Thursday, September 4, 2014

My E-day...

Hamboi2 korang.. sedap je kan coppy paste asgmen aku kt tenet. haha. Ujung2 Sem ni la bru mengejut bizi nye.. Memang terkejut le aku tgok viewer ramai. Skali cek asgmen je korang bukak. Hokeh la. X marah pon sbb aku pon same je. Hahaha. Sharing is caring kan.. ^_~

Nk citer pasal hari bertunang smlm.. Let share...

8 hb Jun 2014..
Majlis berjalan agak lancar, cm biasa watak uatam harusla paling bz. Ingat nak bg tugasan kat kakak2 tp alih2 kena buat sendiri gak semua. Cume mengharap dyorg boleh tolong kemas2 je la. Bab nak menghias tu semua sendiri. dari kotak hantaran, baju , veil halfmoon, bantal kecik2, n barang hantaran tu semua la. Mekap tu dh memang mahir. So xde hal sangat la.

Pagi majlis tu aku x tido, sibuk masak pulut. Ingat nak serahkan tugas kemas bilik kt akak no 2, aku tetibe blank pagi tu. Hilang semua planning aku nk wt pelamin. So dyorg suh wat kt bilik. Sekali bleh plak akak aku bedal cadar kaler oren, kepala katil tu dy bungkus ngn langsir kaler meroon. Motif..??? Aku punye tema kaler krim. Xkan katil kaler Oren. Sumpah tenggelam aku nnt. So dh kul 10, aku cabut semuanya n buh cadar kaler krim+ biru. Ok, cun.. tp koyak2 sikit la. Barang recycle. Hahaha..

After baju dh pakai, mekap sendiri, n dok dlm bilik tunggu rombongan lelaki. Bapak lambat. Dekat pukul 1 kot dyorg dtg sbb depan rumah dyorg ade kenduri, So nk kumpulkan makcik pakcik tu mmg susah sikit la. Tp akak2 aku dok perli je. panas gak la telinga. Tapi aku dh pesan awal2 kt PAPA suh dtg kul 11. tapi tu la yg dinamakan "Kite cume merancang, TUHAN tentukan."

Pas dyorg smpai baru aku tersedar aku x gosok gg. Gile bangang.. Hahaha.. Nasib dh makan pulut n rendang. Ye la, aku x tido n bz ngn hias pulut tu bentuk burung. Haha.. Mmg gelabah gak tp klw nk turun g toilet, kena lalu depan dyorg plak. So duduk je la dendiam.

Sesi sarung cincin pon berlangsung, family dia dok laga2 pp ngn aku n pose sorg2 ngn aku. Hancur tudung aku upenye. Adoi.. Abis rosak gambar majlis aku. Haha.. lantakkan le.. dh setle, dyorg g makan n aku dok berposing dlm bilik. PAPA kata brg hantaran dy kaler biru, skali kaler oren. Ceh, tenggelam la brg hantarana aku. Hm.. Nasib badan la.


          Giler tenggelam warna tema aku.Brg aku semua dlm kotak coz semua makanan.. 7-5..

Pas makan mak suh aku keluar salam makcik2 tu.. aku pon dok merangkak salam mereka2.. Naik lebam gak la lutut merangkak sbb baju aku penuh ngn pearl. Dah nak balik tu semua salam2 n nonong je keluar, terpaksa aku menjerit panggil adik dy suh ambik brg hantaran. Sorang pon x ingat. Sabor je la.. Hilangayu aku dok jerit2. adeehhh...

Pas rombongan balik, sesi bergambar satu family plak... pas tu masa utk makan... Lauk sedap woo, aym masak merah, daging masak hitam, labu masak lemak.. nyum3... aku cepat2 tukar baju, sekali toing toing toing bunyi pearl tercabut. Kah3x.. Lantak kau la. nasib majlis dh abis. So baju tu akan disimpan utk selamanya. haha.. Perut dh berbunyi, solat pon belom. Abaikan je la baju tu

Akak aku no2 still dok ungkit2 lambat dtg, benda dh jadi nk suh aku wt ape... Ala, tu kompom lepaskan bengang sbb aku cabut cadar la tu. Aku cerita kat mak aku pon, mak aku kata cm balut keranda. Hambik kau... keje x ikhlas kot. Yang aku sakit hatinye bukan ape, aku anti kaler oren sbnrnye. Dy plak hias bilik dy ngn langsir  kaler oren, tau la mahal tp hormati la majlis n watak utama. Dulu pon dh jadi mende ni masa akak aku no 5 khwen, tp tu la. Dy rasa dy kaya, hebat n ego tinggi cm tu la.. kerek la kata org..

Ptg, bebudak dh kerje kan gula2 yg dyorg bg. Aku pesan suh ambik sorg segenggam tp biasa la,, nama pon bebudak. Dah kompom tamaak. Yang beso ambik 2-3 genggam. Mmg bangang la... kul 5-6 PAPA dtg anta dulang, sbb kitorang pinjam je. Aku piinjam akak aku punye n dy pinjam jiran dy punye. So dy pulangkan  sbb akak aku dh nk balik. N family aku pon request tempeyek akak dy sorang satu. so semua dapat la.. aku order yg peket n akak dy pon ade bg lebih...
Alhamdullillah, semua berjalan lancar. Selamat aku jadi tunang orang.. So pasni boleh la fokus blaja balik.. K bai ols.

Gigi bongsu lagi.. errr...

Apa itu gigi bongsu?
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Selalunya gigi bongsu ni tumbuh masa umur 18 hingga 20 tahun. Tu info kt internet la kata. Tapi doktor yang first operate aku ari tu kata orang slalu ade 1 je, n aku antara yang malang sbb ade 2. Perrrrghh.. pitam dengar.  

Gigi bongsu ni tumbuh selalunya x sempurna, ade yang tumbuh sikit, ade yang tumbuh melintang. Masa tumbuh tu pon dah naik demam dibuatnye. So untuk tahun2 seterusnya ada masa dia akan bengkak kalau kite slalu kunyah guna geraham bongsu ni. Kalau aku, myb 2-3 kali dalam setahun gak la. 

Cara atasi cuma 1, bedah n cabut. Harga untuk pembedahan rm50. Aku buat kt poliklinik. Kat tempat korang aku x tau la plak bape.

2 tahun lepas (2012) aku buat pembedahan sblah kanan. Disebabkan poliklinik separa kerajaan, so pembedahan tu buat kat hospital sbb kelengkapan canggih kat sana. Doktor yang rawat aku tu 2 org, ketuanya lelaki n pembantunye pmpuan. yang lain2 ade la 2-3org nurse laki n pmpuan. 

Nak cerita mmg ngeri la, masa injektion ubat pelali tu mmg sakit gile. Myb sbb jarum dy BAPAAAKK besar. Aku smpai skang still seriau  la, mmg nangis. Wa cakap sma lu.. hahaha. Masa bedah plak, ubat bius x bkesan lg, doktor lelaki ni main bedal je kerjakan gg aku. Dah la wat keje sambil bersuaikenal plak ngn dokotr pmpuan tu. Mmg cilanat sungguh la. Boleh plak dy berkenalan "dari mana, dok mana, adik beradik bape," kejadahnya oii.. aku tgh sakit kot.. sepanjang operation, ubat kebas x berkesan, so aku boleh rasa hidup2 gg aku kena cabut. Dalam otak aku fikir "macam ni la kot org melayu kena dera zmn jepun dulu" Setle je operation tu aku terus nangis. Mana x nye, di injek, dibelah, dicabut, (digoyang2nye) terpaksa 2-3 org nurse pegang kepala aku, dijahit plak ngn jarum. Masa dy buh benang dlm jarum tu aku TERbukak mata, rasa nk pengsan 18 kali pon ade. Hmmm.. ngeri kot..

Tadi (sept 2014) aku dgn pura2 beraninye g wt operation kali ke dua slps kena bebel teruk ngn Encik Tunang. So pergi la.. skang klinik maju sikit la, so operation buat dlm klinik je. xyah g spital. So aku banyak blajar dr pengalaman lalu. Kalau nak ckp or pesan ape2, baik bgtau awal2 sbb after that dah xleh bercakap dh coz mulut n bbir kebas. Sbg penganggur aku ckp la aku x nk surat MC n aku nk bawak balik gg tu. (sbb yg dulu nk bawak balik tp xleh bcakap dh). Masa dia injek, aku terjerit2 dah. 2 kali injek. tp sakitnye rasa cm 6 kali. siyes. (masa mula injek, masa dy tekan n masa dy cabut) Memang menitik la air mata dara aku. Abis ancur mekap.

Mulut dh terasa kebas, so masa dy kerjekan tu aku x rasa sangat la. Kali ni dpt doktor pmpuan India plak. Aku dh cuak giler. Sbb pe tau, dy treat kite cm benda bukan manusia. Nak suh baca Bismillah mmg x de la.. nak xnak aku yang baca. Aku dok ulang2 bc surah fatihah, qul huallah hu Ahad (ALLAH YANG ESA) n ayatul qursi (2 org penjaga kiri n kanan).. Tu je dlm otak aku.



          Sama besar ngn kuku jari telunjuk. Besar sikit kot. waaahaa.. sakit woo..

 Kali ni aku x nangis sangat. Balik rumah, kebas still terasa. Then baru rasa sakit. Aku telan la ubat2 dy bagi, 6 bijik semuanya. Aku pon tertido.. haha. sebenarnya aku nak share tips selepas pembedahan. ok, berikut ialah tips yg aku jumpa kt wikipedia.

  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.


  • OK, tu je citer syok sendiri aku yg mungkin beri sedikit panduan utk korang. K bai..