Tuesday, November 12, 2013

Teori Etiologikal Bagi Menangani Penyalahgunaan Bahan

PENGENALAN PENYALAHGUNAAN BAHAN DAN DEFINISI TEORI ETIOLOGIKAL
1.0  Abstrak.
Masalah penggunaan, penyalahgunaan dan penagihan bahan adalah suatu gejala sosial yang serius. Bahan yang dimaksudkan tidak hanya tertumpu kepada dadah semata-mata tetapi juga meliputi kesemua penyalahgunaan bahan contohnya arak, candu, ubat-ubatan kebergantungan yang membawa kepada ketagihan. Di Malaysia misalnya, permasalahan penagihan serta pengedaran dadah yang berleluasa  boleh menjejaskan kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya serta  mengancam keselamatan Negara (AADK, 1997), selain dari menjejaskan  keharmonian keluarga, merosakkan nilai tradisi masyarakat dan nilai agama. Namun cabaran utama kita adalah berkaitan dengan kadar penagihan relaps yang tinggi.  Walaupun penagih telah menjalani program rawatan pemulihan, namun kebanyakannya didapati masih lagi gagal untuk mengekalkan gaya hidup bebas dadah setelah keluar dari pusat pemulihan. Maka teori etiologi dicipta bagi mengsan keadaan ini berlaku.

Apakah definisi "etiologi”? Ia boleh difahami sebagai sebab atau menyebabkan sesuatu. Teori-teori tersebut adalah teori moral, penyakit, biologi, sistem, tingkahlaku dan sosiobudaya. Ia bertujuan memahami dan menjelaskan punca ketagihan, dan methodologi ini semakin dibangunkan. Namun sejak kebelakangan ini, ahli sains telah menemui lebih faktor-faktor berkaitan biologi dan genetik, ia juga berkait langsung dengan teori spiritual. Ia berteraskan internal yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya tertumpu kepada teori, namun sangat menarik untuk dikaji. Kajian lanjut akan saya terangkan dalam tugasan saya ini. Rangka kerja atau teori ini akan membantu kita memahami sebab-sebab yang membuat pengguna, penyalahguna  terus menyalahgunakan bahan-bahan.

Di dalam tugasan saya pada kali ini memerlukan saya untuk memahami teori-teori etiological penyalahgunaan dadah. Menerangkan strategi meningkatkan pemahaman tentang faktor etiologi. Selain itu saya juga perlu menilai dan mengulas mengenai teori etiological bersepadu di akhir tugasan saya telah menjana sendiri model bersepadu yang diberi nama Psi-kog 2B 3S. Ia berteraskan psikologi, kognitif, biologi, behavior (tingkahlaku) sistem, sosial dan spiritual.
2.0  Teori etiologikal.
Teori etiologikal merupakan kefahaman mendalam tentang penyebab kepada penyalahgunaan bahan. Teori yang akan saya bincangkan adalah teori moral, biologi dan tingkahlaku dan kemuncaknya adalah penerangan tentang kebaikan dan keburukan daripada tiga teori etiological terpilih dalam menjelaskan penyalahgunaan dadah.

2.1Teori moral.
Teori moral telah dicipta sejak tahun 1850-an, ia adalah salah satu teori-teori awal di penyalahgunaan dadah menfokus konsep kendiri(Craig, 2004; Hesselbrock, Hesselbrock, & Epstein, 1999). Teori ini mencadangkan bahawa penyalahgunaan dadah adalah hasil daripada kelemahan dan kecacatan moral atau kelemahan dalam watak. Idea teori ini mengatakan bahawa seseorang individu mempunyai pilihan bebas dan bertanggungjawab untuk  tingkah laku mereka sendiri. Teori ini mencadangkan penyalahgunaan dadah boleh ditinggalkan apabila seseorang itu mampu menunjukkan tekad, disiplin dan penglibatan dalam gaya hidup yang mulia (Craig, 2004; Hesselbrock, Hesselbrock, & Epstein, 1999).

Kebaikan teori moral ini dapat dilihat pada fokus utama yang ingin dipulihkan. Ia berteraskan kendiri individu pesakit. Di dalam pusat pemulihan (rehab), penagih dilatih untuk mempunyai keazaman yang kuat serta ketahanan dalaman diri yang benar-benar kental untuk menjauhi dadah. Semangat dan keyakinan diri yang tinggi ini akan menentukan pegangan agar tidak mudah goyah.. Selain itu, pembentukan jati diri merupakan satu kaedah berkesan kerana dapat membina semangat jaya juang yang tinggi berpanjangan dan berterusan dalam menghadapi kehidupan yang bakal ditempuhi selepas kembali semula kepangkuan masyarakat.

Keburukan teori moral pula adalah peningkatan relaps iaitu bekas penagih dadah berpatah balik kepada tabiat asal. Mereka seringkali berpatah semangat akibat tiada dorongan selepas keluar dari rehab. Diantara sifat-sifat yang dikenalpasti relaps dikalangan penagih adalah  mereka tidak mempunyai kekuatan diri yang mantap, keyakinan diri yang kental dan akan berhenti melakukan sesuatu perkara sebelum dapat menyelesaikannya, tidak mahu mencuba melakukan sesuatu perkara sekiranya berhadapan dengan kesusahan,  mudah menyerah kalah dan cepat berputus asa. Oleh itu, mereka mudah dipengaruhi walaupun telah mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah.
2.2  Teori Biologikal
Teori ini adalah berkait rapat dengan teori penyakit kerana ia juga berkaitan faktor genetik. Coombs & Howatt, 2005  mencadangkan teori biologikal ini berfaktorkan genetik pada sesetengah orang yang terdedah  kepada penyalahgunaan dadah seperti penyalahgunaan alkohol, tembakau dan dadah lain. Berdasarkan penyelidikan genetik, pelbagai jenis bahan yang berkaitan dengan genetik yang unik pilihan dan boleh menjejaskan individual pilihan ubat-ubatan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa faktor-faktor genetik menyumbang 40% kepada 60% daripada individual risiko ketagihan alkohol, opiates atau kokain Di samping itu, teori ini menekankan lebih mengenai peranan otak seperti pengukuhan dalam mesolimbic dopamine sistem.
Kebaikan teori ini adalah sangat  sistematik dan saintifik. Kerana melakukan kajian secara mendalam tentang biologikal, fisiologikal mahupun genetik pesakit. Bertepatan dengan definisi psikologi sendiri yang memerlukan pemahaman secara kritikal bagi kita untuk memahami punca dalaman yang akhirnya diadaptasi kepada tingkahlaku negatif dan perubahan fisiologikal. Kajian psikologi kepada penagih dadah misalnya menunjukkan ketidak stabilan akal mereka, berada di bawah minda tidak sedar dan separa sedar yang akhirnya hanyalah ilusi semata-mata.
Keburukan teori biologi pula adalah seberapa benarkah ketepatan bacaan mahupun perjalanan saraf-saraf yang mengganggugugat normaliti kehidupan seseorang individu. Ia hanya dapat diteorikan sahaja tanpa praktik berkesan. Sebagai contoh di Siam misalnya, penagih dadah yang memiliki salur darah yang kotor dengan dadah harus diberi air minum yang banyak. Namun adakah rawatan secara paksaan ini yang akan  diberikan kepada pesakit yang akhirnya membawa kepada pengukuhan negatif, ataupun trauma. Hal ini akan menyukarkan pemberian rawatan kepada pesakit seterusnya.
2.3  Teori Tingkah Laku
Teori tingkah laku mencadangkan bahawa tingkah laku penggunaan bahan yang dipelajari dalam bentuk pemerhatian tingkah laku dan model contohnya, remaja boleh belajar untuk menggunakan bahan yang dengan memerhatikan tingkah laku kawan-kawannya atau bapa sendiri. Tingkah laku penyalahgunaan dadah dikekalkan melalui proses pengukuhan. Akibat atau pengukuhan tingkah laku itu adalah pengalaman yang positif menggunakan bahan seperti yang dilihat atau dialami oleh pengguna atau penyalahgunaan bahan(Craig, 2004; Hesselbrock, Hesselbrock, & Epstein, 1999). Proses pengukuhan boleh mengambil bentuk pengukuhan positif atau negatif. Pengukuhan positif berlaku apabila perasaan gembira atau kesenangan yang dihasilkan oleh bahan-bahan psikoaktif menyebabkan seseorang itu ketagih. Manakala pegukuhan negatif berlaku kerana penagih dadah mengambil dadah bertujuan mengurangkan perasaan yang tidak  menyenangkan contonya menghilangkan tekanan, merasa rendah diri, putus asa, kemurungan, kebimbangan atau marah (Barlow & Durand, 2009). Proses ini meningkatkan kemungkinan bahawa tingkah laku penyalahgunaan dadah akan dikekalkan dan berulang-ulang seterusnya meningkatkan peluang untuk pergantungan dadah dan ketagihan.

Kebaikan sistem pembelajaran tingkahlaku, mereka boleh ditadbir dan dibantu secara dekat. Berdasarkan teori yang dicipta oleh B.F Skinner yang mencadangkan sistem ganjaran dan hukuman. Penggunaan hukuman sebagai salah satu cara untuk mendisiplinkan pesakit contohnya dikurung didalam bilik secarara bersendirian. Selain itu sistem pemberian ganjaran turut digalakkan apabila mereka dapat menyelesaikan misi atau cabaran,  dan mengurangkan pengambilan dadah serta menahan diri dari ketagihan tersebut contohnya sistem pemberian koin yang dilaksanakan kini bagi menunjukkan misi tersebut selesai.

Keburukan teori ini adalah peluang untuk relaps adalah amat tinggi apabila tiada pemantauan. Berdasarkan teori pembelajaran  berpusat yang digunapakai oleh pada pelatih rehab ia hanya bersifat sementara kerana berorientasi pada hasil yang diamati dan diukur. Pengukuhan tingkahlaku akan menjadi lemah apabila faktor  social dan persekitaran adalah berbeza sebagai contoh apabila kembali kepada masyarakat, mereka berkemungkinan besar menerima hasutan dari rakan-rakan dan penerimaan negatif masyarakat.

3.0  Strategi meningkatkan pengetahuan tentang faktor etiologi.
Teori etiologikal telah menerangkan beberapa faktor penyebab kepada penyalahgunaan bahan. Nammun jika diperhatikan tidak satu pun dapat dikatakan benar-benar penyebab kepada penyalahgunaan bahan.  Hal ini kerana setiap teori tersebut adalah berkaitan secara terus antara satu sama lain. Sebagai contoh teori biologi (keadaan salur darah) juga berkait rapat dengan fisiologi (badan menjadi kurus), manakala psikologi (keadaan mental) membentuk tingkahlaku (gembira, aktif atau malas).

3.1 Sumbangsaran (brainstorming)
Strategi pertama yang boleh digunapakai adalah sumbangsaran atau brainstorming. Melalui kaedah ini memerlukan pembentukan kumpulan yang akan membuat pemerhatian dan penilaian kepada subjek. Sumbang saran adalah untuk membuka pelbagai kemungkinan lain yang tidak dijangka dan menerima sebarang kritikan membina terhadap idea-idea yang berlaku semasa sesi sumbang saran. Idea-idea yang perlu analisis secara kritikal. Ahli kumpulan perlu mencari titik kelemahan dan kekuatan serta ciri-ciri bantuan yang diperlukan. Kaedah perbincangan ini membuat keputusan yang diambil lebih kreatif dan kritis.

Sebagai contoh pemilihan kumpulan yang memiliki kepakaran masing-masing melihat permasalahan dari pelbagai sudut seperti kaunselor lebih kepada teori moral, tingkahlaku dan sosial pesakit, ahli terapi dan ahli klinikal pula melihat permasalahan dari segi biologi, genetik dan lain-lain lagi. Setiap pandangan adalah berbeza maka keputusan rawatan sesuai kepada pesakit mudah dilaksanakan.

3.2 Rantaian ke hadapan
Strategi ke dua adalah rantaian ke hadapan. Dalam strategi ini, kita bermula dengan data yang sedia ada secara terus  ke arah matlamat sehingga matlamat  dicapai. Walau bagaimanapun, rantaian ke hadapan  hanya boleh digunakan oleh individu yang mempunyai kefahaman yang mencukupi dan teliti masalah yang tampil.(Simon & Simon, 1978). Strategi ini biasanya digunakan oleh pakar-pakar kerana mereka berkeupayaan untuk mengkategorikan masalah dari segi prinsip-prinsip asas dan pengetahuan mereka mengenai strategi yang bekerja untuk jenis masalah tertentu.
Sebagai contoh faktor sosio-ekonomi yang lemah dan tahap pendidikan rendah boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah tetapi kesannya menghasilkan penemuan bercampur-campur. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang-orang yang rendah taraf ekonomi cenderung untuk menjadi yang terlibat dalam menggunakan bahan untk menghadapi peribadi dan tekanan kerja. Ada antara mereka menjadikan dadah sebagai punca rezeki. Faktor tiada pekerjaan telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada penagihan semula (Bray, 2000; Carson-Dewitt, 2001; Delina & George, 1999; Montoya, 1996; Sterling, 2001). Mc Coy dan Lai (1997) mengatakan bahawa faktor lain penjualan dadah ialah tiada keupayaan untuk mendapatkan kerja dan sokongan kewangan. Di Malaysia terdapat beberapa kes aktiviti dadah melibatkan Orang Kurang Upaya (OKU). Mereka menjadikan dadah sebagai perniagaan demi meneruskan kelangsungan hidup. Penemuan terbaru memperlihatkan penyalahgunaan dadah seperti bahan digunakan seperti minum minuman beralkohol mungkin menunjukkan status sosial dan prestij (Craig, 2004; Hesselbrock, Hesselbrock, & Epstein, 1999).
Ini menunjukkan teori sosio-.ekonomi-biologi-budaya adalah berhubungkait sebagai punca etiologi penyalahgunaan bahan. Strategi rantaian ke hadapan ini lebih menjadi tanggungjawab polis kerana mereka mempunyai kepakaran dan autoriti  dalam semua bidang terutama kawalan ekonomi, budaya dan sosial.

3.3 Penguraian (subgoaling)
Satu lagi alternatif yang sesuai akan memecahkan masalah yang kompleks ke dalam satu set urutan masalah mudah pertama. Kemudian, menyelesaikan masalah yang kompleks dengan menggabungkan penyelesaian kepada sub-masalah secara lebih mudah. Proses penguraian boleh dilakukan di beberapa peringkat. Apabila satu masalah besar dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil, kedua-dua pengenalan penyelesaian menjadi lebih mudah dan seterusnya individu boleh memahami masalah yang lebih baik (Polya, 1957; Hayes, 1981).

Sebagai contoh, kita percaya teori tingkahlaku adalah dipelajari. Ia mungkin hasil dari pemerhatian individu terhadap ibu bapa atau rakan sebaya dan persekitan sosialnya. Sub-masalah memecahkannya kepada keluarga yang merupakan teori sistem pembentukan moral individu. Dengan perincian teori sistem mungkin menjadi punca penyalahgunaan dadah dengan pembabitan ibu bapa. Sistem kekeluargaan yang tidak cekap seperti asuhan ibu bapa yang salah dan tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan anak-anak, komunikasi yang kurang dan lain-lain lagi. Sub-masalah kedua adalah pengaruh rakan sebaya, pergaulan di luar rumah banyak mempengaruhi tindak tanduk seseorang individu. Contohnya seseorang individu itu perlu mengambil dadah supaya diterima dalam kumpulan tertentu. Hal ini sering berlaku dikalangan remaja masa kini untuk menunjukkan mereka berani mencuba, kuat dan setia kepada kumpulan. Seterusnya  membawa pengaruh negatif kepada seorang remaja, memberi kesan kemerosotan dari segi penampilan, aspek fizikal, keputusan peperiksaan, aktiviti di sekolah dan pelbagai lagi.

4.0  Pendekatan teori bersepadu : Bio-psiko-sosial
Kepentingan teori bersepadu adalah disebabkan semua teori etiologi mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri maka ia tidak bboleh berdiri secara tunggal atau bersendirian. Antara teori bersepadu yang popular adalah teori holistic atau lebih dikenali Teori Bio-Psiko-Sosial (BPS). Ia melihat penyakit bukan sahaja sebagai masalah fisiologi juga memiliki unsur sosial, perilaku dan psikologi (mental, emosi, pikiran) sebagai komponennya. Teori ini juga disebut teori Multi Faktor kerana berlandaskan pelbagai faktor sebagai asas punca permasalahan penyalahgunaan bahan.

Bagi memahami biologi seorang penagih dadah, kajian terhadap otak dan saraf dijalankan. Hasil  menunjukkan halangan pada sistem aliran darah ke otak. Halangan darah ke otak otak adalah kedua-dua halangan fizikal dan sistem menyebabkan mereka tidak boleh berfikir dengan waras, stabil dan rasional. Pelbagai dadah psikoaktif sering dikaitkan dengan ketagihan. Dadah psikoaktif yang menyebabkan ketagihan boleh merangsang otak ini sistem dopaminergik iaitu apa-apa aktiviti menyeronokkan yang membawa kepada ketagihan psikologi. Sebagai contoh, kokain dan amfetamin mempunyai berkongsi ciri-ciri dan boleh mengubah neuron di dalam bahagian otak yang terlibat dalam peraturan keseronokan dan ganjaran (Barlow & Durand, 2009; Halgin & Whitbourne, 2007). Selain itu, kajian terhadap genetik juga telah dilakukan menunjukkan ibu bapa yang memiliki genetik yang sama pada tingkahlaku yang lain iaitu diwarisi.

Dengan mempelajari kesan bahan psikoaktif kepada nueron, otak dan sistem saraf kita dapat mencipta ubat-ubatan bagi menenangkan dan merangsang kembali saraf secara normal. Namun begitu kaedah pemberian ubat berunsur dadah tidak diteruskan kerana dikhuatiri pesakit menjadi ketagih atau bergantung kepada ubat, dan bukan pada jati diri sendiri melibatkan teori moral.
Secara psikologinya, banyak kelemahan dapat dikesan kerana tidak semua sejarah, persepsi, punca  pesakit menagih dadah adalah sama.  Kajian menyeluruh diperlukan supaya punca sebenar terbongkar. Rawatan kaunseling diperlukan dalam sesetengah kes. Selain menerima rawatan secara klinikal, pesakit juga perlu bangkit dengan sendiri. Hal ini kerana mereka memerlukan sokongan dari pelbagai pihak terutama dari pihak keluarga.

Teori sosial menunjukkan pentingnya sistem keluarga yang berkesan. Komunikasi yang cekap antara keluarga, hubungan yang rapat antara akhli keluarga dapat meningkatkan keyakinan pesakit. Selain itu penerimaan masyarakat juga penting dalam membantu meningkatkan kepercayaan dalam diri pesakit. Masyarakat sepatutnya sudah bijak dalam berfikir. Pengetahuan yang sempit serta pandangan prejudis tidak membantu dalam sistem sokongan sosial.
Petingnya teori bersepadu kerana ia berkaitan antara satu sam lain.  Selain itu ia juga bersifat melengkapi dan melihat permasalahan dalam pelbagai sudut dan tidak sempurna jika bertindak secara tunggal. Kelemahan dalam teori biologi dapat ditampung dalam teori psikologi. Sebagai contoh kecacatan tidak semestinya membuatkan seseorang itu bersikap negative dalam kehidupannya dan begitu juga sebaliknya. Manakala kekurangan dalam teori psikologi jugga dapat ditampung dengan teori social. Sebagai contoh seorang yang putus harapan untuk hidup kembali percaya dan yakin pada diri melalui system sokongan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

5.0  Model Teori : Cog-Psi 2B 3S
Model teori yang saya cipta merupakan gabungan teori kajian yang bersesuaian supaya dapat dilihat dari semua sudut. Tidak hanya pada internal (dalaman) tertapi juga terserlah dari external (luaran). Sebagai makhluk hidup yang memiliki jiwa, seseorang individu itu  akan diperintah/dikendalikan oleh ego, dipengaruhi oleh perasaan,kata hati, memiliki daya (IQ) dan memiliki aspek spiritual dlm aspek kehidupan.segala aspek penting ini disatukan dalam Model teori saya iaitu Psi-Cog 2B 3S.
Psi-Cog merupakan teori psikologi kognitif dan yang melihat kepada proses mental melibatkan penagih dadah. Secara kasarnya penagih dadah ini tidak mempunyai kesedaran ataupun kewarasan dalam melalui hari-hari mereka kerana gangguan sistem saraf dan aliran darah yang menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara betul. Kebanyakan dalam kalangan mereka ini merupakan individu yang amat sensitif, mudah beremosi dan mudah menghadapi tekanan sosial daripada keadaan persekitarannya(Fauziah, 2008; Nazruel, 2000; Ruslina, 2004; Cummings, Gordon, & Marlatt, 1980). Kesan daripada sahsiah diri yang kurang mantap dan kurang berkeyakinan diri (Fauziah, 2008; Chuah, 1990) telah menyebabkan mereka mudah hilang pertimbangan dalam mengatur kehidupan yang lebih sejahtera serta bebas daripada dadah. Tanggapan buruk seperti individu yang “tidak berguna” dan “sampah masyarakat” yang dilemparkan kepada mereka oleh masyarakat setelah melangkah keluar dari pusat pemulihan berupaya menyebabkan mereka sukar bergaul dengan masyarakat, menjadikan mereka semakin terasing, rendah diri, tersisih dan berasa dipinggirkan.

2B pula mewakili biologi dan behavior (tingkah laku). Seperti yang diperkatakan tadi, internal adalah berkait rapat dengan external. Tingkahlaku mereka terganggu akibat biologi mereka yang tidak bersih. Pepatah inggeris mengatakan “you are what you eat” memperkatakan dengan jelas bahawa apa yang masuk ke dalam badan dapat digambarkan melalui pemerhatian secara terus.
Selain itu hidup yang penuh tertekan menyebabkan mereka terjerumus dengan mudah dalam permasalahan ini. Seperti contoh yang diberikan pada awal-awal esei ini, penggunaan bahan psikoaktif mampu menghilangkan perasaan tertekan, memberi kegembiraan dan berilusi. Pengambilan berterusan memberi kesan kepada fizikal, cara berfikir dan seterusnya memberikan hasil cara bertindak yang salah.

Manakala 3S pula mewakili teori sistem, sosial dan spiritual. Ia adalah hubungkait diri individu dengan keluarga, masyarakat sekeliling serta kepercayaan kepada Tuhan. Ketiga-tiga komponen utama ini adalah penting dalam membentuk jati diri seseorang.  Semua manusia dituntut memiliki agama. Dari itu adanya kepercayaan dosa-pahala dan prinsip benar-salah yang membawa kepada kesedaran minda dan kesopanan tingkahlaku. Seorang insan itu bermula dari rumah, yakni keluarga yang mendidik dan menjadi model pembelajaran utama anak-anak. Keluarga merupakan sistem pembentukan natural jati diri seorang individu. Cara didikan ibu bapa, kawalan masyarakat, serta pergaulan yang sihat dengan rakan-rakan merupakan faktor utama pembentukan diri seseorang. Tugas membimbing dan mendidik serta menyerapkan nilai-nilai murni merupakan tugasan besar ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang lain hatta oleh saudara mara di sekeliling.
Proses pentarbiahan tentang perkara-perkara positif terutamanya nilai-nilai agama perlu dimulakan sejak kecil. Apabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudah pastilah mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif iaitui penagihan dadah. Hal ini kerana, perasaan sangat takut kepada Tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripada mendekati najis dadah. Situasi ini juga berlaku kerana anak-anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang tidak bermoral. Oleh itu,pemantauan yang serius oleh ibu bapa terhadap pengamalan ugama anak-anak akan membentuk suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihan dadah kepada anak-anak.
6.0  Kesimpulan.
Kesimpulannya, teori etiologi mengupas punca permasalahan penyalahgunaan bahan. Teori moral yang menfokuskan kendiri seseorang individu sebenarnya adalah asas rawatan bagi menangani semua permasalahan. Hidup atas pilihan sendiri secara bijak  akan membawa kepada kejayaan. Teori biologi pula membantu dalam proses rawatan seterusnya manakala teori tingkahlaku yang berhubung kait dengan teori pembelajaran menunjukkan aplikasi model bermula dari dalam rumah.
Strategi meningkatkan pengetahuan tentang faktor teori etiologi adalah dengan beberapa kaedah contohnya sumbangsaran, rantaian ke hadapan serta sub-masalah.
Model teori bersepadu ciptaan saya ialah Psi-cog 2B 3S,  merupakan penilaian dari semua sudut. Psi-cog ialah psikologi kognitif yang menfokuskan daya pemikiran dan proses mental pesakit. 2B pula mewakili biologi dan behavior (tingkahlaku) pesakit secara lebih saintifik. Manakala 3S pula mewakili system, sosial dan spiritual.
Walaubagaimanapun, tren penagihan yang semakin berkurangan seperti yang dilaporkan oleh AADK ini sedikit. Namun usaha berterusan tetap diperlukan  supaya hasrat Negara untuk mencapai wawasan sifar dadah menjelang 2015 terlaksana dengan jayanya.
(2898  patah perkataan)
7.0  Rujukan
Gatchel, RJ & Oordt, MS (2003) Psikologi klinis kesehatan dan perawatan utama: saran Praktis
                   dan bimbingan klinis untuk kolaborasi sukses
. American Psychological Association:
                   Washington, DC
Halligan, PW, & Aylward, M. (Eds.) (2006).Kekuatan Kepercayaan: pengaruh psikososial pada
                penyakit, kecacatan dan obat-obatan.
Oxford University Press, UK
M. Nazar (1996). Peranan & Penglibatan Keluarga dan Masyarakat Dalam Pencegahan
               Penagihan Berulang
.  Jurnal PERKAMA. Bil.6.ISSN  0127/6301. Terbitan Persatuan
               Kaunseling Malaysia.
M.Nazar, C.D.M Shuib, M.Lasimon, M.D Kasa & A.Rusli(1999). Penagihan Dadah dan
               Residivisme: Aspek-Aspek Psikososial dan Persekitaran.
 Kedah: Pusat Penyelidikan
               dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Santrock, JW (2007) Pengembangan. topikal Pendekatan kepada Human Life-span (3rd ed.).
           St. Louis, MO: McGraw-Hill. St Louis, MO: McGraw-Hill.
F. Rizal (feb 2011) teori bio-psiko-sosial-spiritual.
            Av: http//
www.rizalfahlivi.blogspot.com (10 Julai 2013)
I. Fauziah. A.S Bahaman, A.T Mansor & S.M Shatar (2009) Faktor Menyumbang Kepada
           Penagihan Relaps Dalam Kalangan Penagih Dadah PUSPEN Di Semenanjung Malaysia
              Av: http// www.adk.gov.my (12 Julai 2013)
Mastertedjo (Feb 2013) Perawatan dan kesihatan.
               Av:
http//:
www.mastertedjo.wordpress.com   (12 julai 2013)
M.N Azlan, M. Nazar, (2009) Faktor- Faktor Yang Mempengaruhi Kecenderungan Bekerja
              Penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik.
             Av:
http// www.adk.gov.my  (12 Julai 2013)

No comments:

Post a Comment