Tuesday, November 12, 2013

Konsep pendidikan dalam sudut pandangan Islam

                               Pendidikan VS Pendidikan Islam
                                                Abstrak
Dalam tugasan kali ini saya memerlukan untuk menerangkan pengertian pendidikan dan membezakannya dengan pendidikan Islam serta mengenalpasti falsafah dan matlamat pendidikan Islam seterusnya menjelaskan institusi-institusi pendidikan pada zaman awal Islam.

Pendidikan merupakan hak bagi seluruh warga negara, baik yang miskin atau yang kaya, kecil, tua muda, semuanya memiliki hak yang sama untuk menikmati pendidikan.oleh kerana itu pemerintah mengusahakan pendidikan mulai dari pra-sekolah sehingga pendidikan tinggi boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat.Pendidikan adalah proses pengubahan sikap dan tatalaku seseorang atau kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upaya pengajaran dan pelatihan; proses, cara, perbuatan mendidik.  Manakala formal  pula adalah sesuai dengan peraturan yang sah; menurut adat kebiasaan yang berlaku, resmi

Bidang pengajian Islam pula memberi tumpuan kepada kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. serta kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga,
alam sekitar, masyarakat dan negara. di akhir tugasan saya perlu mengemukakan 4 saranan atau kaedah bagi menyuburkan elemen pendidikan dalam kehidupan antaranya penerapan akhlak, bukan dunia semata-mata, sikap ambil peduli, dan kawalan teknologi.

2.0 Definisi
Definisi pendidikan yang pertama adalah sebagai usaha atau proses mendidik, melatih dan membentuk seseorang individu daripada segi rohani, jasmani, emosi, akal, dan akhlak. Dalam Kamus Dewan, pendidikan bermaksud “proses mendidik atau perihal mendidik”. Pendidikan berasal daripada akar kata “didik”. Pendidikan adalah usaha sedar dan terencana untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar dapat mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat.
Takrifan kedua pula yang diberi oleh kamus pendidikan 1979  satu proses membina dan memperkembang kebolehan dan tabiat manusia. Pendidikan juga bermaksud proses sosialisasi manusia dengan tujuan untuk membina perkembangan diri, yang biasanya dilakukan di sekolah”. Sekolah sebagai lembaga pendidikan formal (kelas yang teratur atau sistematik)merupakan tempat yang paling memungkinkan seseorang meningkatkan pengetahuan, dan paling mudah untuk membina generasi muda yang dilaksanakan oleh pemerintah dan masyarakat.
Manakala Abdul Halim El-Muhammady (1993) membuat definisi pertama tentang pendidikan Islam sebagai proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu, al-Quran dan Sunnah, pengalaman Salaf al-Salih serta ilmuwan muktabar, untuk melahirkan insan salih yang mampu memikul tanggungjawab khalifah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah S.W.T ke atas manusia supaya mengimarahkan alam ini untuk kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat.

Tujuan belajar bukanlah mencari rezeki di dunia ini, tetapi maksudnya adalah untuk sampai kepada akhirat. Memperkuatkan akhlak, dengan erti mencapai ilmu yang sebenarnya dan akhlak yang sempurna. Pendidikan Islam adalah pendidikan yang paling ideal, di mana ilmu di ajarkan kerana ia mengandungi zat-zat kerohanian, untuk sampai kepada hakikat ilmiah dan akhlak yang terpuji.
Burlian Somad (1989) pula memberikan definisi kedua pendidikan Islam yang lebih luas iaitu
aktiviti atau kegiatan yang bertujuan membentuk individu menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang baik dan bernilai tinggi menurut kaca mata Islam. Pendidikan Islam juga membentuk rasa anak didik menjadi halus dan tajam sehingga mampu mencintai Allah yang ghaib serta merasa sangat takut terhadap azab Allah, merasa bertanggungjawab untuk mengangkat darjat hidup kaum melarat dan anak-anak yatim, serta perasaan bertanggungjawab untuk membela agama Allah dengan rela mengorbankan apa-apa saja yang dimiliki untuk keperluan perjuangan kerana Allah.
Para ahli pendidikan Islam telah sepakat bahwa maksud dari pendidikan dan pengajaran bukanlah hanya memenuhi otak anak didik dengan segala macam ilmu yang belum mereka ketahui, tetapi maksudnya ialah mendidik Akhlak dan jiwa mereka, menanamkan rasa Fadhilah (keutamaan), membiasakan mereka dengan kesopanan yang tinggi, mempersiapkan mereka untuk suatu kehidupan yang suci seluruhnya ikhlas dan jujur.

3.0 Falsafah dan matlamat pendidikan.
Falsafah bermaksud sesuatu teori atau prinsip pegangan hidup. Setiap falsafah memiliki matlamat tertentu. Matlamat pendidikan Islam tentunya berbeza dengan matlamat pendidikan umum. Falsafah merupakan asas, kerana ia melahirkan tujuan dan matlamat pendidikan. Falsafah yang mencadangkan kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan sebagainya. Jadi, dalam pendidikan Islam falsafahnya mesti berdasarkan falsafah Islam. Manakala falsafah Islam, manusia adalah hamba dan khalifah Allah.

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1996 telah menegaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan Negara.

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Sistem pendidikan Negara yang formal ini sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. Tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Sebagai contoh seringkali kita mendengar berlakunya lambakan siswazah menganggur. Pendidikan yang diberi sepatutnya membina minda individu bagi membuka sendiri peluang pekerjaan dengan menceburi bidang keusahawanan, pertanian moden, penternakan moden, industri kecil dan lain-lain lagi.
Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Melahirkan bangsa  yang taat setia dan bersatu padu, beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara selain member peluang pendidikan kepada  semua warganegara Malaysia tidak kira kanak-kanak (usia 5 tahun), orang tua/ dewasa (university swasta) serta orang kurang upaya (buta, cacat, pekak, dan lain-lain lagi)

Manakala falsafah Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan mengatakan Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat. (KPM 1997) 

Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan  benteng keagamaan (al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah) Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu ‘Ain dan Fardu Kifayah. Asas keimanan yang teguh dapat membentuk murid-murid agar mempunyai cita-cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat. Sebagai contoh, sistem dakwah dan penyebaran pengetahuan yang berteraskan agama Islam mampu melahirkan komuniti masyarakat alim, bijak dan berilmu tentang Islam.
Matlamat Pendidikan Islam pula adalah untuk melahirkan generasi muslim, mukmin yang terpelajar, terdidik dan bertaqwa ,beriman, berilmu, beramal soleh, berperibadi mulia  dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan Negara. Berdakwah dan memperjuangkan Islam kepada masyarakat. Menjadi ustaz dalam berbakti kepada masyarakat sebagai contoh menjadi guru agama, imam masjid, bilal, penceramah dan lain-lain lagi.
4.0 Institusi pendidian zaman awal Islam
Pendidikan Islam bermula di zaman nabi apabila Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi rasul. Apabila baginda S.A.W mendapat wahyu kerasulannya, maka mulalah baginda S.A.W mengajar orang lain tentang Islam, khasnya yang berkaitan dengan beriman kepada Allah yang Esa.  Pada mulanya, baginda mengajar ahli keluarga serta kawan karibnya di rumahnya sendiri. Setelah ramai orang memeluk agama Islam dan rumahnya juga tidak sesuai lagi dijadikan tempat belajar, maka baginda ditawarkan rumah al-Arqam bin Abil Arqam sebagai tempat mengajarkan agama Islam. Rumah Nabi Muhammad S.A.W dan rumah al-Arqam ialah institusi pendidikan yang terawal dalam Islam.
Institusi pendidikan pertama ialah rumah baginda S.A.W sendiri. Baginda mengajar dan mendidik ahli rumahnya dengan didikan Islam, iaitu percaya kepada kewujudan Allah yang Maha Esa. Mereka termasuklah Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. Setelah itu, baginda S.A.W berpindah ke rumah kepunyaan al-Arqam bin Abil Arqam yang telah dijadikan pusat pendidikan Islam. Nabi Muhammad S.A.W merupakan guru pertama dan pendidik yang ulung dalam sejarah umat Islam.

Di zaman moden ini, pengajian dirumah-rumah disebut usrah. Beberapa orang jiran tetangga mahupun rakan datang berguru dengan seorang ustaz atau uztazah dan mendalami ilmu agama. Aktiviti yang dilakukan adalah mendengar ceramah, bacaan al-quran dan penerangan tafsir al-quran. Selain itu turut diajar ilmu tauhid dan feqah bagi mendalami kehendak islam.

Institusi pendidikan terawal ke dua adalah kuttab. Kuttab yang wujud sebelum Islam itu masih kekal pada zaman Islam di Makkah tetapi tidak begitu maju sebagai institusi pendidikan bagi orang Islam, kerana orang Islam tertekan oleh penindasan orang kafir Quraisy. Selepas perpindahan Nabi Muhammad S.A.W dan orang Islam ke Madinah, Baginda S.A.W telah membina dua buah masjid, iaitu Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. Bermula dari sini, masjid telah menjadi institusi pendidikan terpenting hingga hari ini.

Di Malaysia telah dibina masjid bagi setiap pelosok negara. Masjid berperanan sebagai pusat penjagaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Selain itu masjid juga merupakan pusat belajar tafsir al-quran. Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
Institusi pendidikan awal Islam ke tiga adalah kuttab. Kuttab ini biasanya didirikan di anjung masjid atau berdekatan dengan rumah guru. Di Madinah, kuttab juga menjadi institusi pendidikan untuk kanak-kanak orang Islam. Sebelum Islam, kuttab merupakan tempat belajar membaca dan menulis. Selepas kedatangan Islam, kuttab menjadi tempat kanak-kanak menghafaz al-Quran dan belajar menulis. Nabi S.A.W menggalakkan orang-orang Islam belajar membaca dan menulis. Dalam peperangan Badar pada tahun 2 Hijrah, tawanan perang boleh menebus diri dengan mengajarkan membaca dan menulis kepada sepuluh orang Islam sehingga pandai.

Di zaman modern ini pendidikan awal kanak-kanak yang baru belajar menulis dan membaca adalah di sekolah rendah. Jika dahulu bermula dari umur 7 tahun (darjah 1) hinggalah 12 tahun (darjah 6). Kanak-kanak 5 dan 6 tahun pula dibawah projek swasta iaitu Tadika, PASTI dan pra-sekolah.

Pada zaman kegemilangan Islam, perpustakaan menjadi pusat ilmu atau institusi pendidikan. Perpustakaan awam yang terkenal ialah Baitul Hikmah di Baghdad yang didirikan oleh khalifah Harun al-Rasyid dan disempurnakan oleh anaknya al-Makmun dalam tahun 198H/813 m. Baitul Hikmah ini bukan sekadar sebagai perpustakaan awam tetapi akhirnya menjadi Universiti Islam Antarabangsa yang pertama dalam sejarah Islam.

Dalam sejarah tamadun islam, telah wujud institusi pendidikan tinggi yang mendahului negara lain. Baitul Hikmah yang asalnya sebuah perpustakaan awam telah bertukar menjadi Universiti Islam Antarabangsa yang pertama dalam sejarah umat Islam. Kemudiannya ia diikuti pula oleh Universiti Cordova (912M) dan Granada (1031M) di Andalus.


Pada masa kini terdapat lebih dari 20 buah universiti samaada dibawah kerajaan ataupun swasta telah didirikan. Tujuan nya adalah sama untuk memberi pendidikan kepada semua lapisan masyarakat. Sistem perpustakaan juga tlah dinaik taraf menjadi perpustakaan atas talian bagi kemudahan par pelajar. Pembelajaran cara bebas juga turut dipraktikkan. Pengambilan tenaga pengajar tidak mengikut usia menambah keselesaan sesi pembelajaran.

5.0  Suburkan elemen Islam dalam kehidupan.
Manusia dewasa ini telah berada di persimpangan jalan, antara agama dan kemajuan ilmu pengetahuan. Manusia cenderung menilai realiti kehidupan dunia yang nampak di depan mata tanpa menoleh fenomena kehidupan di masa lalu ataupun akhirat. Zaman serba maju ini, ibu bapa sibuk mencari rezeki menyebabkan pengabaian anak di rumah tidak dapat dididik dengan sempurna. Berikut adalah contoh-contoh kaedah didikan secara Islam.

5.1 Elemen1: Penerapan akhlak.
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji. Akhlak bererti perilaku, perangai atau tabiat.  Akhlak mencakup pemikiran, perasaan dan niat di hati manusia dalam hubungan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk lain.
Anak lelaki dididik dengan ilmu, manakala anak perempuan dididik dengan sifat malu. Pantau pergaulan mereka dan jangan biarkan mereka bergaul bebas tanpa batasan. Hadkan pergaulan sesama jantina sahaja, supaya tidak berlaku sesuatu yang tidak didiingini di kemudian hari.
Akhir-akhir ini masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Mayat bayi dijumpai dimerata-rata tempat,  di sungai, di kawasan longgokan sampah dan yang lebih menyedikan dicampak dari bangunan. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama adalah penyebab utama mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan. Ibu bapa sepatutnya mengambil tahu hal anak-anak setiap masa, mendengar permasalahan mereka serta memberi pandangan dalam membuat keputusan. Maka kes maksiat dan pembuangan bayi dapat diatasi atau dikurangkan.
5.2 Elemen 2: Bukan dunia semata-mata.
Pendididkan adalah usaha yang berterusan bersumberkan ilmu “naqli” dan “aqli” ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insane yang berilmu, beriman, beramal, pandai, bertaqwa, amanah, bertanggungjawab serta berakhlak mulia.
Sebagai bangsa Melayu, kewajipan kita adalah memelayukan segala tingkah-laku dan perangai kita. Penuh dengan sifat sopan santun, hormat-menghormati, kasih sayangterhadap kanak-kanak, belas kasihan kepasa orang-orang lemah dan  tua. Sifat melayu itu juga terpapar dan tergabar juga pada pakaian kita, pada cara bergaul, cara berfikir dan bertindak. Sebagai contoh Islam memiliki kod etika berpakaian tersendiri iaitu menutup aurat, bertudung, berpakaian longgar dan tidak menjolok mata. Maka ibu bapa seharusnya tegas dalam memandatorikan hukum Islam tersebut  kepada anak-anak yang semakin meningkat usia. Agama Islam itu praktikal di semua tempat, keadaan dan masa namun seringkali kita melupakan apabila berpijak di bumi asing. Ini adalah satu tragedi bangsa yang harus diatasi.
Sebagai contoh individu cerdik pandai negara iaitu Sufiyah dan  Nuramalina. Dengan anugerah Allah mereka telah dikurniakan IQ yang tinggi mereka merupakan ikon Negara. Mereka telah dididik dengan ilmu dunia, namun tidak diserapkan ilmu akhrat ke dalam hati mereka. Mereka berdarah melayu, mereka juga beragama Islam. Namun  ciri-ciri tersebut telah dicampak ke tepi. Pepatah pernah berkata kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sedikit sebanyak nilai yang buruk akan mencalari dan menjatuhkan maruah keluarga, negara, bangsa dan juga agama.
5.3 Elemen 4: Ambil peduli.
Sikap peduli adalah sikap ambil tahu dan peka terhadap sesuatu yang berlaku serta memberi tindak-balas terhadap pelbagai hal yang berlaku di sekeliling kita. Rasa peduli, ambil berat atau ‘caring’ adalah elemen yang sangat penting dalam kehidupan kerana ia mengajar kita untuk hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Rasa peduli ini tentunya dalam batas pengamatan yang mendalam dan keinsafan yang tinggi bahawa setiap kita memerlukan sokongan, bantuan dan perhatian apabila berada di dalam situasi tertentu. Contohnya kes penagihan dadah sekiranya dibiarkan maka permasalah lain akan timbul seperti kecurian, pembunuhan rogol dan lain-lain lagi. Hal ini akan menjejaskan institusi kekeluargaan, budaya kemasyarakatan, kehidupan bernegara dan masa depan umat secara keseluruhannya.
Mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud,“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”
Ingatlah pesanan Allah swt seperti firmanNya yang bermaksud, Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan”. Surah al-Maidah ayat 2
4.4 Elemen 4: kawalan teknologi.
Kini kemajuan teknologi elektronik sedang mengubah wajah dan peta sistem-sistem komunikasi dunia. Global kini dikuasai oleh kecanggihan teknologi komunikasi kini berkonsep kebebasan informasi menurut pandangan Barat. Teknologi komunikasi terdiri dari pelbagai jenis antaranya media massa, media elektronik, internet, telefon pintar dan pelbagai lagi.
Dewasa kini, terdapat lambakan rancangan hiburan di media massa.. Hal ini amat merunsingkan ibu bapa yang menitikberatkan pendidikan Islam terhadap anak-anak mereka. Hiburan yang semakin berleluasa tanpa hala tuju, matlamat serta terpesong dari akidah Islam semakin banyak tanpa mengira usia. Dari sekecil-kecik anak sehingga ke usia tua terus dihidangkan dengan rancangan bercorak hiburan, malah mengambil bahagia dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan. Anak-anak menari terkinja-kinja, berakaian menjolok mata, menayangkan suara serta bergaul tanpa ada had agama. Media massa sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat dasyat dalam kehidupan manusia. Ibu bapa sebagai penjaga mempunyai tanggung jawab  besar dalam mendidik dan mengawal anak-anak. Terapkan rasa tanggung jawab, hormat-menghormati, tolong-menolong di dalam diri anak-anak. Selain itu ibu bapa juga perlu bijak mengawal anak-anak dengan teknologi terkini agar tidak melakukan perkara diluar batasan.
Kemudahan penggunaan saluran seperti youtube, facebook, twitter dan macam-macam lagi memberi kebebasan kepada masyarakat untuk berinteraksi secara positif dan negative. Kes terbaru pasangan remaja cina Alvin Tan dan Vivian Lee, dikecam umat Islam di negera ini lantaran mereka memuat naik foto ucapan selama berbuka puasa dengan makan sup babi kepada umat Islam yang berpuasa tidak sampai  10 hari. Suruhanjaya komunikasi Malaysia telah mengambil tindakan ke atas individu terbabit.
6.0 Kesimpulan
Pendidikan merupakan teras utama dalam membesarkan anak-anak. Matlamat dan tujuan pendidikan ialah melahirkan insane soleh, beriman dan bertakwa, berkakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti. Pengertian pendidikan adalah untuk membentuk dan mengembangkan kemahiran. Manakala pengertian pendidikan islam antara lainnya menerapkan nilai tanggung jawab, iman yang tinggi dan berakhlak mulia kepada penuntutnya.
Falsafah dan matlamat pendidikan juga bertujuan melengkapkan keperluan manusia dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan akhir sekali memberi pulangan kembali kepada masyarakat. Contoh-contoh institusi pendidikan awal Islam ialah rumah, masjid, kuttab dan perpustakaan. Ia boleh di umpamakan seperti pendidikan usrah di rumah-rumah ppersendirian, sekolah rendah, sekolah menengah, dan universiti. Antara elemen Islam yang boleh digunapakai dalam kaedah pendidikan anak-anak adalah dengan penerapan akhlak, tidak terlalu fokus dengan dunia semata-mata, ambil peduli serta kawalan teknologi.
Kesimpulannya pendidikan adalah penting dan telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi. Sistem keluarga berkesan mampu tercapai dengan penerapan nilai-nilai mulia dalam diri anak-anak. Tugas mendidik bukan hanya terletak kepada guru sahaja tetapi juga ibu bapa, masyarakat, rakan pergaulan serta kerajaan.
(3000 patah perkataan)
7.0 Rujukan
Baumrind, D. (1968) Autoritarian vs Autoritative Parental Central Adolescence. New Jersey:
               Prentice Hall Inc.
Bandura, A. & Mischel, W.(1986). Social Foundation Of Thought And Action: A Social And
               Cognitive Theory.
Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.
D.T Iskandar. Kamus dewan Kuala Lumpur : Dewan bahasa dan pustaka 1984
M.K Majid  (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
A.R Muhammmad (n.d) Falsafah pendidikan Negara ke arah kecermerlangan
                   pembangunanduniwi dan ukhrawi.

                   Av: http//
www.bruneisources.com (10 Julai 2013)
Adamanis(2011) Praktikkan Hijarh Rasullullah dalam kehidupan                    Av: http// www.adamanis692.ads4blog.net
A.B.A Latif (2012) Peranan Mediadalam dakwah islamiah
                    av: http//
www.muafakat.malaysia,com (10 Julai 2013)
Ainuly (2012) Lembaga pendidikan formal
                    Av: http//
www.ainuly90.blogspot.com (10 Julai 2013)
C.N.M Zamzami (2006) Kehidupan dunia dalam perspektif Islam                   Av: http// www.muckliszamzami.blogspot.com (10 Julai 2013)
H.O Fazida(n.d) Islam dan gerak kerja kokurikulum
                   Av: http//
www.ipislam.edu.my (13 Julai 2013)
H.Haryati (2009) Matlamat pendidikan Islam
                  Av: http//
www.haryatihamidi.blogspot.com (17 Julai 2013)
Khazali(n.d) Akhlak dalam Islam.
                   Av: http//
www.sites.google.com (13 Julai 2013)
(u.n) (n.d) Panduan mendidik anak engikut Isam
                   Av: http//
www.myberita.net (16 Julai 2013)
Z.Z Rasyid (2012)Suburkan sikap ambil peduli
                   Av: http//
www.ismaweb.net (13 Julai 2013)

No comments:

Post a Comment