyelesaian masalah, memori, belajar dan perhatian.

2.1 PERSEPSI.
Persepsi setiap orang adalah berbeza-beza. Kita mungkin sering mendengar kata-kata ini. Namun apa dan bagaimana persepsi itu? saya akan menjelaskannya agar kita mengetahui lebih mendalam mengenai persepsi.
2.1.1 Definisi dan teori persepsi
Persepsi boleh didefinisikan sebagai proses memberi makna berdasarkan maklumat deria. Otak kita adalah organ kompleks yang berfungsi menganalisis dan menggambarkan situasi. Sebarang maklumat yang kita terima melalui 5 deria, (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan dihantar ke otak untuk di diterangkan. Otak kita mengenal pasti jenis yang bersesuaian dengan pengalaman sebelum dan maklumat pula menghasilkan persepsi.
Teori yang terlibat adalah undang-undang Gestalt. Ia di asaskan oleh Koffka, Kohler dan Wertheimer. Para Gestaltists telah cuba untuk mengkaji pengasingan persepsi dalam prinsip asas mereka persepsi organisasi- Hukum Prägnanz: Prinsip dalam Undang-undang
daripada Prägnanz mengetuai Gestaltists mencadangkan persepsi terdiri dari beberapa undang-undang bagi membezakan jarak, persamaan, kesinambungan yang baik dan penutupan (closer).
2.1.2 Proses Persepsi.
Proses persepsi terjadi melalui dalam tahap-tahap berikut:
1.      Tahap pertama, merupakan tahap yang dikenali sebagai proses proses fizik, merupakan proses ditangkap oleh satu stimulus oleh alat indera manusia.
2.      Tahap kedua, merupakan tahap yang dikenali dengan proses fisiologis, merupakan proses diteruskannya stimulus yang diterima oleh reseptor (alat indera) melalui saraf-saraf rangsangan.
3.      Tahap ketiga, merupakan tahap yang dikenal dengan nama proses psikologik, merupakan proses timbulnya kesedaran individu tentang stimulus yang diterima reseptor. Otak mula mengaitkan dengan pengalaman.
4.      Tahap ke empat, merupakan hasil yang diperoleh dari proses persepsi iaitu berupa tanggapan dan perilaku. Persepsi dibuat berdasarkan ilmu sedia ada atau pengalaman terdahulu individu.
2.1.3 Contoh dan strategi.
Sebagai contoh guru membawa bahan atau objek kajian bagi merangsang minda pelajar. Pelajar juga  melakukan pelbagai aktiviti atas arahan guru di dalam kelas contohnya membuat tugasan berkumpulan, soalan quiz, perbincangan atau pembentangan. Otak pelajar semakin aktif berfikir seterusnya menghasilkan persepsi atau tanggapan bahawa kelas itu seronok dan sesi pembelajaran bersama guru tersebut mudah diterima. Akhir sekali mendorong pelajar untuk lebih bersemangat di dalam kelas dan minat kepada pelajaran tersebut.
Pandangan saya strategi pembelajaran berkesan sangat berkait rapat dengan hukum Pragnanz, iaitu jarak, kesinambungan dan penutupan. Pelajar membuat latihan berbentuk subjektif dengan memberi perhatian kepada maklumat penting yang di asingkan melalui perenggan, memberi kesinambungan dalam menulis esei, dengan memberi idea umum kepada lebih spesifik.
2.2  PENYELESAIAN MASALAH.
Menyelesaikan masalah adalah satu pendekatan yang sistematik untuk mengkaji permasalahan secara teratur. Masalah adalah perbezaan antara keadaan sebenar dan keadaan yang dikehendaki (objektif). Tanpa objektif, orang tidak yang tidak mempunyai masalah tidak akan belajar cara menyelesaikan  masalah.
2.2.1 Definisi dan teori penyelesaian masalah.
Huitt William G. (1992) mentakrifkan menyelesaikan masalah sebagai satu proses di mana kita melihat dan menyelesaikan jurang antara ganjaran dan matlamat yang diingini, dengan jalan untuk matlamat disekat oleh diketahui atau halangan diketahui. Lalu membina sekurang-kurangnya satu penyelesaian khusus daripada pengalaman lalu tidak diketahui.
Teori penyelesaian masalah oleh John Dewey berkaitan reformasi dalam bidang teori dan praktis dalam pendidikan. Beliau menekankan pembelajaran melalui aktiviti kurikulum formal, pratikal, striving untuk menunjukkan bagaimana idea falsafah boleh digunakan dalam kehidupan harian. Dewey  menentang kaedah autoritarian kerana ia tidak mendidik, mengawal dan membimbingan masyarakat demokratik. Pendidikan bukan hanya untuk masa depan tetapi seluruh  kehidupan dalam proses pemikiran. Falsafahnya pelaksanaan lebih penting berbanding teori semata-mata.
2.3.2 Proses menyelesaikan masalah
Proses penyelesaian masalah melibatkan penentuan, membina cadangan-cadangan berdasarkan maklumat atau data diperoleh. Hipotesis bagi setiap cadangan dikaji bagi mengurangkan risiko. Langkah-langkah tepat yang terlibat adalah seperti berikut:
i)        Tentukan Masalah- Mengenalpasti permasalahan yang menjadi dilema. Mengetahui lingkungan keputusan dan apakah objektif yang ingin dicapai.
ii)      Mengumpul Data dan Maklumat- Mengumpul dan menganalisis data untuk mengesahkan bahawa masalah sebenar. Mengenal pasti dan mengutamakan sebab yang mungkin bagi mendapatkan maklumat tentang masalah yang wujud.
iii)    Membangunkan Penyelesaian Alternatif- Potensi penyelesaian untuk menangani punca boleh dijana menggunakan logik, gerak hati dan kreativiti secara individu atau dalam kumpulan. Alternatif dibuat mestilah lebih dari 2 cadangan.
iv)    Menilai, Timbang dan Pilih Alternatif Terbaik- Potensi penyelesaian perlu dinilai termasuk sikap individu terhadap risiko. Membuat hipotesis kepada setiap alternatif, dengan memikirkan risiko kemungkinan yang bakal terjadi.
v)      Melaksanakan, Memantau dan Menilai Alternatif Terpilih- Membangunkan pelan tindakan, mencatat maklumat seperti alternatif,  sumber, had masa, dan matlamat. Mengenal pasti siapa yang terlibat dan perlu diberitahu  tentang keputusan itu.

2.3.3 Contoh dan strategi penyelesaian masalah
Contohnya, seseorang yang ingin belajar berenang, tidak perlu diajar pebagai teori, sebaliknya mereka wajar diajar di kolam renang dan belajar renang. Maka mereka akan menguasai kemampuan berenang itu. Pengalaman perlu dijana bagi mengukuhkan pembelajaran. Teori semata-mata tidak membantu membuka minda pelajar tanpa praktikal.
Strategi penyelesaian masalah yang saya amalkan adalah dengan memperbaiki teknik pembelajaran saya. Pada semester pertama keputusan peperiksaan sangat teruk kerana saya tidak mempunyai kemahiran komputer dan tidak fasih dalam berbahasa Inggeris yang menyukarkan saya untuk memahami dan membuat nota. Selepas mengenal pasti masalah-masalah tersebut, beberapa alternatif telah saya gunakan seperti mengalih bahasa buu inggeris  kepada Bahasa Melayu, membaca buku dan buat nota sebelum kelas diadakan, dan memahirkan diri tentang komputer dengan berlatih lebih dari 8 jam sehari.

2.3 MEMORI.
Memori adalah system ingatan manusia. Terdapat banyak kajian tentang memori sejak dulu lagi. Sistem ingatan manusia terbahagi kepada dua jenis iaitu ingatan jangka pendek, short term memory (STM) dan ingatan jangka panjang, long term memory (LTM).
2.3.1 Definisi dan teori.
Ingatan jangka pendek (STM) mempunyai kapasiti  menyimpan maklumat yang terhad dan hanya berfungsi 15 hingga 30 saat. Sesetengah maklumat dalam STM akan memasuki LTM  manakala maklumat yang masih tersimpan di STM akan padam atau  hilang begitu sahaja. Ingatan jangka panjang (LTM) pula adalah ingatan terhadap sesuatu maklumat dalam tempoh yang lama. Setiap maklumat yang tersimpan dalam sistem ini akan kekal sehingga akhir hayat seseorang, tetapi bergantung kepada daya keupayaan seseorang itu untuk ’memanggil kembali’ (recall) maklumat tersebut dari stor ingatan.
Dalam teori  model Atkinson- Schriffin menerangkan 3 tahap pendekatan proses  informasi. Deria ingatan, STM dan LTM. Ketiga-tiga tahap ini saling berhubungkait bagi membawa, menyimpan dan memanggil semula maklumat pada kadar masa tertentu.
2.3.2 Proses memori.
Terdapat 3 tahap memori iaitu:
        i.            Deria ingatan - Sistem deria seperti mata, telinga, kulit, tunas rasa dan hidung menerima maklumat dari persekitaran.
      ii.            STM- STM  berfungsi bagi memastikan maklumat yang betul masuk ke LTM, mengendalikan cara maklumat yang sesuai, menggunakan beberapa maklumat STM untuk menghasilkan beberapa jenis output dan  memindahkan maklumat dengan betul kepada LTM.  Teknik hafalan dapat mencegah ia pudar daripada STM kita. Permasalahan STM alah kapasiti dan jangka masa yang terhad
    iii.             LTM- LTM mempunyai stor tanpa had keupayaan dan tempoh yang sangat lama bagi tujuan mendapatkan semula, atau mengingati maklumat itu pada masa depan. Bagi tujuan ini, dua proses terlibat: pengekodan, yang merupakan proses memindahkan maklumat dari STM ke LTM dengan memberi perhatian kepadanya, mengulangi atau membacakan ia, atau membentuk persatuan baru; dan mendapatkan semula (recall) yang merujuk kepada memilih maklumat daripada LTM dan memindahkan ia kembali ke STM. LTM melaksanakan tiga fungsi: penyimpanan, penghapusan dan dapatan.
2.3.3 Contoh dan strategi
Sebagai contoh  seorang pelajar yang perlu menghafal  nota bagi setiap subjek, pada hari yang berbeza, berselang 2 atau 3 hari. Sekiranya dia memerlukan hafalan untuk subjek Etika pada hari pertama, selepas sahaja peperiksaan dijalankan dia terus sahaja melupakan nota tersebut dan mula  menghafal nota subjek Sosial pula untuk peperiksaan hari seterusnya.
Pandangan saya, strategi pembelajaran berkesan adalah dengan membuat pengekodan, iaitu membuat  nota atau peta minda. Ia membantu pelajar mengekod maklumat ke dalam ingatan jangka panjang dan menyediakan cara tambahan untuk menyimpan maklumat. Selain itu kaedah chunking atau keyword juga mampu memberi kemudahan dalam mewakilkan maklumat-maklumat penting kerana jumlah simpanan adalah amat kecil. Hal ini akan memudahkan proses hafalan.
2.4 PEMBELAJARAN.
Kajian pembelajaran merangkumi teori yang pembelajaran berbeza seperti behaviorisme, kognitivisme sosial, kognitivisme dan teori pemprosesan maklumat, ia juga meliputi proses kognitif. Konsep pembelajaran adalah sangat berkait rapat dengan kognitif psikologi.
2.4.1 Definisi dan teori pembelajaran.
Definisi pembelajaran adalah proses perubahan  daripada tingkahlaku sebelumnya hasil dari pengalaman dan tingkahlaku baru. Ia tiada limitasi serta berlaku secara sedar. Ia di abstrak  akibat amalan atau pengalaman. Konsep struktur mental pula mengkategorikan set objek, peristiwa, atau idea
 Teori pembelajaran yang terkenal adalah teori pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov. Di dalam kajiaannya beliau  mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan tindak balas. Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing.
2.4.2 Proses pembelajaran.
i) Proses kajian dimulakan dengan pemberian rangsangan terlazim (loceng) tidak menampakkan sebarang reaksi kepada anjing. Hal ini kerana seluruh deria tidak mempunyai pengalaman lepas dengan loceng. Loceng tidak membawa sebarang perasaan gembira atau lapar kepada anjing.
ii) Dalam situasi yang sama, anjing diberi rangsangan tidak terlazim  iaitu makanan. Secara normalnya anjing mula melelehkan air liurnya. Ini menunjukkan kaitan anjing dengan makanan akan memberi rangsangan kepada deria penglihatan, dan bau lalu menghantar ke  otak agar memberi respon melelehkan air liurnya.
iii) Namun apabila disertakan rangsangan lazim (loceng) dan  tidak terlazim (makanan) anjing mula menunjukkan respon tidak lazim dengan melelehkan air liur. Anjing mula belajar sesuatu yang baru, deria penglihatan, bau dan pendengaran bergabung bagi menimbulkan satu pengalaman baru kepada anjing.
iii) Selepas eksperimen ini dilakukan beberapa kali, anjing mula memberikan tindak balas kepada bunyi loceng (rangsangan terlazim) Beliau mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Pavlov membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Imaginasi mengatakan bunyi loceng turut disertakan dengan makanan walaupun ia tidak benar.
Pavlov membuat hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Pelaziman klasik ini juga mengaitkan simbol-simbol dengan apa yang dilambangkan, mengaitkan nama dengan watak, mengaitkan istilah teknik di dalam fizik dengan apa yang dimaksudkan atau mengaitkan tarikh dengan peristiwa (Sulaiman 1997).
2.4.3 Contoh dan strategi.
Dalam teori pelaziman klasik oleh Ivan Pavlov dalam pembelajaran juga berlakunya penghapusan jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna sekiranya tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus. Sebagai contoh seorang pelajar yang tidak mengamalkan pembacaan harian pasti akan lupa pada apa yang diajar di kelas.
Pandangan saya, strategi pembelajaran berkesan yang boleh digunakan ialah dengan membuat banyak latihan, sama ada menyemak semula soalan peperiksaan semester lepas ataupun membuat latihan di dalam buku yang telah disediakan. Latihan yang kerap mampu menguatkan dan mengasah kemahiran ingatan pelajar. Sesi menjawab soalan-jawapan dalam kadar masa yang kerap mampu membuat otak kita menerima pelaziman. Hasilnya pada peperiksaan nanti, apabila soalan diberi, kita akan mampu memberikan jawapan yang betul.
2.5 PERHATIAN SELEKTIF.
Bayangkan ketika sedang memandu, kita mampu melihat jalan raya, berbual, makan atau minum dan mendengar radio sekali gus. Inilah yang dinamakan fokus perhatian. Terdapat 3 jenis perhatian yang besar antaranya visual, auditori dan pembahagian tumpuan. Penerangan berikut adalah berkaitan perhatian selektif visual berlokasi.
2.5.1 Definisi dan teori perhatian selektif.
Perhatian selektif boleh didefinisikan sebagai proses kognitif yang menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara dan tidak menghiraukan perkara-perkara yang lain. Perhatian selektif merupakan pemusatan atau konsentrasi dari seluruh aktiviti individu yang ditujukan kepada sesuatu atau sekumpulan objek. Faktor-faktor yang memengaruhi perhatian selektif adalah harapan, rangsangan, dan nilai-nilai.
Model pemerhatian selektif  Broadbent mengatakan bahawa maklumat hanya boleh diterima melalui satu sumber sahaja. Broadbent (1957) telah membangunkan model penapis untuk menjelaskan cadangan bahawa gangguan berlaku sebelum pengiktirafan corak, dan perhatian yang menentukan maklumat apa yang sampai ke peringkat pengiktirafan corak. Model ini menegaskan bahawa penapis selektif membolehkan maklumat yang datang dari hanya satu saluran pada satu-satu masa, ke dalam ingatan kerja.

2.5.2 Proses perhatian selektif.
Proses perhatian diselektif melalui susun atur  berikut:-
1.      Pertama, perhatian berasaskan lokasi objek menentukan perhatian visual kita. Perhatian selektif  dalm model spotlight melibatkan 3 mekanisme utama yaitu titik  tumpuan, pinggir (latar belakang) dan akhir sekali margin kawasan potong ataupun titik buta.
2.      Eksogen adalah rangsangan-dorongan. Proses Bottom up pula meneria masuk data  tanpa pengalaman atau pengetahuan terdahulu. Apabila mata menfokus kepada satu perkataan atau objek tanpa pengetahuan maka kita akan mula mendalami, membaca dan memahami apa yang berlaku.
3.      Posner (1980) menegaskan  perhatian covert iaitu perhatian tumpuan beralih kepada ruang lokasi yang lain tanpa pergerakan mata dan perhatian overt yang berlaku apabila mata kita bergerak untuk melihat objek. Perhatian overt dan covert membolehkan kita untuk mengenal pasti objek pada kelajuan yang lebih cepat.

4.      Sistem matlamat-arahan terletak di korteks intraparietal dan korteks hadapan yang unggul. Endogen, fungsi pemilihan sukarela berasaskan pengesanan rangsangan deria. Manakala sistem rangsangan-dorongan terletak di korteks temporoparietal dan korteks hadapan yang lebih rendah, sebahagian besarnya lateralised hemisfera kanan kami otak.
5.      Eksogen, berfungsi sebagai litar "pemutus” yang mengarahkan perhatian kepada perkara penting. Kedua-dua sistem berinteraksi dalam penglihatan yang normal untuk mengarahkan perhatian visual.

6.      Akhir sekali, sistem endogen dikawal oleh niat. Mengorientasikan endogen mengaktifkan kawasan partietal otak iaitu  sebahagian besar kawasan otak kita berbanding mengorientasikan eksogen. Mengorientasikan endogen secara sukarela dikawal dengan usaha.

2.5.3 Contoh dan strategi.
Sesi pembacaan tidak dapat menfokus kerana suasana yang bising kerana gangguan pada niat dan usaha. Namun perhatian selektif akan lebih berkesan semasa sesi pembelajaran di dalam kelas apabila guru menulis dan  menunjuk papan putih kerana titik fokus tidak dikaburi dengan gangguan lain. Perhatian cepat menangkap gambarajah, peta minda dan warna.
Strategi pelajaran yang dilihat mampu membantu pelajar adalah dengan menghighlight maklumat-maklumat penting. Sebelum in, saya juga membuat nota secara bertulisan, menggunakan kata kunci namun dilihat tidak berkesan. Penggunaan warna membuat saya mudah menfokuskan perhatian selain dapat memanggil semula (recall) memori ketika peperiksaan dijalankan. Hal ini kerana membezakan maklumat penting daripada maklumat tidak penting.


3.0  Kesimpulan.
Psikologi Kognitif mementingkan cara saintifik bagi membuktikan keberkesanan dan logik untuk setiap pergerakan rangsangan dan tindakbalas. Psikologi kognitif juga memperuntukkan beberapa domain yang telah dikemukan di atas antaranya persepsi, penyelesaian masalah, memori, pembelajaran serta perhatian selektif. Teori terlibat antaranya teori pembelajaran Ivan Pavlow, teori penyelesaian masalah Dewey, teori pemerhatian Broadbent, teori memori Atkinson- Schriffin dan lain-lain lagi. Saya turut menerangkan proses dan contoh strategi pembelajaran berkesan.
Teori-teori yang dikemukan berdasarkan tokoh pilihan membantu mengastrak proses kognitif dengan lebih tepat dan jelas. Perjalanan setiap fokus objek kepada otak menghasilkan tindakbalas yang berbeza melalui penerimaan deria yang berbeza. Pengukuhan, pembelajaran, persepsi dan perhatian merupakan hasil yang terlibat dalam menentukan setiap respon.
Realitinya, strategi pembelajaran berkesan yang dicadangkan diatas merupakan kaedah-kaedah biasa yang dilakukan oleh para pelajar. Namun sering di pandang remeh sedangkan ianya sangat membantu kita memfokus, menyusun atur, serta mengahafal. Pelajar yang mempunyai kesedaran tinggi pasti akan mengawal proses kognitif mereka dan berusaha untuk memaksimumkan pembelajaran mereka. Kuantiti pembacaan tidak akan membantu pembeljaran tetapi kualiti ilmu adalah penentu masa hadapan.
Pada pandangan saya, strategi pembelajaran adalah berkaitan rapat dengan kognitif. Malah, pengetahuan pelajar tentang strategi pembelajaran memberi kesan terus dengan kesedaran kognitif. Mengetahui had suatu keupayaan pembelajaran. Pelajar perlu lebih memahami diri dalam mengetahui jenis tugas pembelajaran yang boleh realistik dicapai dalam tempoh masa yang tertentu. Mengetahui jenis strategi pembelajaran yang berkesan dan tidak berkesan. Perancangan tugas pendekatan pembelajaran yang akan menghasilkan kejayaan. Menggunakan strategi pembelajaran yang berkesan untuk memproses dan pembelajaran baru bahan-bahan. Pemantauan sebuah pengetahuan dan kefahaman tentang pembelajaran yang berjaya. Menggunakan strategi yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat yang telah dahulunya disimpan. Hal ini akan memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar.
 (2 721 patah perkataan)
4.0 Rujukan
A.B. Asha (2010) ABPK2203 Perception and Emotion
                Selangor, Malaysia: Meteor Doc Sdn Bhd
 L.A Jamil (n.d) Belajar wajib berguru
                 Av: http//
www.cahaya2.tripod.com (28 Feb 2013)
L.K. Choong (2011) (2nd Ed) ABPK3203 Psychology of Learning
                Selangor, Malaysia : Mereor Doc Sdn Bhd.
Mazbow (2009) Apa itu persepsi
                  Av: http//
www.masbow.com (28 Feb 2013)
N. Aina (2011) Sistem ingatan manusia                    Av: http// www.konsumerkini.net.my (28 Feb 2013)
S.P. Robbins, (2003) Perilaku Organisasi. Jilid I.
                  Jakarta: PT INDEKS Kelompok Garmedia
T. Lim & K Rozainee (2012) ABPK1203 Cognitive Psychology
                      Selangor, Malaysia: Meteor Doc Sdn Bhd
 (u.n) (2011) Psikologi kognitif: Perhatian.
                 Av: http//
www.psy2073.blogspot.com (1 Mac 2013)
Wadira (2010) Teori Pelaziman Klasik – Ivan Pavlov
                 Av: http//
www.wadira358.blogspot.com (28 Feb 2013)
W. A Gerungan,. 1996. Psikologi Sosial. (Edisi kedua).
                    Bandung : PT Refika Aditama.
Y Azizi (n.d) Penyelesaian masalah                   Av : http// www.eprints.utm.my (28 Feb 2013)