Thursday, April 24, 2014

Surah al-kahfi (10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir) Rumi dan terjemahan

                                                 
                                                       Bismillah hirrahmaa nirrahim.
                        Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

SURAH A AL-KAHFI 10 AYAT PERTAMA

 Alhamdullillahhilaziiiiii anzalaa’laa a’bdihilkitaaba walam yaj a’l lahu i’waja
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

Qaiyimaal liyunzira baksaan syadidaam mil ladunhu wayubashiralmukminiinal laziinaya’ maluunassoolikhaati anna lahum ajraan khasana.
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

Maa kisii na fiihi abadaa.
Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

Wayunziral laziina qaalut takhazal lahu waladaa.
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

Maalahum bihi min i’lmin wala li abaaaaaa ihim, kaburat kalimatan takhruju min afwaa hihim, in yaquuluunaillaa kazibaa.
 (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Fala a’llaka baakhi u’n nafsaka a’laaaaaa asaa rihim illam yukminu bihazalkhadiisi asafaa.
 Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

Innaa ja a’l na  maa a’ lal ardhi zinatallahaa linabluwahum aiyuhum ahsanu a’malaa.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

Wainnaa lajaa e’iluu nama a’laiha so e’idaan juruzaa.
Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus
.
Amhasibta anna aos haabalkahfi warraqiimi kaanuu min aayaatinaa a’jabaa.
Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Iz awalfittatu ilalkahfi faqaaluu rabbanaaaaaa aatinaa mil ladunrahmatau wahaiyik lanaa min amrina rashadaa.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

SURAH AL-KAHFI  10 AYAT TERAKHIR
Allazii nakaa nat a’k yunuhum fi ghithoooo in a’n zikrii wakaanuu laa yastathi u’ na sam a’.
 (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

Afahasiballazinakafaruuuuuu aiyattahizu i’ baadi min duu niiiiii auliyak. Innaaaaa a’k tudna jahannama lilkaafirii na nuzulaa.
Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

Qul hal nunabbi ukum bil akhsariina a’k maalaa..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

Allazi na dhalla sa’ yuhumfilhayaa tiddun ya wahum yakhsabuuna annahum yukhsinuuna sun a’
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

Uu laaaaaa ikallazii nakafaru biaayaati rabbihim waliqaaaaaa ihi, fahabithat a’k maa luhum falaa nuqiimu lahum yaumalqiyaamati wazna.
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Zaa lika jazaaaaaa uhum jahannamu bima kafaruu wattahozuuuuuu aayaati warusulii huzuwaa.
(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

Innallazii na a manu wa a’milussoolihaati kaanat lahum jannaa tulfirdausi nuzulaa.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

Khoolidiinafiihaa laa yab ghuu na a’n haa hiwalaa.
Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.


Qullau kanal bahru midaadaal likalimaati rabbi lanafidal bahru qabla an tanfada kalimaatu rabbi walau jiknaa bimislihii madadaa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"
.
Qul in namaaaaaa ana basharum mislukum yuu khoooooo ilaiya annamaaaaaa ilaahukum ilaahun wa hidun. Famang kaana yurju liqaaaaaa a rabbihi. Fal ya’ mal a’ malan soolihau wala yush rik bi ‘ibaadati rabbihiiiii ahadam.  
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

33 comments:

  1. Alhamdulillah sangat berguna moga tuan dilimpah rahmat Allah swt dan seluruh umat Islam dalam mendekatkan diri pada Rabb Aaamiin Ya Robalalamin..

    Semoga ALLAH S.W.T membalas budi baik tuan.
    Dan saya minta kebenaran dan izin untuk buat amalan

    ReplyDelete
  2. T.kasih. Alhamdullilah...
    Aku menyaksikan diriku bersolat sebentar..

    ReplyDelete
  3. Tq ..ayat selamat dari dajjal AL masih

    ReplyDelete
  4. Sye mohon copy terima kasih hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  6. Mohon tk copy dan sebarkan.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..Terima kasih atas perkongsian ilmu.Mohon halalkan ilmu yang dikongsi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Alhamdulilah terima kasih untuk perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih dan semoga dimurahkan rezeki oleh allah swt serta dpt pahala. Amin

    ReplyDelete
  10. Terima kasih semoga Allah permudhkan urusan hamba Allah yg berkongsi ilmu ini. Aamiin. Izin saya ambil untuk simpanan. ❤️😊

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

  12. Alhamdullillahhilaziiiiii anzalaa’laa a’bdihilkitaaba walam yaj a’l lahu i’waja..ini kah 10 ayat pertama surah AL khadi

    ReplyDelete
  13. Saya mohon copy..semoga Allah SWT Merahmati Tuan Sekeluarga

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah syukur aamiin2 yra..terima kasih pada tuan atas sutah al kahfi dn terjrmahan.semuga tuan medapat ganjaran dari allah swt dgn rahmat nya aamiin2 yra..

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah syukur dengan izin allah swt hambamu ini mendapat kefahaman dlm terjemahan dari surah al-kahfi.terima kasih atas penjelassan dari surah ini.semuga allah swt merahmati tuan dlm setiap urusan dunia juha akhirat aamiin2 yra..assalamualaikim wbkth..

    ReplyDelete
  16. Bacaan melayu tidak tepat dari segi sebutan mahraj dan tajwid..sebagai muslim wajib belajar dan membaca dengan bertajwid..

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dn terima kasih atas perkosian ilmu surahbal kahfi ini...

    ReplyDelete
  18. Mohon untuk CP dan sebarkan ya tuan jazakallahu Khairan Allahumma Salli'Ala Sayyidina Muhammad Aamiin

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah semoga bermanfaat 😍

    ReplyDelete
  20. Tksh perkongsian yg bermanfaat ini. Mohon cnp & share ye.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum warahmatullah. Minta izin share. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum Alhmdulillah terima kasih atas prrkongsihan . Semoga Allah permudahkan segala urusan Aamin ya Rabbal alamin 🤲

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum terima kasih atas perkongsihan ilmu semoga Allah permudahkan segala urusan dan dimurah kan rizki dan diberikesigatan yang baik Aamin ya Rabbal alamin 🤲

    ReplyDelete
  24. That's really amazing collection about (surah al kahfi 1-10 rumi). I love this wonderful collection thanks for sharing.

    ReplyDelete