Saturday, October 11, 2014

Dinamik adjustmen- Euthanasia

1.0 Pengenalan
Tugasan pada kali ini memerlukan penyelidik memberikan definisi euthanasia, jenis dan pandangan-pandangan tentang penerimaan euthanasia. Termuramah dijalankan kepada 3 orang responden bagi mendapatkan kefahaman mereka tentang euthanasia. Seterusnya membina 5 cadangan baru bagi menangani isu euthanasia.

Euthanasia secara bahasa berasal dari bahasa Yunani, eu yang berarti “baik”, dan thanatos, yang berarti “kematian” Euthanasia menurut bahasa Yunani adalah “kematian yang baik”.  Gezondheidsraad (2001) merumuskan  Euthanasia adalah perbuatan yang dengan sengaja memendekkan hidup demi kepentingan si pesakit oleh seorang doktor ataupun bawahan yang bertanggung jawab kepadanya.”

Mengikt kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 menerangkan perkataan euthanasia memberi maksud (ubat) perbuatan mematikn seseorang yang menanggung azab  penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab. Euthanasia sering dikenali sebagai suatu cara mengakhiri hidup tanpa rasa sakit yang dilakukan kepada makhluk hidup baik itu manusia ataupun haiwan dengan cara tertentu, dimana dianggap tidak mempunyai harapan hidup lagi, dengan alasan belas kasihan. Euthanasia dikategorikan kepada 3 jenis iaitu euthanasia pasif , euthanasia aktif dan bunuh diri melalui bantuan doktor.

Euhanasia aktif adalah perbuatan itu langsung menyebabkan kematian seseorang apabila permintaannya. Ia melibatkan pembunuhan seseorang melalui tindakan secara langsung dan pada kebanyakan masa pembunuhan sebegini dilaksanakan semata-mata memenuhi permintaan seorang pesakit yang tenat. Contoh pembunuhan diri yang dibantu oleh doktor melalui penggunaan pil aman dan suntikan dadah. Fakta kes melibatkan Dr. Nigel Cox, United Kingdom. pada tahun 1992, bersetuju kepada permintaan Puan Boyes (70 tahun) memberikannya satu suntikan kalium klorida kerana ubat biasa tidak melegakan penderitaannya. Puan Boyes yang sebelum itu berada dalam keadaan kritikal sehingga beliau menjerit jika sesiapa menyentuhnya.

Euthanasia pasif merujuk kepada perbuatan mendorong kematian seseorang dengan mengeluarkan hidup memberi sokongan supaya kematian semula jadi akan berlaku lebih awal. Euthanasia pasif dilakukan dengan cara seperti mematikan alat pernafasan, menyekat sokongan hidup, berhenti member prosedur perubatan, berhenti memberi  makanan nutrisi  dan air kepada pesakit untuk menjadi kering atau kelaparan.  Tindakan tersebut dilakukan berdasarkan keyakinan doktor bahwa rawatan yang dilakukan tidak ada gunanya lagi dan tidak memberikan harapan sembuh kepada pesakit.

Satu lagi bentuk euthanasia yang dianggap sebagai kacukan antara euthanasia aktif dan pasif, iaitu bunuh diri bantuan doktor atau sukarela pasif euthanasia atau pembunuhan belas kasihan. Dalam kes ini, doktor membekalkan maklumat yang diperlukan dan / atau cara-cara untuk membunuh diri kepada individu yang berkenaan bagi membolehkan beliau untuk menamatkan nyawa sendiri dengan jayanya.  Kaedah yang digunakan adalah dengan memakan pil penenang, suntikan mati serta suntikan dadah morfin dalam dos yang tinggi.

Biasanya orang-orang ini adalah sama ada orang tua, atau janda / duda yang berada dalam kesakitan akibat daripada penyakit yang kronik dan tidak mempunyai sesiapa untuk menjaga mereka atau mereka merasakan bahawa mereka adalah beban kepada anak-anak mereka. Dalam keadaan fizikal ini mereka merasa tidak berdaya dan tidak mampu menjaga diri mereka sendiri semasa menghadapi kesukaran membuat keputusan sendiri dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mereka dinikmati sebelum ini. Selain itu, kualiti hidup mereka agak terjejas. Oleh itu, bagi mereka kematian merupakan menamatkan penderitaan mereka dari menjadi beban kepada ahli keluargaa. Mereka menganggap bunuh diri  bantuan doktor sebagai penyelesaian yang terbaik untuk mereka dan orang yang tersayang.

2.0  Pandangan dari pelbagai perspektif
Perspektif yang dikaji adalah dai sudut pandangan kemanusiaan, agama Islam, Budha dan Hindu. Seterusnya pendapat diperoleh melalui perspektif moral dan etika perubatan.

2.1 Perspektif kemanusiaan
Pada Oktober 1939, dibawah impinan Nazi Jerman, Adolf Hitler satu program yang diberi kod nama “Action 4” iaitu satu program euthanasia ditujukan kepada kanank-kanank berumur 3 tahun ke bawah yang menderita daripada kecacatan fizikal dan mental. Atas perintah Adolf Hitler yang bertarikh 1 September 1939, sesiapa yang didapati menghidap penyakit yang tidak boleh diubati selepas menjalankan pemeriksaan haruslah diberikan euthanasia. Semenjak itu euthanasia mula dikecam teruk oleh persatuan perubatan diseluruh dunia.
Dari perspektif kemanusiaan, ia merujuk kepada perbuatan membunuh seseorang kritikal sakit yang menghidap penyakit tidak boleh diubati daripada penjagaan dan simpati terhadap penderitaan orang itu. Cacat, kurang upaya, sakit tenat, nazak dan  koma merupakan alasan supaya dijalankan euthanasia kerana tidak sanggup melihat mereka hidup dalam keadaan sebegitu sepanjang hayatnya. Namun ahli humanistik mengeji perbuatan tersebut dengan mengkritik euthanasia hanyalah alasan kepada  sikap mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mahu melepas tangan bukan sahaja dari segi ekonomi, social malah dasi sudut psikologi dengan membuang atau membunuh nyawa-nyawa tidak berdosa ini harapan akan bebas dari bebanan.
2.2 Perspektif Islam.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Eutanasia atau Mercy Killing. Muzakarah memutuskan bahawa perbuatan mempercepatkan kematian melalui amalan eutanasia (samada Eutanasia Voluntary, Non-Voluntary atau Involuntary) atau mercy killing adalah haram menurut Islam kerana ia menyamai perbuatan membunuh.

Keputusan ini adalah selaras dengan Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa’, ayat 92 yang bermaksud: “Dan tidak harus sama sekali bagi seseorang mukmin membunuh seorang mukmin yang lain, kecuali dengan tidak sengaja...” dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh an-Nasa’ie yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu mengharapkan kematian, jika seseorang itu baik, boleh jadi ia menambahkan kebaikan dan jika seseorang itu berbuat dosa boleh jadi dia bertaubat (dan mengharap redha Allah)”

Dalam ajaran agama Islam, amalan euthanasia  sangatlah dilarang. Haram hukumnya walaupun hal itu atas dasar belas kasihan ataupun permintaan pesakit dan keluarganya. Hal ini kerana euthanasia aktif adalah pembunuhan yang disengaja (al-qatlu al-amad).

2.3 Perspektif agama Buddha
Dalam ajaran Buddha terdapat lima kemoralan (sila) yang utama oleh sang Budha dan setiap orang didorong untuk mematuhinya, bagi kesejahteraan mereka sendiri dan melahirkan keperibadian sempurna.

  Kami harus menjauhi pembunuhan, tidak berzina berzina, tidak berbohong, tidak minum arak dan bersifat tidak ingin melakukan semua perbuata tersebut. Lima sila merupaan perintah yang ini patut dipatuhi semasa berada di dalam tumah (Sam yuktagama Sutra, topic 33)

Dalam sila “menghindari pembunuhan” bermaksud tidak menganiayai atau meragut nyawa makhluk hidupan termasuklah nyawa sendiri (bunuh diri) secara sengaja. Nyawa merupakan hal paling berharga bagi setiap makhluk hidup terutama nyawa manusia. Walaupun kebanyakan kes dilakukan dengan alasan kasih sayang atau tidak senang melihat keadaan orang yang sedang menderita atas kesakitannya tetapi pelaksanna euthanasia merupakan suatu cara yang tidak tepat. Orang yang memiliki kasih sayang pasti akan bersaha bersungguh-sungguh dan tidak akan berputus asa menghilangkan penderitaan orang lain.

Sesuai dengan benih yang itulah buah yang akan anda peroleh. Pelaku kebaikan akan mengumpulkan kebaikan. Pelaku keburukan memperoleh keburukan. Jika anda menanam benih yang bauk, maka anda menikmati buah yang baik (Samyutta Nikaya 1, 227)

Sang budha juga mementingkan konsep karma. Beliau percaya bahawa semua perbuatan dilakukan oleh setiap makhluk tentu meninggalkan kesan. Ini bermaksud jika akibat karma itu belum diterima pada kehidupan sekarang, maka seseorang itu akan menerima pada kelahiran berikutnya. Oleh itu perbuatan euthanasia bukan sesuatu perbuatan yang boleh menghilangkan penderitaan pesakit malah ia akan membawa karma yang negatif kepada pesakit dan juga orang yang melaksanakannya. Hal membunuh diri dan membunuh nyawa orang lain dalam euthanasia ini merupakan penderitaan baru yang tidak akan habis kitarannya.


2.4 Perspektif Agama Hindu
Pandangan agama Hindu terhadap euthanasia berdasarkan agama karma, moksha dan ahimsa. Dalam karma, hindu meyakini penjelmaan bagi jiwa (atau Atman) memaui banyak nyawa bukan semestinya semua manusia. Matlamat akhir hidup bagi mencapai moksha iaitu pembebasan daripada kitaran kematian dan kelahiran semula. Apabila seseorang membunuh diri (atau euthanasia) maka rohnya tidak akan masuk neraka ataupun syurga melainkan berkeliaran di dunia sebagai roh jahat yang tiada tujuan.

2.5 Perspektif moral
Perlu ditegaskan lagi bahwa euthanasia bukan hanya sekadar masalah ekonomi, hukum, dan sosial saja, namun lebih merupakan suatu masalah moral. Ertinya, masalah euthanasia merupakan permasalahan yang bersangkut penilaian moral yaitu persoalan benar atau salah dan boleh atau tidak boleh. Euthanasia yang dilakukan secara sedar, sengaja dan langsung adalah sesuatu tidak dapat diterima
Walau apapun tujuaannya atau sasarannya, ia bererti mengakhiri hidup orang cacat (handicap), orang sakit atau orang dalam proses mati. Secara moral tidak dapat diterima. Demikianlah tindakan atau kelalaian yang dari sendirinya atau dimaksudkan untuk mendatangkan kematian untuk menekan penderitaan, merupakan pembunuhan yang bertentangan dengan martabat pribadi manusia dan ketaatan terhadap penciptanya. Kesesatan penilaian yang mampu menimpa seseorang yang berkehendak baik, tidak mengubah hakikat pembunuhan ini yang harus ditolak dan dilenyapkan
2.6 Perspektif Etika Perubatan.
Kod Etika Perubatan (KEP) di Malaysia juga menegaskan bahawa tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan. Membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi tergolong dalam perkara yang dilarang. Konsep kematian menurut dr. H. Tabrani Rab ditentukan oleh 4 faktor, yaitu:
1.      Berhentinya pernafasan.
2.      Matinya saraf otak (aktiviti otak)
3.      Tidak berdenyutnya jantung
4.      Adanya jangkitan kuman pada saraf-saraf dan organ
Amalan yang dibenarkan adalah di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jantung dan/atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan,
Amalan yang salah pula adalah jika rawatan/alat bantuan sokongan tersebut digunakan untuk tujuan lain seperti alat bantuan mengeluarkan bendalir untuk memudahkan pernafasan, maka tindakan mencabut/memberhentikannya adalah tidak dibenarkan.

Amalan yang harus pula adalah memberikan rawatan/ubat-ubatan kepada pesakit (seperti ubat penahan sakit) walaupun berkemungkinan memberi kesan kepada nyawa pesakit.

Selain itu dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian dan apabila kematian tersebut disahkan oleh pakar, maka akan thabit semua hukum berkaitan kematian yang ditetapkan oleh syarak. Justeru, adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris-waris terdekat selepas disahkan oleh dua orang pakar perubatan yang tidak terlibat dalam urusan pendermaan organ.

3. 0 Kefahaman tentang euthanasia
Responden 1
Responden 1 merupakan seorang pelajar dan telah menjaga abang serta ibunya yang sakit. Pengambilan ubatan bagi menamatkan riwayat manusia bukanlah sesuatu yang biasa didengar. Para pesakit terutama pesakit yang telah koma masih mendapat rawatan dan penjagaan seperti biasa dan dibenarkan berada di bawah pengawalan hospital sepanjang tempoh koma. Hal ini bukanlah suatu isu besar kerana keluarga hanya perlu membayar bil hospital kepada pihak hospital. Penggunaan mesin bantuan nyawa (ventilator) seringkali menjadi isu samada menghentikan atau meneruskan penggunaannya apabila keadaan pesakit dilihat tidak stabil oleh doktor.

Berdasarkan pengalaman responden, abang beliau sendiri telah melalui fasa nazak dan koma. Jantungnya telah berhenti berdenyut dan doktor serta jururawat disana telah memberi bantuan pernafasan CPR (cardiopulmonary resuscitation) dan kejutan elektrik yang dikenali sebagai
defibrillation
. Selepas itu  denyutan abang responden kembali normal tetapi beliau telah disahkan koma namun aktiviti otaknya masih aktif. Kemudian keluarga atau waris akan diberikan taklimat oleh doktor bagaimana keadaan abang responden dan pihak keluarga harus memberi kata putus samada mahu memberikan bantuan pernafasan CPR kali ke dua sekiranya jantungnya kembali terhenti. Keadaan abang responden dipantau dan diurus setiap hari dengan baik, namun dari sehari ke sehari doktor mengesahkan keadaannya semakin melemah. Selepas 7 hari, nadinya kembali terhenti dan rawatan CPR dan kejutan elektrik diberikan tetapi tidak berjaya diselamatkan. Doktor kedua hadir dan mengesahkan kematian. Ketika itu barulah mesin ventilator dihentikan. Responden memberi sepenuh kepercayaan kepada doktor, dan membiarkan mesin itu berhenti sendiri setelah keadaan pesakit semakin lemah.

Pada pendapat penyelidik proses di atas menunjukkan etika yang dipegang oleh doktor, iaitu tidak menjalankan apa-apa euthanasia ke atas pesakit. Pesakit yang nazak, koma dan tidak dapat diselamatkan dibiarkan di bawah penjagaan hospital dengan baik. Keluarga pesakit juga diberi taklimat dengan jelas dan pihak doctor tidak mencampuri urusan dalam penentuan euthanasia. Mereka berkhidmat dengan sebaiknya sehingga hembusan nafas pesakit yang terakhir. Keluarga juga turut member perhatian semasa taklimat diberikan oleh doktor dan keputusan hanya diberikan setelah mendapat nasihat dari 2 orang pakar.

Responden 2
Responden ke-2 merupakan seorang rakan.yang sering bersifat terbuka. Beliau pernah mengalami kemalangan dan patah tulang peha. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa duduk di hospital dan memerhati kehidupan di hospital setiap hari. Melihat kepada sesetengah pesakit yang sudah tidak mampu berfungsi dari segi pergerakan, sehingga kelopak mata pon tidak mahu terbuka memberi fikiran kepada beliau bahawa tiada harapan kepada kehidupan lagi. Pihak keluarga haruslah bersedia dengan apa saja kemungkinan yang paling teruk, kerana peluang untuk mereka yang koma bangun kembali dilihat 99 peratus tidak berhasil.

Bagi beliau, kemungkinan kepada pesakit yang kemalangan mungkin ada sedikit harapan tetapi kepada yang mempunyai penyakit yang telah sedia ada seperti sakit jantung, darah tinggi, kanser, sakit buah pinggang dan lain-lain lagi penyakit kritikal tidak akan pulih, kerana kebanyakan usus dan organ utama telah pun rosak. Maka peluang kembali normal adalah nipis, sebagai kesimpulan beliau menggalakkan pihak keluarga pesakit mematikan mesin ventilator kerana percaya bahawa rohnya telah pon menghadap tuhan. Yang tinggal hanya jasadnya sahaja, maka keputusan untuk meneruskan mesin ventilator selama lebih seminggu umpama meyiksa jasad itu sahaja. Hal ini kerana di dalam kepercayaan Islam, mengebumikan jenazah haruslah dipercepatkan berdasarkan hadis yang pernah diceritakan oleh Abu Hurairah RA,  Nabi Muhammad SAW  pernah bersabda bermaksud “segerakanlah mengebumikan jenazah untuk kebaikannya,  kalau ia menerima balasan dengan segera, kalau ia jahat maka kejahatan yang engkau tanggung itu terlepas.” Begitu jugalah pendapatnya sekiranya perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarganya.

Namun penyelidik tidak menyetujui pendapat responden tersebut sepenuhnya kerana seperti yang diterangkan di bahagian pengenalan, kematian itu terdiri dari pelbagai keadaan dan tidak hanya berhentinya pengaliran darah atau satu-satu bahagian sahaja. Perlu juga dilihat dari segi aktiviti otak atau pun kemerosotan saraf yang lain. Hal ini memerlukan pandangan dari doctor dan kita sebagai orang luar yang tidak mahir dalam bidang tersebut tidak boleh terus memberi kata putus dan menolak mentah-mentah selepas diberi nasihat. Namun idea tersebut juga turut penyelidik setuju kerana orang yang nazak itu sendiri sudah cukup terseksa, maka sekiranya berpunca dari pelbagai jenis penyakit kronik maka mengharapkan mereka sembuh seperi sedia kala sebenarnya adalah sesuatu yang mustahil. Namun cara pemikiran ini dilihat sangat bias (pilih kasih)

Responden 3
Responden ke-3 pula merupakan seorang jururawat yang bekerja di salah sebuah hospital di tengah-tengah bandaraya. Jururawat  ini berpengalaman lebih 10 tahun dalam pemerhatian dan penjagaan kepada para pesakit di hospital tersebut. Beliau menerangkan jenis dan pelaksanaan Euthanasia yang telah wujud sekian lama di hospital.
1. Voluntary Euthanasia.
Voluntary euthanasia (eutanasia sukarela) merupakan pelaksanaan eutanasia pada pesakit atas keinginan dirinya sendiri dan tanpa adanya paksaan dari orang lain. Mereka harus menulis pernyataan yang ditulis dengan tangan (codicil). Pengesahan bahawa dia yang membuat keputusan kepada dirinya sendiri dan bukan di atas tanggung jwab doktor atau keluarga.
2. Non-valuntary
Merupakan eutanasia yang dilakukan pada pesakit yang koma berpanjangan. Maka tindakan dihentikannya feeding tube (selang saluran makan) dilakukan.
3. Involuntary Euthanasia
Hampir serupa dengan non-voluntary, yang membezakan adalah kondisi pesakit yang separa sedar dan sadar bahwa dia sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup, pesakit menolak untuk melakukan rawatan. Pesakit masih sedar dan dapat memberikan persetujuan atau penolakan ketika ditanya.
4. Assisted Suicide
Assisted suicide (bantuan bunuh diri) merupakan jenis eutanasia dimana seseorang yang dipengaruhi dan dibrikan informasi, maklumat, wacana, atau bimbingan tertentu untuk mengakhiri hidup seseorang. Jika melibatkan bantuan doktor disebut dengan “bunuh diri atas pertolongan doktor”.
5. Euthanasia by Action.
Suatu tindakan yang dilakukan dengan tujuan untuk menimbulkan kematian, misalnya dengan pemberian suntikan atau racun sianida. Euthanasia By Action merupakan jenis eutanasia aktif.
6. Euthanasia by Omisson.
Merupakan eutanasia pasif dimana dilakukan penghentian tindakan perubatan kepada pesakit, misalnya penghentian pemberian nutrisi, air, dan ventilator.

Antara alasan permintaan euthanasia adalah kerana kesakitan yang tidak dapat ditanggung oleh pesakit, permintaan pesakit berulang kali, pesakit merasa membebankan keluarga, kematian merupakan penamat penderitaan.

Bagi responden sekiranya ia berlaku kepada ahli keluarga, responden akan menemani pesakit setiap masa dan menentukan pilihan yang lebih bijak kerana pesakit selalunya berada di dalam tekanan dan tidak mampu berfikir dengan waras. Euthanasia bukanlah satu pilihan malah tidak perlu dipilih. Kebiasaannya pesakit yang telah koma contohnya akan beransur lemah, maka mesin penyokong hidup akan berhenti dengan sendirinya. Kematian itu biarlah secara natural, tanpa perlu manusia lain membuat keputusan.

Menurut pandangan penyelidik, tahap pentadbiran hospital adalah di paras yang tinggi. Hal ini kerana mereka mematuhi perundangan yang telah ditetapkan serta mengambil berat kepada para pesakit. Keluarga dan waris pesakit sepatutnya lebih sensitif dan mendengar nasihat pakar-pakar yang telah mendalami ilmu ini. Selain itu juga keluarga seharusnya mempunyai keyakinan kuat dan mempunyai sokongan moral dalam mempercayai apa juga kemungkinan dan tidak terus berputus asa untuk melakukan rawatan kepada pesakit. Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT setiap kali menciptakan penyakit, dia ciptakan pula ubatnya. Maka berubatlah kalian!” (HR Ahmad, dari Anas RA). Pesakit haruslah ditemani. Sekiranya mereka dibiarkan bersendirian tentu sahaja semangat yang tinggal turut hancur. Pesakit memerlukan dorongan untuk hidup, terutama dalam mencari kebahagiaan di sisa-sisa terakhir hidupnya. Maka institusi kekeluargaan sangatlah penting sebagai tonggak kehidupan mereka.

4.0 Cadangan Mengatasi  Masalah Euthanasia.
Euthanasia telah mencetuskan kontroversi, maka cadangan-cadangan baru perlu dilakukan bagi menangani masalah euthanasia. Semua pihak, khususnya yang bergerak dalam bidang kedoktoran harus peka menanggapi masalah ini. Berikut ini adalah beberapa cadangan yang dapat dilakukan dalam mengatasi masalah euthanasia:

4.1. Meningkatkan kemajuan teknologi perubatan
Dengan kemajuan teknologi dan perkembangan perubatan masa kini, eksperiman melalui bio-sains akan diperbanyakkan dan mencari penemuan-penemuan baru dalam bidang perubatan. Contohnya pengurangan kes jangkitan kuman, pemindahan organ, penciptaan rgan palsu dan lain-lain lagi mampu dijalankan lebih lancar dan mengurangkan risiko kematian.



4.2. Melakukan  rawatan yang tepat dan telus
Para doktor dan perawat perlu memberikan 100 peratus perkhidmatan di samping mensosialkan ilmu pengetahuan kepada masyarakata dan keluarga pesakit. Pesakit dan waris harus disediakan dengan kefahaman, dan tidak perlu disorok-sorok seperti yang seringkali dilakukan pada masa kini. Pesakit tidak diberi pendedahan dengan sebetulnya, dan berkemungkinan rawatan tidak tepat diberikan.

5.3. Memperkukuhkan sistem sosial
Sistem social mewakili keluarga, sahabat, pasangan, dan semua orang yang memiliki hubungan personal dengan si pesakit. Psikologi seorang pesakit akan menjadi positif dengan adanya dorongan dan sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, anak-anak dan saudara mara lain. Hal ini turut menjadi kelaziman di dalam kepercayaan umat Islam di mana menggalakkan umatnya melawat orang sakit, bukan sahaja memberi kesedaran dan keinsafan malah mampu memberi kebahagiaan kepada si pesakit untuk lebih bersemangat.

5.4. Mempertimbangkan nilai-nilai moral kemanusiaan.
Euthanasia adalah sebuah tindakan bunuh diri dan pembunuhan. Doktor seharusnya melakukan usaha terus-menerus untuk mempertahankan hidup pesakit. Pesakit harus mendapatkan keamanan selama sisa hidupnya dengan cara memberikan rawatan perubatan semaksima mungkin. Sikap mementingkan diri akan menimbulkan kesan buruk kepada kehidupan sosial, seperti penolakan perawatan kepada pesakit yang perlu dirawat, eksploitasi, dan hilangnya moraliti serta rasa peduli kepada orang lain.

5.5 Rawatan emosi dan spiritual.
Hospital-hospital di Malaysia seharusnya tidak hanya menumpu ke atas rawatan fizikal semata-mata, hal ini bagi mengelak layanan kepada pesakit seperti robot atau tikus makmal. Unit kaunseling dan orang kuat agama haruslah aktif  dalam membantu menenangkan dan mengawal emosi dan psikologi pesakit dan keluarga disamping meningkatkan keyakinan bahawa mereka mampu mengatasi hal-hal tertentu dengan semangat yang kuat, dan dorongan hidup yang tinggi. Contohnya ustaz memberi pencerahan dan ceramah kepada pesakit beragama Islam.

5.0 Kesimpulan
Euthanasia adalah suatu tindakan atau cara mengakhiri hidup individu diatas permintaannya ataupun permintaan keluarga. Euthanasia terbahagi kepada 3 iaitu pasif, aktif dan bunuh diri dengan bantuan doktor. Hal ini sangat kontroversial, banyak menimbulkan pro-kontra didalamnya. Terdapat banyak pandangan dari pelbagai perspektif seperti dari sudut agama Islam, Budha, Hindu, sudut moral, kemanusiaan, dan etika perubatan kesemuanya menentang amalan euthanasia. Satu temubual dijalankan dengan 3 orang respondan bagi mendapatkan pandangan serta melihat pemahaman mereka tentang isu euthanasia ini.

 Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan seperti meningkatkan kemajuan teknologi perubatan, memberi rawatan yang tepat dan telus, mengukuhkan sistem sosial, mempertingbangkan moral kemanusiaan dan memberi rawatan emosi dan spiritual.

Kesimpulanya euthanasia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima baik melalui undang-undang, agama serta kemanusiaan. Pengambilan ubat seharusnya dibenteras sama sekali. Peggunaan mesin ventilator juga harus diketatkan syarat-syaratnya. Namun kita harus bersyukur tahap euthanasia si Malasia berada di paras normal.

(3187 patah perkataan)









6.0 Rujukan

M.Franz, Menjadi manusia belajar dari Aristotle
            (Yogyakarta : Kanisius, 2009)
M. Franz, Etika abad ke-20 :12 Teks kunci
            (yogyakarta: Kanisius, 2006)

Bikkhu DMT (2008) Pesan Sang Buddha. Dipetik pada 22 Jun 2014 dari
                     http://www.patria.or.id
Dewan Bahasa dan Pustaka (2008) Makna Euthanasia Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                    http://www.prpm.dbp.gov.my
Eka W.W (2010) Terapan Nilai Spiritual dan kemanusiaan dalam masalah Euthanasia Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                     http://www.ekawijaya.blogspot.com.my
Euthanasia menurut hokum Islam. (2007)  Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                      http://www.konsultasi.wordpress.com.my
Euthanasia dan kematian bermartabat suatu tinjauan bioetika (2007)  Dipetik pada 13 Jun 2014 dari    
            http://www.netsains.com.my
Hukum Euthanasia @ Mercy Killing. (2011) Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                       http://www.e-fatwa.gov.my
Henky S. (2012) Euthanasia dilihat dari sudut pandang etika sosial Dipetik pada 13 Jun 2014 dari          http://www.yeheskialsjioen89.wordpress.com.my
Taylor L. (2009) Euthanasia : pandangan dari agama berlainan Dipetik pada 22 Jun 2014 dari
                http://www.slideshare.com.my
Taufik S.&, Ritonga M. (2005). Praktek Dokter dan Keterkaitannya dengan Hukum. Dipetik pada 13 Jun 2014 dari   http://www.id.wikipedia.org.com.my
Zanikhan (2007) Euthanasia dan bunuh diri. Dipetik pada 13 Jun 2014 dari
                 http://www.zanikhan.journal.multiply.com.my 

Thursday, September 4, 2014

My E-day...

Hamboi2 korang.. sedap je kan coppy paste asgmen aku kt tenet. haha. Ujung2 Sem ni la bru mengejut bizi nye.. Memang terkejut le aku tgok viewer ramai. Skali cek asgmen je korang bukak. Hokeh la. X marah pon sbb aku pon same je. Hahaha. Sharing is caring kan.. ^_~

Nk citer pasal hari bertunang smlm.. Let share...

8 hb Jun 2014..
Majlis berjalan agak lancar, cm biasa watak uatam harusla paling bz. Ingat nak bg tugasan kat kakak2 tp alih2 kena buat sendiri gak semua. Cume mengharap dyorg boleh tolong kemas2 je la. Bab nak menghias tu semua sendiri. dari kotak hantaran, baju , veil halfmoon, bantal kecik2, n barang hantaran tu semua la. Mekap tu dh memang mahir. So xde hal sangat la.

Pagi majlis tu aku x tido, sibuk masak pulut. Ingat nak serahkan tugas kemas bilik kt akak no 2, aku tetibe blank pagi tu. Hilang semua planning aku nk wt pelamin. So dyorg suh wat kt bilik. Sekali bleh plak akak aku bedal cadar kaler oren, kepala katil tu dy bungkus ngn langsir kaler meroon. Motif..??? Aku punye tema kaler krim. Xkan katil kaler Oren. Sumpah tenggelam aku nnt. So dh kul 10, aku cabut semuanya n buh cadar kaler krim+ biru. Ok, cun.. tp koyak2 sikit la. Barang recycle. Hahaha..

After baju dh pakai, mekap sendiri, n dok dlm bilik tunggu rombongan lelaki. Bapak lambat. Dekat pukul 1 kot dyorg dtg sbb depan rumah dyorg ade kenduri, So nk kumpulkan makcik pakcik tu mmg susah sikit la. Tp akak2 aku dok perli je. panas gak la telinga. Tapi aku dh pesan awal2 kt PAPA suh dtg kul 11. tapi tu la yg dinamakan "Kite cume merancang, TUHAN tentukan."

Pas dyorg smpai baru aku tersedar aku x gosok gg. Gile bangang.. Hahaha.. Nasib dh makan pulut n rendang. Ye la, aku x tido n bz ngn hias pulut tu bentuk burung. Haha.. Mmg gelabah gak tp klw nk turun g toilet, kena lalu depan dyorg plak. So duduk je la dendiam.

Sesi sarung cincin pon berlangsung, family dia dok laga2 pp ngn aku n pose sorg2 ngn aku. Hancur tudung aku upenye. Adoi.. Abis rosak gambar majlis aku. Haha.. lantakkan le.. dh setle, dyorg g makan n aku dok berposing dlm bilik. PAPA kata brg hantaran dy kaler biru, skali kaler oren. Ceh, tenggelam la brg hantarana aku. Hm.. Nasib badan la.


          Giler tenggelam warna tema aku.Brg aku semua dlm kotak coz semua makanan.. 7-5..

Pas makan mak suh aku keluar salam makcik2 tu.. aku pon dok merangkak salam mereka2.. Naik lebam gak la lutut merangkak sbb baju aku penuh ngn pearl. Dah nak balik tu semua salam2 n nonong je keluar, terpaksa aku menjerit panggil adik dy suh ambik brg hantaran. Sorang pon x ingat. Sabor je la.. Hilangayu aku dok jerit2. adeehhh...

Pas rombongan balik, sesi bergambar satu family plak... pas tu masa utk makan... Lauk sedap woo, aym masak merah, daging masak hitam, labu masak lemak.. nyum3... aku cepat2 tukar baju, sekali toing toing toing bunyi pearl tercabut. Kah3x.. Lantak kau la. nasib majlis dh abis. So baju tu akan disimpan utk selamanya. haha.. Perut dh berbunyi, solat pon belom. Abaikan je la baju tu

Akak aku no2 still dok ungkit2 lambat dtg, benda dh jadi nk suh aku wt ape... Ala, tu kompom lepaskan bengang sbb aku cabut cadar la tu. Aku cerita kat mak aku pon, mak aku kata cm balut keranda. Hambik kau... keje x ikhlas kot. Yang aku sakit hatinye bukan ape, aku anti kaler oren sbnrnye. Dy plak hias bilik dy ngn langsir  kaler oren, tau la mahal tp hormati la majlis n watak utama. Dulu pon dh jadi mende ni masa akak aku no 5 khwen, tp tu la. Dy rasa dy kaya, hebat n ego tinggi cm tu la.. kerek la kata org..

Ptg, bebudak dh kerje kan gula2 yg dyorg bg. Aku pesan suh ambik sorg segenggam tp biasa la,, nama pon bebudak. Dah kompom tamaak. Yang beso ambik 2-3 genggam. Mmg bangang la... kul 5-6 PAPA dtg anta dulang, sbb kitorang pinjam je. Aku piinjam akak aku punye n dy pinjam jiran dy punye. So dy pulangkan  sbb akak aku dh nk balik. N family aku pon request tempeyek akak dy sorang satu. so semua dapat la.. aku order yg peket n akak dy pon ade bg lebih...
Alhamdullillah, semua berjalan lancar. Selamat aku jadi tunang orang.. So pasni boleh la fokus blaja balik.. K bai ols.

Gigi bongsu lagi.. errr...

Apa itu gigi bongsu?
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Selalunya gigi bongsu ni tumbuh masa umur 18 hingga 20 tahun. Tu info kt internet la kata. Tapi doktor yang first operate aku ari tu kata orang slalu ade 1 je, n aku antara yang malang sbb ade 2. Perrrrghh.. pitam dengar.  

Gigi bongsu ni tumbuh selalunya x sempurna, ade yang tumbuh sikit, ade yang tumbuh melintang. Masa tumbuh tu pon dah naik demam dibuatnye. So untuk tahun2 seterusnya ada masa dia akan bengkak kalau kite slalu kunyah guna geraham bongsu ni. Kalau aku, myb 2-3 kali dalam setahun gak la. 

Cara atasi cuma 1, bedah n cabut. Harga untuk pembedahan rm50. Aku buat kt poliklinik. Kat tempat korang aku x tau la plak bape.

2 tahun lepas (2012) aku buat pembedahan sblah kanan. Disebabkan poliklinik separa kerajaan, so pembedahan tu buat kat hospital sbb kelengkapan canggih kat sana. Doktor yang rawat aku tu 2 org, ketuanya lelaki n pembantunye pmpuan. yang lain2 ade la 2-3org nurse laki n pmpuan. 

Nak cerita mmg ngeri la, masa injektion ubat pelali tu mmg sakit gile. Myb sbb jarum dy BAPAAAKK besar. Aku smpai skang still seriau  la, mmg nangis. Wa cakap sma lu.. hahaha. Masa bedah plak, ubat bius x bkesan lg, doktor lelaki ni main bedal je kerjakan gg aku. Dah la wat keje sambil bersuaikenal plak ngn dokotr pmpuan tu. Mmg cilanat sungguh la. Boleh plak dy berkenalan "dari mana, dok mana, adik beradik bape," kejadahnya oii.. aku tgh sakit kot.. sepanjang operation, ubat kebas x berkesan, so aku boleh rasa hidup2 gg aku kena cabut. Dalam otak aku fikir "macam ni la kot org melayu kena dera zmn jepun dulu" Setle je operation tu aku terus nangis. Mana x nye, di injek, dibelah, dicabut, (digoyang2nye) terpaksa 2-3 org nurse pegang kepala aku, dijahit plak ngn jarum. Masa dy buh benang dlm jarum tu aku TERbukak mata, rasa nk pengsan 18 kali pon ade. Hmmm.. ngeri kot..

Tadi (sept 2014) aku dgn pura2 beraninye g wt operation kali ke dua slps kena bebel teruk ngn Encik Tunang. So pergi la.. skang klinik maju sikit la, so operation buat dlm klinik je. xyah g spital. So aku banyak blajar dr pengalaman lalu. Kalau nak ckp or pesan ape2, baik bgtau awal2 sbb after that dah xleh bercakap dh coz mulut n bbir kebas. Sbg penganggur aku ckp la aku x nk surat MC n aku nk bawak balik gg tu. (sbb yg dulu nk bawak balik tp xleh bcakap dh). Masa dia injek, aku terjerit2 dah. 2 kali injek. tp sakitnye rasa cm 6 kali. siyes. (masa mula injek, masa dy tekan n masa dy cabut) Memang menitik la air mata dara aku. Abis ancur mekap.

Mulut dh terasa kebas, so masa dy kerjekan tu aku x rasa sangat la. Kali ni dpt doktor pmpuan India plak. Aku dh cuak giler. Sbb pe tau, dy treat kite cm benda bukan manusia. Nak suh baca Bismillah mmg x de la.. nak xnak aku yang baca. Aku dok ulang2 bc surah fatihah, qul huallah hu Ahad (ALLAH YANG ESA) n ayatul qursi (2 org penjaga kiri n kanan).. Tu je dlm otak aku.



          Sama besar ngn kuku jari telunjuk. Besar sikit kot. waaahaa.. sakit woo..

 Kali ni aku x nangis sangat. Balik rumah, kebas still terasa. Then baru rasa sakit. Aku telan la ubat2 dy bagi, 6 bijik semuanya. Aku pon tertido.. haha. sebenarnya aku nak share tips selepas pembedahan. ok, berikut ialah tips yg aku jumpa kt wikipedia.

  • Cuba berehat sepanjang hari dan tidak melakukan kerja-kerja berat.
  • Elakkan merokok. Seelok-eloknya selama proses penyembuhan (3-4 hari), minimum selama 24 jam selepas prosedur.
  • Elakkan berkumur atau menggosok gigi selama 24 jam selepas prosedur
  • Selepas 24 jam, kebersihan dapat dijaga dengan berkumur air suam bergaram (1 sudu teh garam untuk 1 gelas air) minimum 4 kali sehari. Berkumurlah dengan hati-hati kerana tekanan boleh menyebabkan lubang bekas operasi terbuka lagi dan terjadi pendarahan.
  • Selepas 24 jam, menggosok gigi boleh dilakukan dengan hati-hati, terutama di bilik pembedahan.
  • Bila diberi ubat penahan sakit dan antibiotik, minumlah mengikut arahan doktor. Antibiotik harus dihabiskan walaupun gigi sudah tidak terasa sakit. Sebaliknya, ubat penahan sakit boleh dihentikan bila sakit mulai reda.
  • Makan dan minumlah seperti biasa. Hindari berdiet, kerana makan dan minum yang cukup sangat penting untuk proses penyembuhan.
  • Hindari minum menggunakan sedutan kerana tekanannya boleh melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan.
  • Elakkan minuman berkarbonat kerana buihnya dikatakan dapat melepaskan gumpalan darah pada lubang pembedahan. Minuman jus buah terutama yang masam sangat disarankan.
  • Suplemen tambahan vitamin C digalakkan.
  • Untuk menghindari bengkak, selepas pembedahan rahang sebaiknya dituam dengan ais atau air sejuk. Tampalkan pelekat dingin selama 15 minit, diselangi 10 minit tanpa pelekat, diulang sehingga waktu rehat malam.
  • Pada hari-hari setelah hari pembedahan, rahang dapat dituam dengan pelekat hangat, untuk menstimulasi peredaran darah di kawasan gigi bongsu yang boleh mempercepatkan penyembuhan.


  • OK, tu je citer syok sendiri aku yg mungkin beri sedikit panduan utk korang. K bai..

    Monday, May 26, 2014

    Resepi: Kuih cakar ayam.

    Hai again...

    Hari ni nak share resepi je. Hee.. Semangat woo.. Malam td try buat kuih cakar ayam, testing untuk buat hantaran nnt.. after bincang2 balik ngn encik boifren dy suh bg makanan je. So nak x nak, kena cube la. Orang skang buat cakar ayam tu bentuk sarang burung. So lets go...

    First step, kupas ubi keledek... sediakan la banyak2.. sebb after goreng nnt dia akan mengecut. Kang x ckup plak nak buat hantaran tu. Elok2 bajet 7 ketol sekali dapat 3 ketol je. huhu.. So buat la dalam 4-5 bijik. Malam tadi aku buat sebijik besar dapat 5 ketol yg bulat2 je.. so kena tambah lg nnt.

    Second step, sagat la ubi tu. (saga tu bahasa banjar ke? aku dh keliru. -_-" ) nnti daapt la bentuk cm mee.. Rumah aku xde penyagat tu so aku hiris nipis2 je.. Gunakan ape yg boleh ok..

    Third step, kalau dah siap so panaskan minyak goreng le sikit2.. Buat segenggam-2 je dulu, kawal api n jaga la dy. kacau lepas dy jadi perang2 sikit. Then angkat bila warna dy dah banyak yang perang.. tapis minyak sampai kering, nak letak atas surat khabar pon ok.. Ulang step ni sampai abis..

    Forth step, tuang minyak panas tu dalam bekas lain. Dengan kuali yang sama buh sesenduk gula (atau lebih) sira dengan api yg perlahan. Buh air sikit dalamsetapak tangan.. kemudian ambik ubi yang dah siap goreng td buh la dalam sira gula td. Gaul mesra smpai hilang basah2 n tinggal lembap je..

    Step terakhir, bentukkan la ikot suke. Malam td aku buh dalam bekas kfc yg kecik tu. Tp nnt nak try buat bentuk sarang burung. Kne cari la bekas lain.. Rasa dy, kompom sedap.. ~_^



     Dah siap.. Selamat mencuba..

    Resepi: Minuman sejukkan badan

    Hai olz.. Assalamualaikum...

    Hari ni nak share resepi.. Sebenarnya dah lama nak buh entry ni tp asyik lupe je. Ok, kali ni biar aku share kat korang minuman untuk sejukkan badan resepi keluarga aku. Bagus utk musim panas n utk pesakit demam panas (jgn buh ais). Xsusah mana pon tp mmg bukan untuk hidang kat tetamu la sebab x secntik rupenye.. Haha..

    Mula2 sediakan timun. Ikot la banyak mana korang nak pakai.. Kot nak buat jag tinggi tu aku biasa buat sebijik je, nk best tambah la lg sebijik. Kalau family ramai dekat 8 orang guna jag yg lagi besar, sediakan la 3 biji timun..

    First step gunakan sudu untuk korek isi dy. Ade bijik pon xpe.. Tp kalau bijik dy besar sangat buang la sikit. Sikit je tau, sbb isi yg tengah tu yg banyak keluargakan jus timun. Korek la sampai licin tinggal kulit je sehelai..Korek dengan sekuat hati.. Isi dy buh dalam bekas dulu, jangan masuk dalam jug lg...


    Second step, bancuh air dia.. Isi air masak setengah jug, buh gula secukup rasa (aku buh 2 senduk), then buh garam sesudu kfc tu.. (secamca).. Kacau sehingga hilang bentuk.. cuba la rasa.. klw x cukup tambah la lg.. garam tu biar ade rasa zink dy.. kalau rasa manis je x sedap. Serius...

    Third steps, ketok ais batu buh dalam jag.. buh jugak isi timun tadi.. Siap.. Sedia untuk diminum.. ^_^

    Air timun ni sesuai di minum masa tengah hari atau musim panas.. Sekali minum gerenti nak lagi.. Masa musim panas hari tu mmg family aku beli berkilo2 timun, murah je klw kat kmpung ni. sekilo rm1.50... klw beli 4 kilo dpt la rm5. Banyak minum so banyak la terkencingnye. Haha.. Air ni sejuk sangat2, untuk org tua tu boleh tahan bahaya gak la. Kalau waktu malam tu kena sediakan selimut untuk dyorg. Kalau dalam family aku ni mak aku paling suke minum air tu tp dy jugak yang rasa paling sengsara. Dengan sejuknye, dengan asyik nak terkencing nye... Ye la, mak aku buta, so nak g toilet tu cm terkial2 sikit la. Kesannye tercicir la air kencing tu. Heee....

    Ok, selamat mencuba.. ~~ ^_^

    Tuesday, May 20, 2014

    Bajet owh bajet...

    Alahai... Serabut ya amat...

    Abis rosak semua plan aku yang lepas. Skang ni menghadapi kesukaran dari segi menuju destinasi n mencari destinasi.. X faham..? Memang saje aku taip supaya korang x faham.. (bajet ade yg baca la konon.. puuiihh...) haha.. menggiler sekejap.. Ok lets start one by one..

    Seperti yang aku cakap kt entry lepas aku dah nak bertunang bulan depan. So dok pilih persiapan hantaran kot mana yang boleh dikejor sebelom masanya. Cam bekas hantaran n reben2.. dekat Rm50 dah aku blanje.. bile pasang reben tu kat kotak sekali salah la plak.. nasihat aku kat korang cari yang 2.5 inci.. aku salah beli, 1.5 inci.. tergantung je kt tengah kot. Tu untuk buat tapak boleh la. Betol la org kata, belajo je tapi xde memang ape pon x guna. like exam without practise.. Memang masak la. kesannye memang terasa la... So semua reben2 tu terpaksa ditong sampahkan...

    Plan kedua, nak beli tuala "selamat bertunang" tu pon sama ampes.. memang dah x wujud ke menda alah tu..? siot betol la. dari perak membawa ke KL aku cari x jumpa gak.. so terpaksa cancel lg.. Kesannya kena beli kotak transparent lg utk buh makanan.. before this beli 2 je, so aku tambah lagi 4, (2 kecik n 2 besar utk kek n pulut kuning).. beli sekali ngan reben.. abis lg rm50..

    Baju.. problem gak sebenarnye.. actly jubah mekah aku tu warna putih tapi disebabkan dah lama so warna dy bertukar kaler krim.. Masa kat kedai JAKEL ari tu aku x bawak plak contoh, abis x kan nak gunating baju tu kot..? so aku terus bedal ckp nak kain shiffon n satin kaler krim.. balik je rumah, kaler plak lain. Adoi.. Fening mak.. Xkan nak buang pulak, rm50 tuuu... Nak pulangkan kompom dyorg x nak sbb kain tu dh berpotong..

    Ngadu kt encik boifren, mengamuk la dia.. asyik wat perangai je.. Hahaha.. Betol la. Dah moto hidup aku "buat dulu menyesal kemudian.." nasib badan la awak dapat saya.. hahaha... Sebenarnye masa pilih cincin ari tu pon aku wat perangai cm tu. Memula aku sibuk pilih cincin belah rotan (sbb aku ingat cincin tu paling penting, sbb selalu dengar org sebut "belah rotan" je.) Pas sembang ngan mak aku masa balik tu upenye cincin tu xde harga (nilai dalam hubungan) pon, kalau pihak lelaki merisik org akan bagi.. kalau pihak lelaki tu senyap so terbuang je la sbb dyorg x kan tuntut... Tapi tu dulu la, masa harga cincin rm100+.. skang ni cincin tu je rm300+.. so marah la encik boifren sbb kitorang nak bajet la belanje. So pergi balik kt kedai emas tu minggu seterusnya tukar cincin bunga.. baru la berbunga2 hati sayeee.. hahaha.. harga lebih kurang gak. rm300+.. Begitulah alkisahnya.. so my bad.. xmo marah2 tau.. muuaahhh (^_~)


    Untuk tatapan korang.. Hahha.. Ni masa test2 dlm keta. Debab kan tgn aku..? waaaa..  dah la akak2 dy kurus, malu plak nk bertunang.. tp mmg cun la kan.. ;) 2 love tu lambang hati aku n dy.. bawah tu plak crown.. klw pakai terbalik nmpk la bentuk crown tu,..

    Sebenarnye aku nak tema pink tapi cm x masok lgsg je ngan jubah mekah tu. so aku abaikan nafsu.. sob.. sob.. reben yang terbuang tu pon pink jugak. Aku beli kt KL, nak pulangkan jauh bebenor plak.. Tapi mmg x logik la, baju aku krim tibe2 hantaran pink.. Adoi.. Sama serabut ngan tuannya. Hahaha. So tanye kat encik boifren, nak buat macam mana..? dy komen simple "ambil tema baju, jangan tambah2.. Mama tu banyak sangat fikir.. banyak2 sangat warna kang mcm keling" Wah... sedap bahasa beliau kan.. ggrrr..~ >:(

    Keputusan akhir aku pilih kaler krim. No more pink.. tinggal la sebagai kenangan. Bye2 my darling... Sob2.. warna feveret tuuu.. My life is pink u know.  :'( dari tudung smpai ke kasut semua pink.. bantal busuk pon pink.. spentot pon pink... hikhik.. mabuk sudaaaahh.. baju krim satin tu aku pakai kat dlm, luarnye jubah mekah tu la. so effectnye warna akan nmpk cm krim cair.. so boleh diterima. yang x boleh diterima kain shiffon tu still pekat lg. tp aku tgok kain tu tebal je. betol ke itu yg org buat veil.? aku tgok veil si almy nadia tu kain net je. Alahai.. tudung pon aku x de lg. so x tau, nak buat kain shiffon tu jd tudung atau nak cari kain net dlu buat veil. aku dh terbeli kain lace kaler emas.. Gatal sangat tgn tu. Haha.. Nasib Lace n reben sama warna. Selamat aku... Kalau x, mcm keling la. hahaha.. Kompom kena kutuk ngn akak aku sbb warna x ceria.. Dia suh kaler pink n biru, aku ingt dy buat lawak. Aku n tukang kedai tu gelak2 je, sekali cek kt internet peerrrrgghh.. cun siot. Tapi x pelah sbb encik boifren plak tema biru putih.. so malas nk pkai kaler biru gak. (klw x tema aku pink putih) redha je la....

    Skang ni masalah tapak hantran... Ari tu jenjalan tgok  blog n google gmbar. Sekali jumpa si wani  syawani (betol ke nama tu) dy buat tapak guna polistrin n tuperware.. aku pon gegatal beli polistrin, Encik boifren potong 2 supaya muat masok dlm keta. Bila balik rumah sekali x dapt 6 plak. terpaksa potong 8.. so kesannya mmg x muat la sbb aku pon buat bulat. hadoi... Alhamdullillah malam ni gegatal tgn tgok blog sendiri, sekali teringat idea asal nk buat guna surat khabar tu. Tapi aku x buat lg. Takot plak sbb aku xde cat putih. aku just beli spray kaler silver (rm7) n cat kecik kaler coklat. (RM3.50). Myb aku buat silver kot.. nak tukar kaler emas tp takot cm pelik sgt sbb renda tu pon semua dah emas... nak buat yg coklat tu rasanye x ckup kot sbb kecik sgt2.. nak sapu kt bakul boleh la kot tp bakul aku tu putih, cm sayang je nk buh kaler coklat. myb aku nak biar je... haha...

    Pelamin... Aku x tau nak fikir.. kejap nak buat, kejap x nak buat.. Ikot takot, mmg aku x nak buat.. Tapi disebabkan mak aku dah panggil sanak saudara n ayh aku plak nak panggil org block (aku no dok kampung felda je, majlis bertunang x la semeriah org bandar.. jiran2 pon dh ramai x de, so catering je la nnt) so maknanye tetamu banyak la. kalau umah xberhias lsg kang mcm xde pe plak. perlu la ade pencuci mata.. Betol x...? aku plan nak buat bantal tempat aku duduk n bantal kecik... ari tu bajet x nak buat tirai, ingt nak duduk je.. tp masa dok google pelamin nmpk bunga  kipas.. agak cun gak la di mata aku sbb kaler dy tenang je. Kebanyakannya bunga kipas kaler biru, kuning, merah, oren.. aku mmg x masok la ngn semua kaler terang tu, aku suke warna pastel je.. so sbg org kaya (dpt baucer buku) aku nak g shoping kt kedai alat tulis nk borong kertas2 pembalut hadiah n kertas2 A4 warna pastel yg dyorg ade.. Haha.. 

    Baju-  dh antar, 1hb Jun nnt dh boleh ambik.
    Tudung- belom cari lg..
    Veil- belom buat ape2 lg.. nk try cari labuci.. pearl keler pink n manik ade..tggu masa  rajin je lg..
    Hantaran- renda, setle... bunga kena cari...  makanan last minit nnt.
    Tapak hantaran- esok..!
    pelamin- lepas shoping nnt.. ;)

    ok, that all for today. Time to sleep.. kang aku update lg perkembangan terbaru. Adios.. ;)

    Monday, April 28, 2014

    Berita Baik Vs Berita buruk

    Hai guys..

    Nak share kt korang benda yg jadi kat aku lately. Ada berita baik n berita buruk. Mna satu yg nak share dlu erk..? huhu...

    Berita baik, next month dh masok sem baru, so fee nak kena bayar dlm minggu ni. Cek punye cek balance financial kt portal OUM, sekali mak aih.. aku dpt diskaun mcm2 lebih 1k kau.. haha.. Happy sgt2. Selain boleh tutup mulut mak, terasa rezeki plak menjelang tarikh keramat. hee..

    Berita buruk plak, aku sakit mata.. haha.. bengkak dh 3 ari.. rasa cm kena tumbuk je. td g klinik, upenye nak jd ketumbit. dapat la 4 jenis ubat. MA tu pon memarah manje, dh 3 ari sakit baru nk dtg. kikiki.... Hensem kot, nak buat muke serius pon xleh. Tersenyum je aku sejak masok bilik tu. Kuikui.. MA lg sorang jeling sekali, nmpk muke aku so dy pandang lg sekali. Hahaha.. lawak plak rasa.


    Banyak kan.. tp aku x makan pon ubat2 tu sbb aku tau tu semua dadah.. Sakit aku ni x de la smpai nak makan ubat gatal, bengkak n tahan sakit ke ape ke.. just nak bg rilex mata je..

    Sebelum balik g shoping barang dapur dlu, mak teringin makan sambal jawa.. yang tempe cmpur suhun n pucuk tu. Kalau aku masak, aku tambah ikan bilis, kacang panjang n fishcake.. pastu g plak shoping brg kering kt sebelah kedai basah tu nk beli suhun n pucuk.. Balik rumah baru perasan yang aku tertinggal barang basah kt kedai runcit. Ya rabbi.. mmg kena marah la ngn mak n abg. Ni nak masak ape pon xtau. ingt nak masak sup daging, daun sup pon tertinggal dlm plastik tu. Sambal jawa tu mmg dh ke laut la. Hahaha...

    Masok bilik xtahan kena bebel. Try pakai ubat mata yang titis tu... agak pedih gak la. Tapi x sure kot tercampur ngn celak aku pakai ni. Lepas seminit terasa kesan dia. Ya rabbi... pahit air liur dibuatnye.. Waaa.. menjerit gak la aku.. Habis air liur tu mne kite boleh benti telan, betol x..? mak bagi tips, kumpul dulu baru ludah.. xbanyak kot sbb titis td pon 2 titis je.. tapi still rasa pahit dlm mulut, kalau makan mmg boleh muntah la. So as manje as me ni, mintak gula2 kt mak. Fuuuuhhh... Lega....~~

    That my story today, what yours..?  (^_~ )

    p/s: line slow, xdpt nak upload pic. huhu.. adios..~