Monday, April 28, 2014

Berita Baik Vs Berita buruk

Hai guys..

Nak share kt korang benda yg jadi kat aku lately. Ada berita baik n berita buruk. Mna satu yg nak share dlu erk..? huhu...

Berita baik, next month dh masok sem baru, so fee nak kena bayar dlm minggu ni. Cek punye cek balance financial kt portal OUM, sekali mak aih.. aku dpt diskaun mcm2 lebih 1k kau.. haha.. Happy sgt2. Selain boleh tutup mulut mak, terasa rezeki plak menjelang tarikh keramat. hee..

Berita buruk plak, aku sakit mata.. haha.. bengkak dh 3 ari.. rasa cm kena tumbuk je. td g klinik, upenye nak jd ketumbit. dapat la 4 jenis ubat. MA tu pon memarah manje, dh 3 ari sakit baru nk dtg. kikiki.... Hensem kot, nak buat muke serius pon xleh. Tersenyum je aku sejak masok bilik tu. Kuikui.. MA lg sorang jeling sekali, nmpk muke aku so dy pandang lg sekali. Hahaha.. lawak plak rasa.


Banyak kan.. tp aku x makan pon ubat2 tu sbb aku tau tu semua dadah.. Sakit aku ni x de la smpai nak makan ubat gatal, bengkak n tahan sakit ke ape ke.. just nak bg rilex mata je..

Sebelum balik g shoping barang dapur dlu, mak teringin makan sambal jawa.. yang tempe cmpur suhun n pucuk tu. Kalau aku masak, aku tambah ikan bilis, kacang panjang n fishcake.. pastu g plak shoping brg kering kt sebelah kedai basah tu nk beli suhun n pucuk.. Balik rumah baru perasan yang aku tertinggal barang basah kt kedai runcit. Ya rabbi.. mmg kena marah la ngn mak n abg. Ni nak masak ape pon xtau. ingt nak masak sup daging, daun sup pon tertinggal dlm plastik tu. Sambal jawa tu mmg dh ke laut la. Hahaha...

Masok bilik xtahan kena bebel. Try pakai ubat mata yang titis tu... agak pedih gak la. Tapi x sure kot tercampur ngn celak aku pakai ni. Lepas seminit terasa kesan dia. Ya rabbi... pahit air liur dibuatnye.. Waaa.. menjerit gak la aku.. Habis air liur tu mne kite boleh benti telan, betol x..? mak bagi tips, kumpul dulu baru ludah.. xbanyak kot sbb titis td pon 2 titis je.. tapi still rasa pahit dlm mulut, kalau makan mmg boleh muntah la. So as manje as me ni, mintak gula2 kt mak. Fuuuuhhh... Lega....~~

That my story today, what yours..?  (^_~ )

p/s: line slow, xdpt nak upload pic. huhu.. adios..~

Thursday, April 24, 2014

Surah al-kahfi (10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir) Rumi dan terjemahan

                                                 
                                                       Bismillah hirrahmaa nirrahim.
                        Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

SURAH A AL-KAHFI 10 AYAT PERTAMA

 Alhamdullillahhilaziiiiii anzalaa’laa a’bdihilkitaaba walam yaj a’l lahu i’waja
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Qaiyimaal liyunzira baksaan syadidaam mil ladunhu wayubashiralmukminiinal laziinaya’ maluunassoolikhaati anna lahum ajraan khasana.
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Maa kisii na fiihi abadaa.
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Wayunziral laziina qaalut takhazal lahu waladaa.
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

Maalahum bihi min i’lmin wala li abaaaaaa ihim, kaburat kalimatan takhruju min afwaa hihim, in yaquuluunaillaa kazibaa.
 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Fala a’llaka baakhi u’n nafsaka a’laaaaaa asaa rihim illam yukminu bihazalkhadiisi asafaa.
 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Innaa ja a’l na  maa a’ lal ardhi zinatallahaa linabluwahum aiyuhum ahsanu a’malaa.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Wainnaa lajaa e’iluu nama a’laiha so e’idaan juruzaa.
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus
.
Amhasibta anna aos haabalkahfi warraqiimi kaanuu min aayaatinaa a’jabaa.
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Iz awalfittatu ilalkahfi faqaaluu rabbanaaaaaa aatinaa mil ladunrahmatau wahaiyik lanaa min amrina rashadaa.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

SURAH AL-KAHFI  10 AYAT TERAKHIR
Allazii nakaa nat a’k yunuhum fi ghithoooo in a’n zikrii wakaanuu laa yastathi u’ na sam a’.
 (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

Afahasiballazinakafaruuuuuu aiyattahizu i’ baadi min duu niiiiii auliyak. Innaaaaa a’k tudna jahannama lilkaafirii na nuzulaa.
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

Qul hal nunabbi ukum bil akhsariina a’k maalaa..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

Allazi na dhalla sa’ yuhumfilhayaa tiddun ya wahum yakhsabuuna annahum yukhsinuuna sun a’
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Uu laaaaaa ikallazii nakafaru biaayaati rabbihim waliqaaaaaa ihi, fahabithat a’k maa luhum falaa nuqiimu lahum yaumalqiyaamati wazna.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Zaa lika jazaaaaaa uhum jahannamu bima kafaruu wattahozuuuuuu aayaati warusulii huzuwaa.
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Innallazii na a manu wa a’milussoolihaati kaanat lahum jannaa tulfirdausi nuzulaa.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Khoolidiinafiihaa laa yab ghuu na a’n haa hiwalaa.
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.


Qullau kanal bahru midaadaal likalimaati rabbi lanafidal bahru qabla an tanfada kalimaatu rabbi walau jiknaa bimislihii madadaa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"
.
Qul in namaaaaaa ana basharum mislukum yuu khoooooo ilaiya annamaaaaaa ilaahukum ilaahun wa hidun. Famang kaana yurju liqaaaaaa a rabbihi. Fal ya’ mal a’ malan soolihau wala yush rik bi ‘ibaadati rabbihiiiii ahadam.  
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Ekonomi: Persekitaran Makro Dalam Dunia Keusahawanan

                                                                        ABSTRAK
Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua peniagaan iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang (Mily, 2011). Melalui persekitaran makro tersebut, analisa dilakukan kepada sebuah syarikat pilihan untuk melihat kesan persekitaran makro kepada organisasinya. Selain itu penambahbaikan diberi sebagai cadangan kepada perniagaan sedia ada.

Kata kunci: Politik dan perundangan, ekonomi, teknologi, sosio-budaya, kesan dan cadangan.

1.0  Pengenalan
Usahawan abad ke-21 dianggap wira perusahaan bebas. Ramai daripada mereka telah menggunakan ini inovasi dan kreativiti untuk membina sebuah perusahaan berjuta-juta dolar daripada perniagaan baru ditubuhkan.  Keusahawanan adalah proses  dinamik dimana kita mampu mewujudkan kekayaan tambahan. Ia adalah proses penciptaan nilai dengan sesuatu yang baru dengan menumpukan masa dan usaha yang diperlukan, dengan mengandaikan Kewangan yang disertakan, psikologi, sosial dan risiko, dan memenuhi kepuasan peribadi dan kebebasan. (Histrich dan Peter, 1998), Fungsi usahawan adalah untuk reformasi atau merevolusikan corak pegeluaran oleh mengeksploitasi ciptaan atau, secara umum, Kemungkinan teknologi belum dicuba untuk menghasilkan komoditi baru atau menghasilkan sesuatu yang lama dengan cara yang baru. Persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ia merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal (Armstrong & Kotler, 2011). Ia terbahagi kepada 4 unsur iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik dan perundangan.

Tugasan pada kali ini memerlukan saya menganalisis sebuah syarikat besar bagi memahami persekitaran makro di dalam menguruskan sesuatu perniagaan atau organisasi adalah sangat penting dan ia menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Syarikat pilihan saya adalah Bukit Merah Arowana Holding Berhad. Ia diusahakan oleh Encik Law Cheng Kiat, yang berusia 64 tahun. Beliau telah membuka sebuah kolam ternakan ikan arowana yang besar sejak 20 tahun lalu. Dengan jumlah pekerja seramai 70 orang yang menjaga premis tersebut membantu beliau bagi menjalankan operasi pemantauan setiap hari. Beliau memelihara ikan ternakan yang bernilai tinggi dari jenis  Golden, Highback, Super Red dan  Bluebase. Harga ikan arowana yang paling mahal adalah Super Red berharga 400USD (RM 1308.40) seekor manakala kesemua yang lain berharga 200USD(RM 654.40) seekor. Hasil ternakannya kini di eksport ke China, Hongkong, Vietnam, Thailand dan Jepun.





2.0 Elemen persekitaran makro.
Persekitaran makro diwakili dengan 4 faktor iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi serta politik dan perundangan.

2.1 Sosial dan budaya.
Elemen persekitaran makro yang pertama ialah sosial dan budaya. Persekitaran ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat.

Destinasi eksport ikan arowana mendapat permintaan tinggi dari China, Hongkong, Vietnam, Thailand dan Jepun kerana populasi masyarakat disana majoriti berbangsa cina dan beragama Budha. Mengikut kepercayaan masyarakat orang cina dan juga bangsa-bangsa yang lain, ikan Arowana adalah  simbol kepada tuah, keuntungan, kemakmuran, kekuatan dan kuasa. Ia mampu membawa kesihatan, kegembiraan dan tuah selain mengusir semangat jahat.

2.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam kejayaan atau kegagalan mana-mana perniagaan yang baru diteroka. Persekitaran ekonomi makro merangkumi jumlah semua barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan, diedarkan, dijual dan digunakan. Usahawan perlu analisis persekitaran ini di peringkat global, nasional dan tempatan di mana mereka mengendalikan perniagaan. Usahawan bergabung dengan pemegang saham untuk memantau, ramalan, menilai dan keadaan ekonomi makro tidak memberi kesan atau usaha baru.
Industri penternakan ikan arowana ini  berpotensi memberi pulangan keuntungan lumayan kepada  pelabur, maka banyak syarikat telah menceburkan untuk membuat pelaburan sama ada sebagai perniagaan teras atau cabang perniagaan. Bagi Bukit Merah Arowana Holding Berhad, keluasan kawasan yang mencecah 200 hektar (500 ekar) itu sewajarnya dimanfaatkan sebagai kawasan pertumbuhan industri ternakan ikan arowana. Maka di bawah bajet Negara pada tahun 2014, Datuk Najib Tun Razak telah memberi keutamaan mengenai  komoditi yang juga merupakan salah sebuah sektor pertanian yang menjadi pemangkin negara.
2.3  Teknologi.
Cabang ilmu tidak memperkatakan seni industri , sains gunaan, kejuruteraan, proses, Rekacipta atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan pengimbasan dan pemantauan dari masa asas menyelidik melalui pembangunan produk dan pengkomersilan. Teknologi perubahan mengambil masa dua bentuk iaitu rekacipta tulen dan inovasi bagi proses.

Rekacipta tulen merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru adalah berbeza drpd melakukan teknologi atau produk yang sedia ada. Atas sebab ini, rekacipta biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai pesaing di peringkat awal dan selalunya monopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang di lakukan ciptaan. Tetapi terdapat kelemahan dengan ciptaan kerana tidak ada pasaran di peringkat awal. Ciptaan baru boleh mewujudkan pasaran baru dan peluang untuk perniagaan. Sebagai contoh penggunaan alat-alat pengukuran  digunapakai dalam memelihara dan memulihara ikan arowana supaya mendapat k
ualiti air yang tepat diperlukan bagi pembiakbakaan ikan arowana adalah dengan mengekalkan suhu air, 29 hingga 31 darjah Celcius, pH air pada kadar 6.5-8.5, Oksigen terlarut 5ppm, tahap kealkalian 60-100 ppm, CaCO3 kadar kejernihan air, 100ppm bacaan ketebalan dinding 30 sentimeter serta kadar larutan Ammonia ialah 1ppm.

Manakala inovasi bagi proses merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk, produk formulasi  dan pembuatan, bahan dan pengedaran. Ini akan menjadi dibincangkan secara terperinci lanjut dalam bahagian mengenai pengenalan peluang.Walaubagaimanapun, ia adalah satu kelebihan yang besar dan peluang jika usahawan tahu maklumat ini. Tidak hanya bergantung kepada iklim semulajadi, usahawan juga perlu bijak dalam membuat iklim tiruan bagi menyesuaikan ikan dalam keadaan sekeliling. Sebagai contoh pengeraman secara In-Vitro digunakan bagi menjamin peratusan hidup anak-anak ikan arowana.
Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan dengan pemantauan yang ketat dan sukatan air yang tepat.

2.4 Politik dan Perundangan.
Elemen terakhir dalam persekitaran makro adalah politik dan perundangan. Segmen politik dan perundangan persekitaran makro adalah arena kumpulan kepentingan yang berbeza bersaing untuk perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana usahawan menjalankan kuasa politik mereka. Untuk tahap besar, usahawan perlu mengambil diberi nama unsur politik dan perundangan  usaha baru. Mereka perlu mematuhi dan mematuhi dasar, perundangan dan peraturan-peraturan di mana perniagaan beroperasi.
Terdapat banyak perbezaan politik dan perundangan di antara satu negara dan lain. Usahawan-usahawan isu-isu global harus sedar halangan perdagangan, cukai, tarif dan risiko politik, serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Mereka menghalang aliran bebas sumber dari negara lain sebagai perlindungan bagi industri negara rumah itu.
Sebagai contoh keluhan Encik Law, pengusaha ikan arowana Bukit Merah ini mengatakan terdapat masalah dalam pemasarannya ke Amerika Syarikat.  Hal ini kerana, kerajaan negara itu mempunyai undang-undang yang agak ketat terhadap pengimportan haiwan-haiwan yang semakin pupus. Beliau berharap dapat menembusi pasaran Amerika Syarikat memandangkan permintaan terhadap ikan hiasan ini lebih luas, tambahan pula negara kita merupakan satu-satunya pengeluar ikan hiasan `Asian arowana' yang utama di rantau ini

Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti
ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini adalah berhubung kait.
Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit Convention on the International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah CITES.
Secara umumnya, politik kestabilan negara di mana perniagaan beroperasi menyediakan peluang untuk usahawan untuk memulakan usaha baru atau mengembangkan perniagaan mereka . Mereka kadang-kadang menambah kos pada kerja dari segi kertas kerja, ujian, pemantauan dan pematuhan. Oleh yg demikian, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan teliti untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada.
Seperti kehendak Akta Syarikat 1965 adalah, hanya syarikat awam (berhad) sahaja yang dibenarkan menganjurkan skim kepentingan dan skim tersebut hendaklah didaftarkan di SSM serta perlu mamatuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, yang bertujuan untuk melindungi pelaburan yang dibuat oleh pelabur dalam aktiviti-aktiviti skim pelaburan yang ditawarkan.
2.0  Kesan Persekitaran Makro Kepada Organisasi
Kesan persekitaran makro merupakan kesan yang berlaku selepas pengenalan elemen-elemen tersebut dalam bidang perniagaan. Usahawan yang mengeksport hasil produk dan perkhidmatan harus menghadapi dan  bersemuka cabaran-cabaran ini.
3.1 Kesan  sosio-budaya.
Kesan elemen persekitaran makro yang pertama adalah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Melalui kebudayaan pula, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku (Kotler et al, 2011).
Projek pembiakbakaan Arowana dekat Tasik Bukit Merah dalam Daerah Kerian, Perak telah berkembang daripada tidak sampai 10 usahawan yang mengusahakan 300 kolam pada tahun 2000 menjadi 70 perusahaan yang melibatkan 143 hektar tanah dengan 3,808 kolam pada tahun 2010.
Hal ini adalah untuk menarik pelabur bagi mengembangkan lagi tapak, pasaran dan penjenamaan negara Malaysia sebagai sebuah pengeksport utama ikan arowana di rantau Asia. Selain itu, syarikat Encik Law ini turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka serta nama Bukit Merah sebagai lubuk emas yang mampu memberi hasil pulangan yang tinggi hanya dengan mengeksploitasi sumber tempatan dan penambahan teknologi.
3.2 Kesan: Ekonomi.
Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke dua ialah ekonomi di mana persekitaran ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana ia boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antaranya perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat (Girijasankar & Bhar, 2011).
Dalam sektor penternakan ikan arowana ini dalam tempoh lima bulan sahaja terlibat dalam perdagangan induk,  Encik Law mampu menjana pendapatan lumayan. Dia membuka kolam ternakan dan menawarkan kepada mereka yang berminat untuk melabur, dan pada masa sama masih menjual induk ikan. Kata Encik Law lagi, hasil anak ikan  dipawah 50 peratus untuk syarikat dan 50 peratus lagi untuk pelabur. Ketika ini beliau  menguruskan kolam yang bernilai RM4 juta.
Industri ikan perhiasan di Malaysia mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 43 peratus sejak tahun 2000-an, mencecah RM783 juta pada tahun 2010 dan dijangka mencapai RM1 bilion pada tahun 2015 dengan Arowana membolot RM250 juta daripada jumlah keseluruhan. Masa depan industri ikan arowana sangat memberangsangkan oleh sebab permintaan dunia terhadap Arowana dijangka meningkat pada kadar 2.5 hingga 4 peratus setahun.
3.3. Kesan: Teknologi.
Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi yang ke-3  ialah teknologi. Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada usahawan atau syarikat (Kotler at el, 2011).

Sebelum ini secara semula jadi, ikan arowana membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.  Namun melalui kaedah In-Vitro atau pembiakbakaan yang dilakukan dengan teknologi terkini membantu peningkatan kadar persenyawaan anak-anak ikan arowana di bawah pemantauan kajian dan pembangunan (R&D). Maka perancangan teliti melibatkan ilmu-ilmu teknologi perlu dilakukan sebelum proses ternakan terdapat beberapa faktor yang perlu dititik beratkan seperti pemilihan tapak, pengapuran, pembajaan, pengeraman, pembiakan, dan akhir sekali pemantauan

Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah celcius dengan memasang pemanas elektrik. Melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eraman semula jadi. Manakala untuk tujuan pembiakan, induk arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu kemudian disusuli proses pembiakan melalui larva atau telur ikan. Ia dirawat dan dieramkan sehingga menjadi matang. Pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

3.4 Kesan: Politik dan undang-undang.
 Kesan elemen persekitaran makro kepada organisasi ialah politik dan undang-undang. Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan termasuklah undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai (Mily, 2011).   Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain.
Persaingan adalah sengit dari segi eksport antara Malaysia, Singapura dan Indonesia.  Hal ini kerana masih ramai penternak tempatan gagal memenuhi syarat Konvensyen mengenai Perdagangan Antarabangsa Spesies terancam(CITES) walaupun ia membuka peluang pasaran antarabangsa yang luas dan kita perlu bertindak segera bagi menguasai pasaran arowana global.Di peringkat dunia permintaan terhadap ikan hiasan mencecah nilai AS$7 bilion (RM26.6 bilion) setiap tahun dan Amerika Syarikat merupakan pasaran yang terbesar namun menghadapi halangan perdagangan dari pihat CITES, Bukit Merah Arowana Holding Berhad  berharap dapat mengeksport kira-kira 25 peratus daripada pengeluaran ikan arowananya ke negara itu.
Melalui kerjasama antara Jabatan Perikanan dengan perkhidmatan kargo Malaysia Airlines telah memudahkan ikan perhiasan dieksport dari Lapangan Terbang Antarabangsa. Pusat Pengurusan Kesihatan Ikan dan Kuarantin di KLIA bertanggungjawab mengeluarkan sijil kesihatan ikan, sijil asal usul dan permit lain yang dikehendaki untuk mengimport dan mengeksport ikan. Sebelum ini sebahagian besar eksport ikan perhiasan dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

4.0 Cadangan Pengurusan Elemen Persekitaran Makro
4.1 Cadangan: Ekonomi
Cadangan pertama untuk menguruskan elemen persekitaran Makro dalam sesebuah organisasi adalah  aspek ekonomi. Sebagai contoh pemasaran melalui e-talian dapat mempercepatkan proses penjualan. Perkhidmatan eksport diperbaiki dari sudut pembungkusan dan perkhidmatan penghantaran agar lebih cepat dan selamat. Kaedah ini mampu mengurangkan risiko kematian ikan arowana semasa dalam proses penghantaran. Isu-isu berkaitan penambahbaikan dalam elemen makro mampu meningkatakan permintaan eksport arowana ke luar negara seterusnya meningkatkan kadar ekonomi negara. Bagi menjamin mutu penghasilan baka ikan-ikan perhiasan yang bermutu tinggi bagi pasaran eksportnya,  peranan komited harus diberikan seperti dengan memperuntukkan 10 peratus daripada keuntungan syarikat setiap tahun untuk menjalankan usaha Pembangunan dan Penyelidikan (R&D).

Selain itu promosi aqua fair  seperti job fair boleh diadakan bagi memperkenalkan ikan-ikan arowana atau ikan air tawar yang lain kepada seluruh Negara. Pembabitan negara-negara sekitar dalam kerjasama memperkenalkan ikan arowana mampu meningkatkan kepopularannya malah meluaskan lagi pemasaran.

4.2 Cadangan: Teknologi
Cadangan ke dua untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek teknologi di mana, penggunaan teknologi baru yang lebih konsisten dan efisen (Kotler et al, 2008). Organisasi atau syarikat juga perlu bijak mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia. Ia bertujuan agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran.
Bagi meningkatkan kualiti ikan arowana, cadangan aktiviti penyelidikan dalam bidang bioteknologi molekul dan penentuan foligenetik ikan air tawar. Dalam bidang bioteknologi enzim, penyelidikan boleh ditumpukan untuk menyaring mikro organisma yang boleh berupaya mereputkan komponen-komponen tumbuhan yang tidak dapat dihadam oleh ikan. Dalam bidang pembiakan ikan pula, pencarian kaedah pembiakan terkini serta menghasilkan induk, benih dan baka berkualiti seperti kacukan dan saiz produk. Selain itu program pemilihan genetik ikan juga penting untuk menambah produktiviti ternakan ikan. (Jabatan Perikanan, 2008)
4.3 Cadangan: Sosial dan budaya
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi ialah aspek sosial budaya iaitu demografi dan kebudayaan. Kotler et al, (2008) mengatakan  bahawa demografi berkait rapat dengan data populasi seperti saiz, kepadatan lokasi, umur, jantina, bangsa, pekerjaan, penghijrahan populasi, lokasi geografi , dan pengagihan pendapatan penduduk (Mily, 2011). Manakala arah aliran sosial pula berkaitan dengan mod dan cara kehidupan seseorang, kelas sosial, dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara. Usahawan perlu bijak memantau perubahan gaya hidup, citarasa dan pilihan rakyat untuk mengenal pasti peluang perniagaan.

Dalam mencari keuntungan, usahawan juga mempunyai tanggung jawab besar  terhadap penjagaan alam sekitar. Ia juga menyimpan inventori spesies ikan di perairan darat Malaysia dan memulihara biodiversiti hidupan air. Dalam membesarkan saiz perniagaan, usahawan juga harus memberi kembali jasa kepada penduduk sekitar dengan membuka sektor pekerjaan, memberi bantuan, penyediaan prasarana kepada masyarakat setempat. Dari sudut perniagaan pula, promosi boleh dilakukan dengan tidak hanya kepada konsep kepercayaan pembeli tetapi juga sebagai taraf social juga. Ikan arowana dengan harga yang mahal member nilai kekayaan kepada pembelinya.

4.4 Cadangan: Politik dan undang-undang.
Cadangan untuk menguruskan elemen persekitaran makro dalam organisasi iaitu dalam aspek politik dan undang-undang. Ruang isu-isu sintesis adalah saling berkaitan. Halangan perdagangan dan tarif dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang didagangkan lakukan di peringkat antarabangsa.

Sebagai contoh bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Bukit Merah Arowana Holding Berhad iaitu kesukaran menembusi pasaran ke Amerika Syarikat, mereka boleh membiakkan ikan itu dalam jumlah yang besar, membuka peluang pelaburan kepada rakyat Amerika seterusnya menghapuskan persepsi lama bahawa ikan arowana adalah ikan yang diancam kepupusan. Meyakinkan mereka bahawa proses pembiakbakaan merupakan teknologi terkini yang mampu meningkatkan populasi ikan arowana di dunia. 

5.0         Kesimpulan
Berdasarkan kajian analisa terhadap proses perniagaan terhadap Bukit Merah Arowana Holding Berhad dapatlah disimpukan bahawa persekitaran makro mempengaruhi strategi perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat. Persekitaran makro terdiri 4 buah aspek iaitu sosio-budaya, ekonomi, teknologi, politik dan perundangan. Sosio-budaya memngetengahkan isu demografi penduduk dan aliran sosialnya. Manakala ekonomi menunjukkan kadar ekonomi semasa, kesan kepada pengenalan elemen makro. Teknologi pula ditentukan dengan tahap kreativitian dan inovasi sesebuah teknologi dalam peralatan dan proses penternakan. Politik dan perundangan mengetengahkan isu-isu seperti halangan perundangan, risiko politik, perjanjian perdagangan, cukai dan peraturan yang kesemuanya bukanlah memberi keuntungan malah menyukarkan proses perdagangan.

Namun melalui cadangan pengurusan elemen persekitaran makro yang telah diberikan sedikit sebanyak mungkin dapat meningkatkan dan menambahbaikkan mutu pemasaran yang sedia ada. Ekonomi misalnya tidak harus tertumpu kepada proses ternakan saja, namun boleh ditingkatkan melalui pengiklanan dan pemasaran. Manakala teknologi pula perlu menghalusi setiap aspek pemproses dengan membuat lebih banyak R&D. Sosio-budaya pula harus peka dalam isu alam sekitar serta masyarakat setempat. Aspek terakhir dalam elemen persekitaran makro pula adalah politik dan perundangan. Halangan yang diterima boleh diubah dengan usaha yang lebih gigih serta pematuhan syarat dengan tepat. Dengan kombinasi ke empat-empat elemen pasti dapat menghasilkan kejayaan kepada seseorang usahawan.

(2 823 patah perkataan)
1.0  Rujukan
Ahmad, B.D (2011) Kata-kata aluan Pengerusi Persatuan Penternak Ikan arowana Utara
             Semenanjung
. Dipetik pada 10 Mac 2014 dari
www.akuakultur.malaysia.com
Hamiza, I ( 2013) Persekitaran makro. Dipetik pada 5 Mac 2014 dari
                   www.ceritacintun.blogspot.com
Norashidah, H et al (2012) OUMM2103 Entrepreneurship Selangor : Meteor Doc Sdn. Bhd
(u.n) (2013) Cara budi daya dan ternak ikan Arowana di akuarium. Dipetik pada 5 Mac 2014
                dari
www.HOBiku.blogspot.com
(u.n) (2008) Arowana ikan hiasan berharga. Dipetik pada 5 Mac 2014 dari
                
www.pmr.penerangan.gov.my
(u.n) (2008) Panduan pembenihan ikan arowana. Dipetik pada 5 Mac 2014 dari
               
www.kebunanwarisan.blogspot.com
(u.n) (n.d) Info arowana. Dipetik pada 10 Mac 2014 dari
               
www.bumiemasaquaculture.blogspot.com
(u.n) (2002) Xian Leng sasar eksport ikan arowana tempatan ke Amerika Syarikat. Dipetik pada
               10 mac 2014 dari
www.utusan.com.my
(u.n)(n.d) Mampu jadi pengeluar dunia. Dipetik pada 10 Mac 2014 dari www.utusan.com.my

Psikologi: Kepuasan dalam pekerjaan

                                                           ABSTRAK

Kepuasan kerja merupakan suatu sikap umum yang merupakan hasil dari beberapa sikap khusus terhadap faktor-faktor pekerjaan, personaliti individual, serta hubungan kelompok di luar pekerjaan itu sendiri. (Blum , 2000) Keadaan ekonomi negara yang semakin meningkat menuntut masyarakat samada lelaki mahupun wanita bersama-sama berusaha keras bagi mempertahankan kedudukan taraf sederhana pada masa kini. Disamping memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing, melalui pekerjaan juga dapat memenuhi tanggungjawab, kepuasan hidup, keyakinan diri dan sosial seseorang. Dalam pekerjaan, setiap individu mempunyai pendapat berbeza tentang kepuasan kerja. Samaada kerja yang mencabar dan menarik, gaji yang baik, rakan yang serasi, peluang untuk kenaikan pangkat, risiko diberhentikan atau dipecat. Tinjauan secara rambang dilakukan kepada masyarakat sekitar, respondan mewakili pendapat masyarakat dalam kepuasan kerja. Bantuan jadual , graf dan carta pai menjelaskan peratusan secara lebih terperinci. Hujah perbincangan beserta fakta bagi menguatkan hujah kepuasan kerja.

Kata kunci: gaji, ekonomi, pangkat, personaliti , teori kepuasan dan teori motivasi.

1.0 Pengenalan
Kepuasan kerja merupakan hal yang bersifat individual. Setiap individu mempunyai tingkat kepuasan yang berbeza. Definisi ini mengandung pengertian bahwa kepuasan kerja bukanlah suatu konsep tunggal, sebaliknya seseorang dapat merasa puas dengan suatu aspek dari pekerjaannya dan tidak puas dengan salah satu atau beberapa aspek lainnya.

Herzberg  (1956) menggabungkan  dua faktor kepuasan dalam pekerjaan  iaitu secara intrinsik dan ektrinsik. Aspek intrinsik juga dinamakan sebagai motivasi. Faktor motivasi adalah faktor-faktor yang langsung berhubungan dengan isi pekerjaan atau faktor-faktor intrinsik. Faktor motivasi mampu mendorong seseorang untuk berusaha mencapai kepuasan, contohnya adalah  pencapaian, pengiktirafan, pekerjaan, tanggungjawab dan peluang untuk memajukan diri, kemajuan tingkat kehidupan

Manakala tahap ekstinsik juga dinamakan hygiene Faktor Hygiene tidak berhubungan langsung dengan kepuasan suatu pekerjaan, tetapi berhubungan langsung dengan timbulnya suatu ketidakpuasan kerja ( Dissatiesfier). Sehingga faktor hygiene tidak dapat digunakan sebagai alat motivasi tapi lebih kepada menciptakan kondisi yang mencegah tibulnya ketidakpuasan.
Faktor higiene memotivasi seseorang untuk keluar dari ketidakpuasan, adalah suasana tempat kerja, penyeliaan, polisi kerja, gaji dan hubungan interpersonal.

Dalam tugasan  ini satu tinjauan telah dilakukan bagi menganalisis dari segi psikologi tentang kepentingan bagi seseorang memenuhi kepuasan kerja individu dalam kerjaya masing-masing. Tinjauan telah dibuat di kawasan taman awam Teluk Intan dan beberapa buah sekolah sekitar Teluk Intan. Tinjauan dilakukan  secara rambang kepada 20 orang respondan yang bekerja sebagai pegawai keselamatan, guru-guru, kakitangan awam dan lain-lain lagi. Had umur respondan adalah di antara 18 hingga 40 tahun.





2.0 Kajian Kuantitatif

                           Jadual borang tinjauan bagi 10 orang individu  lelaki

L1
L2
L3
L4
L5
L6
L7
L8
L9
L10
Jumlah (ᵡ /50)
Kerja yang mencabar
1
1
1
4
1
1
3
4
3
3
22
Gaji yang baik
5
5
4
3
3
5
5
5
5
5
45
Peluang kenaikan pangkat
2
3
2
5
2
3
4
3
4
2
30
Jaminan kerja(risiko diberhentikan atau dibuang kerja)
3
4
5
2
5
4
2
2
2
1
30
Rakan sekerja
4
2
3
1
4
2
1
1
1
4
23


                         Jadual borang tinjauan bagi 10 orang individu perempuan

P1
P2
P3
P4
P5
P6
P7
P8
P9
P10
Jumlah (ᵡ /50)
Kerja yang mencabar
2
2
2
4
1
5
4
3
1
2
26
Gaji yang baik
4
5
5
5
3
3
3
4
5
5
42
Peluang kenaikan pangkat
3
1
1
1
4
4
5
5
2
4
30
Jaminan kerja (risiko diberhentikan atau dibuang kerja)
5
3
4
2
5
1
2
1
3
1
25
Rakan sekerja
1
4
3
3
2
2
1
2
4
3
27


Borang tinjauan yang diedarkan memerlukan individu mengisi ruang kosong dengan mengatur kepentingan dalam kerjaya melalui turutan 1 hingga 5. Setiap pilihan pertama akan menerima skor 5 markah, diikuti pilihan ke 2 akan mendapat 4 markat dan seterusnya.  Skor tersebut di tambah sehingga mendapat 50 peratus dari pihak lelaki dan 50 peratus dari pihak perempuan.
20 orang respondan telah di temuramah, dan diminta mengisi borang tinjauan tersebut. 10 dari mereka adalah perempuan dan 10 orang lagi adalah lelaki. Kesemua mereka telah pun bekerja dan mempunyai pengalaman  1 hingga 20 tahun bekerja.

Berdasarkan kepada teori Abraham Maslow setiap individu yang bekerja di dalam sesebuah organisasi akan menuntut 5 keperluan bagi tujuan kepuasan diri seperti yang pertama keperluan fisiologi seperti air, oksigen, makanan dan kesihatan diri mewakili kepentingan gaji. Kedua, keperluan keselamatan, iaitu pekerja memerlukan kebebesan bekerja dan jaminan keselamatan yaitu mewakili jaminan tidak diberhentikan kerja. Ketiga keperluan kemesraan dan kekitaan  mewakili rakan yang bersesuaian. Keempat, keperluan penghargaan diri  yaitu kenaikan pangkat dan yang terakhir adalah keperluan pencapaian hasrat diri yaitu kerja yang mencabar. Kita melihat keperluan-keperluan ini merupakan asas kepada kehendak manusia agar merasakan kepuasan dalam melakukan sebarang aktiviti khususnya sektor pekerjaan.
Hasil data diperolehi, telah dianalisis serta diolah menjadi cartai pai dan carta bar perbandingan seperti yang ditunjukkan di bawah.

                                                       RAJAH 1
Rajah 1 menunjukkan Peratusan kepuasan dalam kerjaya. Berdasarkan carta pai di atas, dapat kita lihat peratusan tertinggi adalah kepentingan terhadap gaji yang baik dengan 29%. Manakala peratusan kedua tertinggi adalah peluang kenaikan dan kemajuan dalam kerjaya dengan 20%. Manakala pilihan ke tiga pula adalah Jaminan tidak diberhentikan kerja atau pemecatan dengan 18%. Dan akhir sekali rakan yang sesuai dan pekerjaan yang mencabaran dan menarik  pula masing-masing mencatatkan 17 dan 16 peratus.

Pemilihan gaji sebagai faktor paling penting dalam kepuasan kerjaya mempunyai hubungkait dengan kadar ekonomi semasa yang memerlukan perhatian yang lebih. Kadar perbelanjaan yang semakin meningkat. Kenaikan pangkat pula merupakan titik tolak kepada peningkatan kadar gaji disamping turut meningkatkan beban tanggungjawab seseorang. Namun ada sesetengan pekerja sudah selesa, mahir dan pakar dengan pekerjaan mereka sekarang maka tidak memerlukan cabaran dalam kerjaya mereka melainkan jaminan supaya tidak diberhentikan kerja atau dipecat. Kesesuaian diri dengan rakan sekerja juga kurang penting bagi sesetengah individu kerana pembentukan sosial itu boleh berubah mengikut kadar masa. Namun 2 orang respondan wanita yang ditemuramah mengatakan sanggup tidak bekerja jika tidak serasi dengan rakan setugas mereka. 

 
                                                   RAJAH 2
Carta bar perbandingan pada rajah 2 menunjukkan beza pendapat antara lelaki dan perempuan yang bekerjaya.Perbezaan antara lelaki dan perempuan menunjukkan gaji merupakan pilihan utama mereka terutama lelaki dengan 90% kerana mereka mempunyai tanggung jawab yang besar dalam rumah tangga, ya itu menjadi pencari rezeki untuk sesebuah keluarga. Berbeza 6% sahaja dengan kaum perempuan. Potensi kenaikan pangkat pula menunjukkan persamaan antara lelaki dengan perempuan dengan nilai 60% setiap jantina yang mungkin membawa erti bahawa kerja yang dilakukan mendapat perhatian dari majikan dan peluang memajukan diri. Manakala jaminan kerjaya tidak diberhentikan dan dipecat  menunjukkan lelaki melebihi kaum wanita sebanyak 10%. Hal ini kerana wanita masih mampu bergantung hidup kepada suami mereka bagi mereka yang sudah berkahwin namun tidak bagi kaum lelaki.

Rakan yang bersesuaian pula di kedudukan kedua terendah. Keserasian dengan rakan sekerja adalah penting bagi kaum wanita dengan nilai 54% yaitu 8% lebih sedikit dari lelaki, hal ini kerana wanita bekerja secara saling bergantung diantara satu sama lain, sedangkan lelaki lebih optimis, perahsia dan mampu bekerja secara bersendirian. Kebiasaanya masalah motivasi pekerja dalam golongan teori ini akan dikenalpasti melalui nilai hubungan antara kumpulan pekerja dan kemudahan yang diterima. Sekiranya suasana bekerja mempunyai pengaruh individualistik maka produktiviti dan motivasi akan berkurangan di kalangan pekerja. Peratusan paling rendah adalah kerja yang mencabar dan menarik dengan lelaki 44%, ia tidak penting bagi kaum lelaki kerana kerjaya mereka sudah cukup memberi beban. Peratusan yang lebih tinggi dikalangan perempuan iaitu 46% menunjukkan bahawa mereka cuba untuk keluar dari zon selesa yang semakin membosankan.

3.0 Perbincangan
Imran (2008) mengatakan kepuasan kerja berkait rapat dengan motivasi dan produktiviti pekerja. Masalah motivasi dikalangan pekerja akan menyebabkan prestasi organisasi tergugat. Oleh itu seorang pengurus organisasi haruslah bijak mengenalpasti masalah motivasi dikalangan pekerja dan bijak menangani masalah tersebut berdasarkan teori tertentu. Bagi pendekatan teori hubungan manusia  yang dipelopori oleh Elton Mayo faktor hubungan antara manusia yang sering memberi kerjasama antara satu sama yang lain merupakan penyumbang ke arah produktiviti organisasi. Selain itu juga nilai penghargaan terhadap individu hendaklah diberikan bagi mewujudkan motivasi yang unggul, kerana setiap pekerja wajar merasakan mereka perlu dihargai. Lima aspek yang akan dibincangkan adalah berkenaan gaji, kenaikan pangkat, jaminan tidak dipecat, kerja yang mencabar dan rakan yang bersesuaian.
3.1 Gaji
“Harga barang makanan terutama barangan basah di beberapa negeri didapati meningkat dalam tempoh dua hari pertama 2014 ini. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar di seluruh negara hari ini mendapati berlaku peningkatan harga barangan terutama cili merah tempatan, bawang merah besar dan ikan kembung dari 70 sen hingga RM6. Apa yang mengejutkan, cili merah tempatan yang lazimnya berharga sekitar RM6 hingga RM7 sekilogram, naik mendadak mencecah RM12 di kebanyakan pasar atau gerai jualan.” (Utusan Malaysia, 2014)
Berdasarkan keratan akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 2 Januari 2014, menunjukkan kadar kenaikan harga barang yang menuntut perbelanjaan ekonomi sesebuah rumah semakin meningkat.  Tanggungjawab berat menanti mereka lebih-lebih lagi tahun ini, berlaku rentetan kenaikan harga barangan yang memberi kesan kenaikan kos sara hidup. Bukan sahaja barang makanan, malah kenaikan harga minyak, tol dan tariff elektrik. Menyedari cabaran dan beban yang semakin berat bakal digalas, pemilihan gaji yang baik adalah perkara utama dalam menangani kos sara hidup.
Imran (2008)  merujuk kepada pendekatan teori motivasi yang dipelopori oleh Fedrick Taylor yang menekankan faktor imbuhan atau ganjaran yang berupa pembayaran gaji kepada individu bagi menggalakkan prestasi kerja yang cemerlang. Justeru itu melalui teori tersebut, kita dapat mengetahui masalah motivasi yang dihadapi oleh pekerja berdasarkan prestasi gerak kerja yang tidak mempunyai mutu atau kualiti samada berbentuk produk atau aktiviti yang dikehendaki oleh organisasi bagi mencapai sasaran matlamat.
3.2 Kenaikan pangkat.
Kenaikan pangkat merupakan bentuk penghargaan dan kepercayaan pimpinan yang diberikan kepada pekerja yang telah  melaksanakan tugas dengan baik. Hal ini kerana ia  mampu meningkatkan motivasi diri dan dedikasi yang baik jika segala tugas yang dilakukan mendapat perhatian dan penghargaan daripada majikan.(Imran, 2008) Peluang kenaikan pangkat ini akan lebih memajukan seseorang pekerja dalam bidang yang diceburinya. Kenaikan pangkat memang hak tapi tidak boleh diperolehi secara mudah melainkan dengan memiliki kemampuan profesional, prestasi kerja yang baik, memiliki sikap mental serta disiplin yang tegas dan baik. Para pekerja dituntut untuk senantiasa dapat mengembangkan diri dengan belajar dan berlatih, guna meningkatkan ilmu pengetahuan dan keterampilan agar dapat mengikuti perkembangan situasi dan dinamik dalam masyarakat.
Menurut teori keperluan Maslow, kenaikan pangkat dan memajukan diri terletak  pada peringkat ke-4 iaitu keperluan penghargaan kendiri. Dalam kategori ini dibagi menjadi dua jenis iaitu Eksternal dan Internal. Sub kategori eksternal meliputi pujian, piagam, tanda jasa, hadiah, dan lain- lain. Manakala sub kategori internal sudah lebih tinggi dari eskternal, pribadi tingkat ini tidak memerlukan pujian atau penghargaan dari orang lain untuk merasakan kepuasan dalam hidupnya. Selain itu manusia memiliki keinginan untuk bersikap tegas, berdasarkan  tingkat kestabilan diri, dan perasaan ingin dihormati dari orang lain. Andai fasa ini dicapai, kepercayaan diri individu itu akan meningkat seterusnya meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang.

3.3 Kesesuaian Rakan Sekerja
Aspek sosial dalam pekerjaan merupakan salah satu sikap yang sulit digambarkan tetapi dipandang sebagai faktor yang menjadi tunjang kepuasan dalam kerja. Komunikasi yang lancar antara pekerja, tidak hanya komunikasi satu pihak semata, saling hormat-menghormati merupakan sebab utama sesebuah jabatan tersebut berjaya dan produktif. Manakala sikap pekerja dengan sesama rakan sekerja juga perlu dijaga dengan baik dan harmoni.  Dengan menganggap rakan sekerja itu sebahagian daripada ahli keluarga dan saudara mara sendiri, maka sudah tentu kita akan sanggup berbuat apa sahaja untuk menolong dan membantu mereka. Bekerja atas dasar kasih sayang  jelas terbayang daripada sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya  "Amalan sesudah beriman kepada Allah ialah berkasih sayang kepada para manusia" Riwayat Tabrani. (Asri, 2010)  Dengan demikian setiap pekerja lebih komited serta bermotivasi untuk terus menjalankan tugas mereka dengan baik dan cemerlang. Jika hubungan sesama rakan sekerja baik maka semua orang akan merasakan kerja itu lebih seronok malah turut dihargai.

Menurut teori Maslow, pada peringkat ke-3 adalah fasa keperluan kasih sayang. Manusia mampunyai keinginan untuk  dimiliki dan diterima yang datang dari kelompok sosial yang luas (kelompok, pejabat, perkumpulan keagamaan, organisasi profesional) atau hubungan sosial yang kecil (anggota keluarga, pasangan, mentor, rakan sekelas, sahabat karib). Jika fasa ini tidak dipenuhi maka individu itu akan menjadi sedih, sunyi, sepi, gelisah, dan tertekan. Kekurangan rasa kasih sayang antara social akan menyebabkan berhubungan menjadi negatif seperti penyakit hati iaitu dengki, busuk hati, khianat, dan lain-lain lagi.

3.4 Jaminan Tidak Dipecat Atau Diberhentikan
“Selangor, 4 Feb- Selepas isu pemecatan ahli lembaga pengarahnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS, bergolak lagi. Kali ini 23 daripada 36 kakitangan PKNS Holdings Sendirian Berhad pula, dipecat dengan notis serta-merta. Ia turut membabitkan ketua bahagian dan pegawai kanan anak syarikat milik penuh PKNS itu. Surat notis pemberhentian kerja serta-merta bertarikh semalam ini, diterima kakitangan terbabit jam 9 pagi tadi. Alasan pengstrukturan semula syarikat, tidak dapat diterima, kerana ia membabitkan lebih separuh daripada jumlah kakitangan PKNS Holding Berhad.” (Utusan Malaysia, 2014)

Keratan akhbar seterusnya menunjukkan tindakan tidak bermoral yang mampu merenggut masa depan seseorang. Jaminan dari risiko diberhentikan dan dipecat merupakan pilihan kedua tertinggi para responden. Hal ini kerana ia adalah penting bagi menjamin kedudukan seseorang dalam kerjayanya. Setiap individu mempunyai tanggungjawab yang besar seperti kereta, rumah dan keluarga yang memerlukan pembiayaan setiap bulan maka adalah tidak adil sekiranya kerjaya mereka dirampas sekelip mata.

Teori keperluan Maslow menandakan keperluan keseleamatan kendiri pada peringkat kedua. Ia berkaitan dengan rasa keamanan atau jaminan kepada segala ancaman. Diantaranya jaminan kejahatan dan agresif, jaminan keselamatan kerja, jaminan sumber idea, jaminan fizikal, jaminan keluarga, jaminan kesihatan), dan jaminan kekayaan peribadi. Oleh itu, bagi menjamin keselamatan pekerja adalah penting untuk berpegang kepada peraturan, undang-undang, dan kepercayaan dalam membuat sistem insuran, pencen dan sebagainya. Pihak majikan haruslah peka dan tidak memecat pekerja sesuka hati.
3.5 Kerja yang Mencabar
Cabaran dalam kerja tidak menjadi pilihan para respondan, hal ini kerana ia mampu membawa seseorang itu ke arah tekanan atau stress. Stres perlu di ambil perhatian yang serius kerana stress yang sederhana boleh menjadi suatu bentuk dorongan yang kuat. Ia dapat menolong tubuh dan minda kita untuk bekerja dengan baik dan menyumbang kepada kesihatan mental. Dari sudut psikologi pula ia dinamakan eutstress dimana tekanan yang di alami akan membawa kepada sesuatu yang positif. Sebagai contoh apabila seseorang itu diminta melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan maka ianya akan menjadi pendorong untuk mencuba sesuatu yang baru dan terbaik.
 Namun stres yang berlebihan akan mengakibatkan kemudaratan seperti masalah kesihatan seperti migrin, tekanan darah tinggi, tiada selera makan, murung  mudah penat ketika melakukan kerja, mengalami masalah cepat lupa, mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara, mengalami kesukaran untuk merehatkan diri, mudah terasa hati apabila ditegur dan mengalami sakit kepala. Hal-hal seperti ini yang mampu membawa kepada permasalahan besar dalam kerja.
“Kuala Lumpur 14 Feb,- Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mendakwa anggota Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tuduhan membunuh rakan sekerjanya di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur. Korporal Wan Masrul Faiezie Wan Mustapha, 33, dituduh membunuh T Thivakar, 37, dengan dua kesan tembakan di muka dan mata kanan dalam keadaan terbaring di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan. Barang peribadi mangsa tidak disentuh, polis menolak rompakan sebagai motif pembunuhan.” (Utusan Malaysia, 2014)
Kejadian di atas adalah di antara kes yang berkaitan dengan tekanan. Pesalah dilaporkan mengalami kemurungan akibat permasalahan dengan rakan sekerja yang akhirnya membawa kepada kelakuan tidak rasional. Maka dapat dilihat cabaran dalam kerjaya bukanlah sesuatu yang positif dan kebanyakan respondan tidak memilih cabaran sebagai kepuasan dalam pemilihan kerjaya. Personaliti pekerja dapat dilihat berkaitan dengan psikologi manusia yang berkehendakkan persekitaran yang selesa untuk menjamin kesihatan mental dan kepuasan dalam kerjaya.

4.0 Kesimpulan
 Tugasan di atas menerangkan tentang aspek kepuasan dalam kerjaya. Melalui teori kepuasan yang diperkenalkan oleh Herzberg, ia terbahagi kepada dua: motivasi dan hygiene dalam pekerjaan yaitu gaji yang baik, kerja yang mencabar dan menarik, peluang kenaikan pangkat atau maju dalam kerja, jaminan diberhentikan dan dipecat serta rakan yang serasi. Hasil keji selidik mendapati gaji yang baik merupakan pilihan utama bagi 20 orang respondan kerana kadar ekonomi yang meningkat dewasa ini. Kenaikan pangkat pula menjadi pilihan kedua kerana turut melibatkan kenaikan gaji selain pengalaman yang luas dalam kerjaya tersebut. Jaminan diberhentikan kerja di tempat ke tiga kerana hal tersebut merupakan isu penting bagi seorang lelaki untuk mencari rezeki, wanita pula masih boleh bergantung kepada suami. Kepuasan kerja bersama rakan yang serasi adalah penting bagi wanita dan kurang bagi lelaki yang mampu bekerja seorang diri. Kerja yang mencabar tidak mendapat pilihan oleh respondan kerana hidup sekarang sudah sedia ada mencabar, ditambah pula dengan tekanan kehidupan dan akhirnya berkemungkinan mengancam kesihatan.

Majikan dibawah pemantauan kerajaan haruslah peka terhadap ciri-ciri kepentingan dalam kepuasan kerjaya tersebut. Majikan dan pihak kerajaan boleh bekerjasama mengurangkan beban pekerja seperti menyediakan simpanan EPF, SOCSO, insuran, menepati janji kadar gaji minimum, bantuan pinjaman dan perumahan, pemantauan kos sara hidup rakyat. Majikan pula perlulah mengambil perhatian yang lebih dalam  syarat-syarat perlantikan dan pemecatan, selain memberi latihan, pengetahuan, ilmu dan kursus bagi meningkatkan mutu kerjaya para pekerja. Dan akhir sekali mengadakan riadah di kalangan pekerja atau masyarakat bagi membantu meredakan tekanan kerja dengan melakukan aktiviti sosial. Kem team-building iaitu aktiviti dilihat sangat berkesan dalam menyatupadukan kakitangan sebagai rakan sekerja supaya dapat bekerja dalam kumpulan. Kepuasan kerja mampu meningkatkan motivasi pekerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti syarikat dan organisasi.

(2 642 patah perkataan)



5.0 Rujukan
Azlina M.K & Shiqah J. (n.d) Tahap stress dan tahap kepuasan kerja dikalangan pensyarah
                      UTM
  Dipetik pada 3 Mac 2014dari
http://eprints.utm
Azizi Y & Diana N.H(2005). “Tahap Stres Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Di Guru
                      Sekolah Di Negeri Johor, Melaka, Selangor Dan Negeri Sembilan
. Universiti
                      Teknologi Malaysia.
Ball, C.J. & Stenlund, V. (1990). The Centrality of Work, Working and Job Satisfaction.
                     Comparative Education. Vol 26. Issue 2/3.
Hendry (n.d) Definisi kepuasan kerja Dipetik pada 3 Mac 2014 dari
                  http://www.teorionline.wordpress.com 
Hartini S.N (n.d) Tukar kerja atau tukar sikap terhadap kerja dalam organisasi Dipetik pada 3
                  Mac 2014 dari http://www.ikim.gov.my
Imran, N.H.D (2008) Teori Motivasi Untuk Pekerja. Dipetik pada 14 Mac 2014 dari
                 
www.pecelis.blogspot.com
Maulana, A (2011) Sekilas Tentang Teori Factor Herzberg Dipetik pada 14 Mac dari
                  
www.fuhrend.blogspot.com
Pras (2011) Teori Kebutuhan Abraham Maslow. Dipetik pada 14 Mac dari www.prasck.com 
Raymond & Daniel (1975). Age, Education, Job Tenure, Salary, Job Characteristic And Job
                      Satisfaction: A Multi Variate Analysis. Human Relation Journal. 8, 781 – 791.
Selye, H. ( 1956 ). The Stress of Life. New York: McGraw-Hill Co
Utusan Harian (Jan 2014) Harga barang makanan meningkat. Dipetik pada 3 Mac 2014 dari
                   
http://www.utusan.com.my
(u.n) (2009) Faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasan kerja Dipetik pada 3 Mac 2014 dari
                      
http://www.jurnal-sdm.blogspot.com
(u.n) (2013) Kenaikan pangkat meningkatkan motivasi. Dipetik pada 3 Mac 2014 dari
                     
http://www.atjehpress.com