Thursday, September 4, 2014

Gigi bongsu lagi.. errr...

Apa itu gigi bongsu?
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Selalunya gigi bongsu ni tumbuh masa umur 18 hingga 20 tahun. Tu info kt internet la kata. Tapi doktor yang first operate aku ari tu kata orang slalu ade 1 je, n aku antara yang malang sbb ade 2. Perrrrghh.. pitam dengar.  

Gigi bongsu ni tumbuh selalunya x sempurna, ade yang tumbuh sikit, ade yang tumbuh melintang. Masa tumbuh tu pon dah naik demam dibuatnye. So untuk tahun2 seterusnya ada masa dia akan bengkak kalau kite slalu kunyah guna geraham bongsu ni. Kalau aku, myb 2-3 kali dalam setahun gak la. 

Cara atasi cuma 1, bedah n cabut. Harga untuk pembedahan rm50. Aku buat kt poliklinik. Kat tempat korang aku x tau la plak bape.

2 tahun lepas (2012) aku buat pembedahan sblah kanan. Disebabkan poliklinik separa kerajaan, so pembedahan tu buat kat hospital sbb kelengkapan canggih kat sana. Doktor yang rawat aku tu 2 org, ketuanya lelaki n pembantunye pmpuan. yang lain2 ade la 2-3org nurse laki n pmpuan. 

Nak cerita mmg ngeri la, masa injektion ubat pelali tu mmg sakit gile. Myb sbb jarum dy BAPAAAKK besar. Aku smpai skang still seriau  la, mmg nangis. Wa cakap sma lu.. hahaha. Masa bedah plak, ubat bius x bkesan lg, doktor lelaki ni main bedal je kerjakan gg aku. Dah la wat keje sambil bersuaikenal plak ngn dokotr pmpuan tu. Mmg cilanat sungguh la. Boleh plak dy berkenalan "dari mana, dok mana, adik beradik bape," kejadahnya oii.. aku tgh sakit kot.. sepanjang operation, ubat kebas x berkesan, so aku boleh rasa hidup2 gg aku kena cabut. Dalam otak aku fikir "macam ni la kot org melayu kena dera zmn jepun dulu" Setle je operation tu aku terus nangis. Mana x nye, di injek, dibelah, dicabut, (digoyang2nye) terpaksa 2-3 org nurse pegang kepala aku, dijahit plak ngn jarum. Masa dy buh benang dlm jarum tu aku TERbukak mata, rasa nk pengsan 18 kali pon ade. Hmmm.. ngeri kot..

Tadi (sept 2014) aku dgn pura2 beraninye g wt operation kali ke dua slps kena bebel teruk ngn Encik Tunang. So pergi la.. skang klinik maju sikit la, so operation buat dlm klinik je. xyah g spital. So aku banyak blajar dr pengalaman lalu. Kalau nak ckp or pesan ape2, baik bgtau awal2 sbb after that dah xleh bercakap dh coz mulut n bbir kebas. Sbg penganggur aku ckp la aku x nk surat MC n aku nk bawak balik gg tu. (sbb yg dulu nk bawak balik tp xleh bcakap dh). Masa dia injek, aku terjerit2 dah. 2 kali injek. tp sakitnye rasa cm 6 kali. siyes. (masa mula injek, masa dy tekan n masa dy cabut) Memang menitik la air mata dara aku. Abis ancur mekap.

Mulut dh terasa kebas, so masa dy kerjekan tu aku x rasa sangat la. Kali ni dpt doktor pmpuan India plak. Aku dh cuak giler. Sbb pe tau, dy treat kite cm benda bukan manusia. Nak suh baca Bismillah mmg x de la.. nak xnak aku yang baca. Aku dok ulang2 bc surah fatihah, qul huallah hu Ahad (ALLAH YANG ESA) n ayatul qursi (2 org penjaga kiri n kanan).. Tu je dlm otak aku.



          Sama besar ngn kuku jari telunjuk. Besar sikit kot. waaahaa.. sakit woo..

 Kali ni aku x nangis sangat. Balik rumah, kebas still terasa. Then baru rasa sakit. Aku telan la ubat2 dy bagi, 6 bijik semuanya. Aku pon tertido.. haha. sebenarnya aku nak share tips selepas pembedahan. ok, berikut ialah tips yg aku jumpa kt wikipedia.

  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.


  • OK, tu je citer syok sendiri aku yg mungkin beri sedikit panduan utk korang. K bai..

    No comments:

    Post a Comment