Saturday, October 11, 2014

Dinamik adjustmen- Euthanasia

1.0 Pengenalan
Tugasan pada kali ini memerlukan penyelidik memberikan definisi euthanasia, jenis dan pandangan-pandangan tentang penerimaan euthanasia. Termuramah dijalankan kepada 3 orang responden bagi mendapatkan kefahaman mereka tentang euthanasia. Seterusnya membina 5 cadangan baru bagi menangani isu euthanasia.

Euthanasia secara bahasa berasal dari bahasa Yunani, eu yang berarti “baik”, dan thanatos, yang berarti “kematian” Euthanasia menurut bahasa Yunani adalah “kematian yang baik”.  Gezondheidsraad (2001) merumuskan  Euthanasia adalah perbuatan yang dengan sengaja memendekkan hidup demi kepentingan si pesakit oleh seorang doktor ataupun bawahan yang bertanggung jawab kepadanya.”

Mengikt kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 menerangkan perkataan euthanasia memberi maksud (ubat) perbuatan mematikn seseorang yang menanggung azab  penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab. Euthanasia sering dikenali sebagai suatu cara mengakhiri hidup tanpa rasa sakit yang dilakukan kepada makhluk hidup baik itu manusia ataupun haiwan dengan cara tertentu, dimana dianggap tidak mempunyai harapan hidup lagi, dengan alasan belas kasihan. Euthanasia dikategorikan kepada 3 jenis iaitu euthanasia pasif , euthanasia aktif dan bunuh diri melalui bantuan doktor.

Euhanasia aktif adalah perbuatan itu langsung menyebabkan kematian seseorang apabila permintaannya. Ia melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung dan pada kebanyakan masa pembunuhan sebegini dilaksanakan semata-mata memenuhi permintaan seorang pesakit yang tenat. Contoh pembunuhan diri yang dibantu oleh doktor melalui penggunaan pil aman dan suntikan dadah. Fakta kes melibatkan Dr. Nigel Cox, United Kingdom. pada tahun 1992, bersetuju kepada permintaan Puan Boyes (70 tahun) memberikannya satu suntikan kalium klorida kerana ubat biasa tidak melegakan penderitaannya. Puan Boyes yang sebelum itu berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau menjerit jika sesiapa menyentuhnya.

Euthanasia pasif merujuk kepada perbuatan mendorong kematian seseorang dengan mengeluarkan hidup memberi sokongan supaya kematian semula jadi akan berlaku lebih awal. Euthanasia pasif dilakukan dengan cara seperti mematikan alat pernafasan, menyekat sokongan hidup, berhenti member prosedur perubatan, berhenti memberi  makanan nutrisi  dan air kepada pesakit untuk menjadi kering atau kelaparan.  Tindakan tersebut dilakukan berdasarkan keyakinan doktor bahwa rawatan yang dilakukan tidak ada gunanya lagi dan tidak memberikan harapan sembuh kepada pesakit.

Satu lagi bentuk euthanasia yang dianggap sebagai kacukan antara euthanasia aktif dan pasif, iaitu bunuh diri bantuan doktor atau sukarela pasif euthanasia atau pembunuhan belas kasihan. Dalam kes ini, doktor membekalkan maklumat yang diperlukan dan / atau cara-cara untuk membunuh diri kepada individu yang berkenaan bagi membolehkan beliau untuk menamatkan nyawa sendiri dengan jayanya.  Kaedah yang digunakan adalah dengan memakan pil penenang, suntikan mati serta suntikan dadah morfin dalam dos yang tinggi.

Biasanya orang-orang ini adalah sama ada orang tua, atau janda / duda yang berada dalam kesakitan akibat daripada penyakit yang kronik dan tidak mempunyai sesiapa untuk menjaga mereka atau mereka merasakan bahawa mereka adalah beban kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan fizikal ini mereka merasa tidak berdaya dan tidak mampu menjaga diri mereka sendiri semasa menghadapi kesukaran membuat keputusan sendiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mereka dinikmati sebelum ini. Selain itu, kualiti hidup mereka agak terjejas. Oleh itu, bagi mereka kematian merupakan menamatkan penderitaan mereka dari menjadi beban kepada ahli keluargaa. Mereka menganggap bunuh diri  bantuan doktor sebagai penyelesaian yang terbaik untuk mereka dan orang yang tersayang.

2.0  Pandangan dari pelbagai perspektif
Perspektif yang dikaji adalah dai sudut pandangan kemanusiaan, agama Islam, Budha dan Hindu. Seterusnya pendapat diperoleh melalui perspektif moral dan etika perubatan.

2.1 Perspektif kemanusiaan
Pada Oktober 1939, dibawah impinan Nazi Jerman, Adolf Hitler satu program yang diberi kod nama “Action 4” iaitu satu program euthanasia ditujukan kepada kanank-kanank berumur 3 tahun ke bawah yang menderita daripada kecacatan fizikal dan mental. Atas perintah Adolf Hitler yang bertarikh 1 September 1939, sesiapa yang didapati menghidap penyakit yang tidak boleh diubati selepas menjalankan pemeriksaan haruslah diberikan euthanasia. Semenjak itu euthanasia mula dikecam teruk oleh persatuan perubatan diseluruh dunia.
Dari perspektif kemanusiaan, ia merujuk kepada perbuatan membunuh seseorang kritikal sakit yang menghidap penyakit tidak boleh diubati daripada penjagaan dan simpati terhadap penderitaan orang itu. Cacat, kurang upaya, sakit tenat, nazak dan  koma merupakan alasan supaya dijalankan euthanasia kerana tidak sanggup melihat mereka hidup dalam keadaan sebegitu sepanjang hayatnya. Namun ahli humanistik mengeji perbuatan tersebut dengan mengkritik euthanasia hanyalah alasan kepada  sikap mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mahu melepas tangan bukan sahaja dari segi ekonomi, social malah dasi sudut psikologi dengan membuang atau membunuh nyawa-nyawa tidak berdosa ini harapan akan bebas dari bebanan.
2.2 Perspektif Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Eutanasia atau Mercy Killing. Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (samada Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh.

Keputusan ini adalah selaras dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...” dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-Nasa’ie yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap redha Allah)”

Dalam ajaran agama Islam, amalan euthanasia  sangatlah dilarang. Haram hukumnya walaupun hal itu atas dasar belas kasihan ataupun permintaan pesakit dan keluarganya. Hal ini kerana euthanasia aktif adalah pembunuhan yang disengaja (al-qatlu al-amad).

2.3 Perspektif agama Buddha
Dalam ajaran Buddha terdapat lima kemoralan (sila) yang utama oleh sang Budha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri dan melahirkan keperibadian sempurna.

  Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak berzina berzina, tidak berbohong, tidak minum arak dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuata tersebut. Lima sila merupaan perintah yang ini patut dipatuhi semasa berada di dalam tumah (Sam yuktagama Sutra, topic 33)

Dalam sila “menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk hidupan termasuklah nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja. Nyawa merupakan hal paling berharga bagi setiap makhluk hidup terutama nyawa manusia. Walaupun kebanyakan kes dilakukan dengan alasan kasih sayang atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas kesakitannya tetapi pelaksanna euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat. Orang yang memiliki kasih sayang pasti akan bersaha bersungguh-sungguh dan tidak akan berputus asa menghilangkan penderitaan orang lain.

Sesuai dengan benih yang itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan akan mengumpulkan kebaikan. Pelaku keburukan memperoleh keburukan. Jika anda menanam benih yang bauk, maka anda menikmati buah yang baik (Samyutta Nikaya 1, 227)

Sang budha juga mementingkan konsep karma. Beliau percaya bahawa semua perbuatan dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Ini bermaksud jika akibat karma itu belum diterima pada kehidupan sekarang, maka seseorang itu akan menerima pada kelahiran berikutnya. Oleh itu perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit dan juga orang yang melaksanakannya. Hal membunuh diri dan membunuh nyawa orang lain dalam euthanasia ini merupakan penderitaan baru yang tidak akan habis kitarannya.


2.4 Perspektif Agama Hindu
Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia berdasarkan agama karma, moksha dan ahimsa. Dalam karma, hindu meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) memaui banyak nyawa bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup bagi mencapai moksha iaitu pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula. Apabila seseorang membunuh diri (atau euthanasia) maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun syurga melainkan berkeliaran di dunia sebagai roh jahat yang tiada tujuan.

2.5 Perspektif moral
Perlu ditegaskan lagi bahwa euthanasia bukan hanya sekadar masalah ekonomi, hukum, dan sosial saja, namun lebih merupakan suatu masalah moral. Ertinya, masalah euthanasia merupakan permasalahan yang bersangkut penilaian moral yaitu persoalan benar atau salah dan boleh atau tidak boleh. Euthanasia yang dilakukan secara sedar, sengaja dan langsung adalah sesuatu tidak dapat diterima
Walau apapun tujuaannya atau sasarannya, ia bererti mengakhiri hidup orang cacat (handicap), orang sakit atau orang dalam proses mati. Secara moral tidak dapat diterima. Demikianlah tindakan atau kelalaian yang dari sendirinya atau dimaksudkan untuk mendatangkan kematian untuk menekan penderitaan, merupakan pembunuhan yang bertentangan dengan martabat pribadi manusia dan ketaatan terhadap penciptanya. Kesesatan penilaian yang mampu menimpa seseorang yang berkehendak baik, tidak mengubah hakikat pembunuhan ini yang harus ditolak dan dilenyapkan
2.6 Perspektif Etika Perubatan.
Kod Etika Perubatan (KEP) di Malaysia juga menegaskan bahawa tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang. Konsep kematian menurut dr. H. Tabrani Rab ditentukan oleh 4 faktor, yaitu:
1.      Berhentinya pernafasan.
2.      Matinya saraf otak (aktiviti otak)
3.      Tidak berdenyutnya jantung
4.      Adanya jangkitan kuman pada saraf-saraf dan organ
Amalan yang dibenarkan adalah di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan,
Amalan yang salah pula adalah jika rawatan/alat bantuan sokongan tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut/memberhentikannya adalah tidak dibenarkan.

Amalan yang harus pula adalah memberikan rawatan/ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat penahan sakit) walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa pesakit.

Selain itu dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh pakar, maka akan thabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh syarak. Justeru, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris-waris terdekat selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ.

3. 0 Kefahaman tentang euthanasia
Responden 1
Responden 1 merupakan seorang pelajar dan telah menjaga abang serta ibunya yang sakit. Pengambilan ubatan bagi menamatkan riwayat manusia bukanlah sesuatu yang biasa didengar. Para pesakit terutama pesakit yang telah koma masih mendapat rawatan dan penjagaan seperti biasa dan dibenarkan berada di bawah pengawalan hospital sepanjang tempoh koma. Hal ini bukanlah suatu isu besar kerana keluarga hanya perlu membayar bil hospital kepada pihak hospital. Penggunaan mesin bantuan nyawa (ventilator) seringkali menjadi isu samada menghentikan atau meneruskan penggunaannya apabila keadaan pesakit dilihat tidak stabil oleh doktor.

Berdasarkan pengalaman responden, abang beliau sendiri telah melalui fasa nazak dan koma. Jantungnya telah berhenti berdenyut dan doktor serta jururawat disana telah memberi bantuan pernafasan CPR (cardiopulmonary resuscitation) dan kejutan elektrik yang dikenali sebagai
defibrillation
. Selepas itu  denyutan abang responden kembali normal tetapi beliau telah disahkan koma namun aktiviti otaknya masih aktif. Kemudian keluarga atau waris akan diberikan taklimat oleh doktor bagaimana keadaan abang responden dan pihak keluarga harus memberi kata putus samada mahu memberikan bantuan pernafasan CPR kali ke dua sekiranya jantungnya kembali terhenti. Keadaan abang responden dipantau dan diurus setiap hari dengan baik, namun dari sehari ke sehari doktor mengesahkan keadaannya semakin melemah. Selepas 7 hari, nadinya kembali terhenti dan rawatan CPR dan kejutan elektrik diberikan tetapi tidak berjaya diselamatkan. Doktor kedua hadir dan mengesahkan kematian. Ketika itu barulah mesin ventilator dihentikan. Responden memberi sepenuh kepercayaan kepada doktor, dan membiarkan mesin itu berhenti sendiri setelah keadaan pesakit semakin lemah.

Pada pendapat penyelidik proses di atas menunjukkan etika yang dipegang oleh doktor, iaitu tidak menjalankan apa-apa euthanasia ke atas pesakit. Pesakit yang nazak, koma dan tidak dapat diselamatkan dibiarkan di bawah penjagaan hospital dengan baik. Keluarga pesakit juga diberi taklimat dengan jelas dan pihak doctor tidak mencampuri urusan dalam penentuan euthanasia. Mereka berkhidmat dengan sebaiknya sehingga hembusan nafas pesakit yang terakhir. Keluarga juga turut member perhatian semasa taklimat diberikan oleh doktor dan keputusan hanya diberikan setelah mendapat nasihat dari 2 orang pakar.

Responden 2
Responden ke-2 merupakan seorang rakan.yang sering bersifat terbuka. Beliau pernah mengalami kemalangan dan patah tulang peha. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa duduk di hospital dan memerhati kehidupan di hospital setiap hari. Melihat kepada sesetengah pesakit yang sudah tidak mampu berfungsi dari segi pergerakan, sehingga kelopak mata pon tidak mahu terbuka memberi fikiran kepada beliau bahawa tiada harapan kepada kehidupan lagi. Pihak keluarga haruslah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang paling teruk, kerana peluang untuk mereka yang koma bangun kembali dilihat 99 peratus tidak berhasil.

Bagi beliau, kemungkinan kepada pesakit yang kemalangan mungkin ada sedikit harapan tetapi kepada yang mempunyai penyakit yang telah sedia ada seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain lagi penyakit kritikal tidak akan pulih, kerana kebanyakan usus dan organ utama telah pun rosak. Maka peluang kembali normal adalah nipis, sebagai kesimpulan beliau menggalakkan pihak keluarga pesakit mematikan mesin ventilator kerana percaya bahawa rohnya telah pon menghadap tuhan. Yang tinggal hanya jasadnya sahaja, maka keputusan untuk meneruskan mesin ventilator selama lebih seminggu umpama meyiksa jasad itu sahaja. Hal ini kerana di dalam kepercayaan Islam, mengebumikan jenazah haruslah dipercepatkan berdasarkan hadis yang pernah diceritakan oleh Abu Hurairah RA,  Nabi Muhammad SAW  pernah bersabda bermaksud “segerakanlah mengebumikan jenazah untuk kebaikannya,  kalau ia menerima balasan dengan segera, kalau ia jahat maka kejahatan yang engkau tanggung itu terlepas.” Begitu jugalah pendapatnya sekiranya perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarganya.

Namun penyelidik tidak menyetujui pendapat responden tersebut sepenuhnya kerana seperti yang diterangkan di bahagian pengenalan, kematian itu terdiri dari pelbagai keadaan dan tidak hanya berhentinya pengaliran darah atau satu-satu bahagian sahaja. Perlu juga dilihat dari segi aktiviti otak atau pun kemerosotan saraf yang lain. Hal ini memerlukan pandangan dari doctor dan kita sebagai orang luar yang tidak mahir dalam bidang tersebut tidak boleh terus memberi kata putus dan menolak mentah-mentah selepas diberi nasihat. Namun idea tersebut juga turut penyelidik setuju kerana orang yang nazak itu sendiri sudah cukup terseksa, maka sekiranya berpunca dari pelbagai jenis penyakit kronik maka mengharapkan mereka sembuh seperi sedia kala sebenarnya adalah sesuatu yang mustahil. Namun cara pemikiran ini dilihat sangat bias (pilih kasih)

Responden 3
Responden ke-3 pula merupakan seorang jururawat yang bekerja di salah sebuah hospital di tengah-tengah bandaraya. Jururawat  ini berpengalaman lebih 10 tahun dalam pemerhatian dan penjagaan kepada para pesakit di hospital tersebut. Beliau menerangkan jenis dan pelaksanaan Euthanasia yang telah wujud sekian lama di hospital.
1. Voluntary Euthanasia.
Voluntary euthanasia (eutanasia sukarela) merupakan pelaksanaan eutanasia pada pesakit atas keinginan dirinya sendiri dan tanpa adanya paksaan dari orang lain. Mereka harus menulis pernyataan yang ditulis dengan tangan (codicil). Pengesahan bahawa dia yang membuat keputusan kepada dirinya sendiri dan bukan di atas tanggung jwab doktor atau keluarga.
2. Non-valuntary
Merupakan eutanasia yang dilakukan pada pesakit yang koma berpanjangan. Maka tindakan dihentikannya feeding tube (selang saluran makan) dilakukan.
3. Involuntary Euthanasia
Hampir serupa dengan non-voluntary, yang membezakan adalah kondisi pesakit yang separa sedar dan sadar bahwa dia sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup, pesakit menolak untuk melakukan rawatan. Pesakit masih sedar dan dapat memberikan persetujuan atau penolakan ketika ditanya.
4. Assisted Suicide
Assisted suicide (bantuan bunuh diri) merupakan jenis eutanasia dimana seseorang yang dipengaruhi dan dibrikan informasi, maklumat, wacana, atau bimbingan tertentu untuk mengakhiri hidup seseorang. Jika melibatkan bantuan doktor disebut dengan “bunuh diri atas pertolongan doktor”.
5. Euthanasia by Action.
Suatu tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan kematian, misalnya dengan pemberian suntikan atau racun sianida. Euthanasia By Action merupakan jenis eutanasia aktif.
6. Euthanasia by Omisson.
Merupakan eutanasia pasif dimana dilakukan penghentian tindakan perubatan kepada pesakit, misalnya penghentian pemberian nutrisi, air, dan ventilator.

Antara alasan permintaan euthanasia adalah kerana kesakitan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit, permintaan pesakit berulang kali, pesakit merasa membebankan keluarga, kematian merupakan penamat penderitaan.

Bagi responden sekiranya ia berlaku kepada ahli keluarga, responden akan menemani pesakit setiap masa dan menentukan pilihan yang lebih bijak kerana pesakit selalunya berada di dalam tekanan dan tidak mampu berfikir dengan waras. Euthanasia bukanlah satu pilihan malah tidak perlu dipilih. Kebiasaannya pesakit yang telah koma contohnya akan beransur lemah, maka mesin penyokong hidup akan berhenti dengan sendirinya. Kematian itu biarlah secara natural, tanpa perlu manusia lain membuat keputusan.

Menurut pandangan penyelidik, tahap pentadbiran hospital adalah di paras yang tinggi. Hal ini kerana mereka mematuhi perundangan yang telah ditetapkan serta mengambil berat kepada para pesakit. Keluarga dan waris pesakit sepatutnya lebih sensitif dan mendengar nasihat pakar-pakar yang telah mendalami ilmu ini. Selain itu juga keluarga seharusnya mempunyai keyakinan kuat dan mempunyai sokongan moral dalam mempercayai apa juga kemungkinan dan tidak terus berputus asa untuk melakukan rawatan kepada pesakit. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT setiap kali menciptakan penyakit, dia ciptakan pula ubatnya. Maka berubatlah kalian!” (HR Ahmad, dari Anas RA). Pesakit haruslah ditemani. Sekiranya mereka dibiarkan bersendirian tentu sahaja semangat yang tinggal turut hancur. Pesakit memerlukan dorongan untuk hidup, terutama dalam mencari kebahagiaan di sisa-sisa terakhir hidupnya. Maka institusi kekeluargaan sangatlah penting sebagai tonggak kehidupan mereka.

4.0 Cadangan Mengatasi  Masalah Euthanasia.
Euthanasia telah mencetuskan kontroversi, maka cadangan-cadangan baru perlu dilakukan bagi menangani masalah euthanasia. Semua pihak, khususnya yang bergerak dalam bidang kedoktoran harus peka menanggapi masalah ini. Berikut ini adalah beberapa cadangan yang dapat dilakukan dalam mengatasi masalah euthanasia:

4.1. Meningkatkan kemajuan teknologi perubatan
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan perubatan masa kini, eksperiman melalui bio-sains akan diperbanyakkan dan mencari penemuan-penemuan baru dalam bidang perubatan. Contohnya pengurangan kes jangkitan kuman, pemindahan organ, penciptaan rgan palsu dan lain-lain lagi mampu dijalankan lebih lancar dan mengurangkan risiko kematian.



4.2. Melakukan  rawatan yang tepat dan telus
Para doktor dan perawat perlu memberikan 100 peratus perkhidmatan di samping mensosialkan ilmu pengetahuan kepada masyarakata dan keluarga pesakit. Pesakit dan waris harus disediakan dengan kefahaman, dan tidak perlu disorok-sorok seperti yang seringkali dilakukan pada masa kini. Pesakit tidak diberi pendedahan dengan sebetulnya, dan berkemungkinan rawatan tidak tepat diberikan.

5.3. Memperkukuhkan sistem sosial
Sistem social mewakili keluarga, sahabat, pasangan, dan semua orang yang memiliki hubungan personal dengan si pesakit. Psikologi seorang pesakit akan menjadi positif dengan adanya dorongan dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, anak-anak dan saudara mara lain. Hal ini turut menjadi kelaziman di dalam kepercayaan umat Islam di mana menggalakkan umatnya melawat orang sakit, bukan sahaja memberi kesedaran dan keinsafan malah mampu memberi kebahagiaan kepada si pesakit untuk lebih bersemangat.

5.4. Mempertimbangkan nilai-nilai moral kemanusiaan.
Euthanasia adalah sebuah tindakan bunuh diri dan pembunuhan. Doktor seharusnya melakukan usaha terus-menerus untuk mempertahankan hidup pesakit. Pesakit harus mendapatkan keamanan selama sisa hidupnya dengan cara memberikan rawatan perubatan semaksima mungkin. Sikap mementingkan diri akan menimbulkan kesan buruk kepada kehidupan sosial, seperti penolakan perawatan kepada pesakit yang perlu dirawat, eksploitasi, dan hilangnya moraliti serta rasa peduli kepada orang lain.

5.5 Rawatan emosi dan spiritual.
Hospital-hospital di Malaysia seharusnya tidak hanya menumpu ke atas rawatan fizikal semata-mata, hal ini bagi mengelak layanan kepada pesakit seperti robot atau tikus makmal. Unit kaunseling dan orang kuat agama haruslah aktif  dalam membantu menenangkan dan mengawal emosi dan psikologi pesakit dan keluarga disamping meningkatkan keyakinan bahawa mereka mampu mengatasi hal-hal tertentu dengan semangat yang kuat, dan dorongan hidup yang tinggi. Contohnya ustaz memberi pencerahan dan ceramah kepada pesakit beragama Islam.

5.0 Kesimpulan
Euthanasia adalah suatu tindakan atau cara mengakhiri hidup individu diatas permintaannya ataupun permintaan keluarga. Euthanasia terbahagi kepada 3 iaitu pasif, aktif dan bunuh diri dengan bantuan doktor. Hal ini sangat kontroversial, banyak menimbulkan pro-kontra didalamnya. Terdapat banyak pandangan dari pelbagai perspektif seperti dari sudut agama Islam, Budha, Hindu, sudut moral, kemanusiaan, dan etika perubatan kesemuanya menentang amalan euthanasia. Satu temubual dijalankan dengan 3 orang respondan bagi mendapatkan pandangan serta melihat pemahaman mereka tentang isu euthanasia ini.

 Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan seperti meningkatkan kemajuan teknologi perubatan, memberi rawatan yang tepat dan telus, mengukuhkan sistem sosial, mempertingbangkan moral kemanusiaan dan memberi rawatan emosi dan spiritual.

Kesimpulanya euthanasia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima baik melalui undang-undang, agama serta kemanusiaan. Pengambilan ubat seharusnya dibenteras sama sekali. Peggunaan mesin ventilator juga harus diketatkan syarat-syaratnya. Namun kita harus bersyukur tahap euthanasia si Malasia berada di paras normal.

(3187 patah perkataan)









6.0 Rujukan

M.Franz, Menjadi manusia belajar dari Aristotle
            (Yogyakarta : Kanisius, 2009)
M. Franz, Etika abad ke-20 :12 Teks kunci
            (yogyakarta: Kanisius, 2006)

Bikkhu DMT (2008) Pesan Sang Buddha. Dipetik pada 22 Jun 2014 dari
                     http://www.patria.or.id
Dewan Bahasa dan Pustaka (2008) Makna Euthanasia Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                    http://www.prpm.dbp.gov.my
Eka W.W (2010) Terapan Nilai Spiritual dan kemanusiaan dalam masalah Euthanasia Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                     http://www.ekawijaya.blogspot.com.my
Euthanasia menurut hokum Islam. (2007)  Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                      http://www.konsultasi.wordpress.com.my
Euthanasia dan kematian bermartabat suatu tinjauan bioetika (2007)  Dipetik pada 13 Jun 2014 dari    
            http://www.netsains.com.my
Hukum Euthanasia @ Mercy Killing. (2011) Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                       http://www.e-fatwa.gov.my
Henky S. (2012) Euthanasia dilihat dari sudut pandang etika sosial Dipetik pada 13 Jun 2014 dari          http://www.yeheskialsjioen89.wordpress.com.my
Taylor L. (2009) Euthanasia : pandangan dari agama berlainan Dipetik pada 22 Jun 2014 dari
                http://www.slideshare.com.my
Taufik S.&, Ritonga M. (2005). Praktek Dokter dan Keterkaitannya dengan Hukum. Dipetik pada 13 Jun 2014 dari   http://www.id.wikipedia.org.com.my
Zanikhan (2007) Euthanasia dan bunuh diri. Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                 http://www.zanikhan.journal.multiply.com.my 

No comments:

Post a Comment